Ini Wilayah Hijau: ANNISA & LIGA SUPER


07 July 2011

ANNISA & LIGA SUPER

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
hurmmm,
hany tengok bola semalam, so terlepas 15minit pertama cerita ANNISSA nih. sabor jer lah. tapi nak buat macam mana, jangan bantah cakap suami. suami nak tengok bola sampai habis kan. ahaaaa…seb baek boleh layan dua dua kan.
yang pasti, FARID masih tak KANTOI lagi dengan ANNA. sempat pulak FARID sembunyi dalam bilik masa ANNA dan SHILA datang. hishhh asyik selamat jer kome kan kan kan.

ha, si BALQIS ni dah dapatkan maklumat akan penyelewengan yang di buat oleh SHILA. kelakar owh, siap boleh akses akaun maybank SHILA lagik. tak logik plak…or maybank tak secure…ha ha ha…oopppsss cik ijo, ko jangan marah aku lak. lepas tu boleh plak duit SHILA hilang dari akaun. kah kah kah, memang ketidak logikan di situ. tapi apa ada hal kan.

Yang si SHILA ni pergi la berjumpa BALQIS malam malam semata mata nak dapatkan penjelasan sebab kenapa BALQIS tuduh dia yang curi duit syarikat. hehe pening weh, Yang ni amek SUAMI ANNA, yang tu amek DUIT ANNA. adeihhh hilang DUIT, KONGSI SUAMI…;)

ha, pastu berlawan mulut kata itu kata ini, then lastnya, si BALQIS macam cabar SHILA untuk bagitahu pada ANNA. soalan SHILA kat BALQIS,

“Ko rasa ANNA boleh maafkan ko ker?”

haishhh…susah jugak kan, memang kecewa gila la kalau ANNA tahu nih, dua dua sahabat dia tipu dia…hurmmm nauzubillah mintak jauh la kan…


ANNA : Fiza Elite
SARA : Aida Aris
BALQIS : Rozita Che Wan
SHILA : Faradhiya
FARID : Zamarul Hisyam
KAMAL : Eizlan Yusuf
Komen
1 Komen