Showing posts with label Drama Annissa. Show all posts
Showing posts with label Drama Annissa. Show all posts

Friday, July 22, 2011

ANNISSA, episod akhir….

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

ANNA yang sangat marah dengan berita yang dia baru ketahui. macam orang gila, meracau, marah marah. lepas tu, dia boleh nak cederakan HAIKAL, anak BALQIS+FARID. ANNA marah sebab anak itu lah yang buat FARID buat ANNA macam tuh. nasib baik ada SARA yang tenangkan ANNA, kalau tak mahu nya mati si HAIKAL tuh.

ANNA lagi marah, makin marah bila dia tahu, yang SARA dah lama tahu akan FARID dan BALQIS dah kawin. yer lah sebab SARA rahsiakan daripada pengetahuan dia.Ya ALLAH, kesian nya kat ANNA tuh…dia rasa dia di khianati oleh semua kawan kawan dia.

owhhh rupanya, masa sekola dulu, BALQIS dan FARID ni memang dah couple. patutlah. ummm tapi macam mana boleh nikah dengan ANNA pulak. hohoo…ooo rupanya ANNA pun ada hati pada FARID masa dorang kat kolej dulu. kiranya ANNA ni kacau hubungan BALQIS dan FARID jugaklah. ooo cenggitu…

haishhh, ni nama nya apa yang ko buat, ko kena balik. ha ingat ingat tu kawan kawan;)

BALQIS semakin pulih dan dipindahkan ke wad biasa dah. then dah tak perlukan bantuan pernafasan dah. BALQIS pun dah sedar dah. SARA bawa HAIKAL jumpa BALQIS. bagitahu BALQIS anak dia nama HAIKAL. BALQIS tanya:

“siapa bagi nama?”

“ANNA”, jawab SARA…

“Bukan FARID?” BALQIS tanya…alahai mesti dia tak tahu FARID dah meninggal.


BALQIS nak jumpa ANNA. mintak SARA bawa ANNA datang jumpa BALQIS. SARA suruh ANNA jumpa BALQIS, ANNA taknak sebab dia dah sangat benci dengan BALQIS.


“kau dah hancurkan kebahagian aku, mampu kah aku memaafkan ko BALQIS”


ANNA pergi melawat SHILA, hurmm SHILA pun dah mereng dah, asyik duk kira duit jer. haissshhh lepas tu meraung raung mintak maaf, cakap tak bunuh orang, tak tembak orang.

Akhirnya…
ANNA pergi jumpa BALQIS di hospital. ANNA ungkit semua depan BALQIS, dia bagitahu yang dia betul betul sayangkan BALQIS. dia sampai kan kata kalau BALQIS nak ambil FARID, dia boleh pertimbangkan, sebab ANNA pernah cakap, dia boleh izinkan FARID nikah, tapi dia akan mintak cerai.

ooo, BALQIS rasanya lumpuh, dia tak bboleh gerakkan anggota badan dia, hany mampu berkata kata jer. BALQIS sempat memesan pada ANNA supaya menjaga HAIKAL…dan akhirnya BALQIS…Innalillah….

yee, walaupun ANNA hilang dua orang insan yang disayangi, namun dia di anugerahkan HAIKAL, dia menjaga HAIKAL macam anak sendiri. dannnn suddenly ANNA muntah! waaaa akhirnya ANNA mengandung. see kan hany pernah cakap, mesti dengan kuasa ALLAH, nanti ANNA dapat mengandung…haissshhh….kuasa ALLAH….



ANNA : Fiza Elite
SARA : Aida Aris
BALQIS : Rozita Che Wan
SHILA : Faradhiya
FARID : Zamarul Hisyam
KAMAL : Eizlan Yusuf
ZAIRI : Zain Saidin

Thursday, July 21, 2011

ANNISSA…akhirnya…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Akhirnya,
SHILA dah kena tangkap. Polis dah tahu dah semua nya. hurmmm ANNA nampak sedikit kecewa lah. dia tak sangka kawan dia tuh khianati mereka. yerlah dia kan memang percayakan kawan kawan dia. sedikit pun dia tak pernah menaruh syak wasangka pada sahabat nya itu.

Shitto la, baru kejap jer, dah iklan..haishhh potong betul la, hadeiihhh. mungkin minggu ni last la nih, lengah lengah kan masa la.saat yang ditunggu, for sure ANNA akan tahu rahsia BALQIS & arwah suami nya tuh. mestilah SHILA akan bagitahu kan…

ZAIRI datang berjumpa ANNA di pejabat, then dia bercerita akan apa yang SHILA telah lakukan pada dia. ANNA mintak supaya ZAIRI kembali bekerja di syarikat dia. SHILA yang duk dalam lokap tu,a syik bermimpi si ZAIRI datang nak bunuh dia. hohoho nightmare la ko yer…Pastuh jap lagi gila la, duk menjerit sorang sorang jer kan.

Pengalaman owh si faradhiya ni, berlakon dalam lokap la,kat hospital laaa, siap berbalut dalam baju yang untuk orang gila tuh, tangan terikat ke belakang tuh. hurmm…

owhhh,
ANNA di minta untuk jumpa peguam mengenai wasiat yang di tinggalkan FARID. hohoho, akhirnya akan kantoi la dek kerana peguam tak dapat bacakan wasiat kerana waris tak cukup. then ANNA pun bertanya:

“siapa lagi WARIS yang tidak datang”

“Puan BALQIS, isteri kedua EN. FARID bin ISHAK”

danngggg…guruh kilat berdentum, marahnya ANNA. okay, jangan lupa, KHAMIS malam jam10.30 TV3.

eh apsal ko eja BALQIS, Q hany, dia tulis K…

**eh korang tengok tak persembahan NING, SHILA & JAC masa di APM, fuhhh mantap, suara pun mantap**


ANNA : Fiza Elite
SARA : Aida Aris
BALQIS : Rozita Che Wan
SHILA : Faradhiya
FARID : Zamarul Hisyam
KAMAL : Eizlan Yusuf
ZAIRI : Zain Saidin

Wednesday, July 20, 2011

ANNISSA…di mana di mana…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

SHILA menemani ANNA balik ke rumah. hurmmm pastinya ANNA sangar sedih sebabnya, kan FARID dah tak ada. so mesti dia akan teringatkan FARID memanjang, yer lah dalam rumah tu hanya ada ANNA dan FARID je kan. mana tak sedih weh. silap silap meroyan ok. SHILA ada menemani ANNA di rumah.

SHILA menghalang ANNA daripada pergi ofis, konon nya kena berkabung la ape lah…haishh padahal dia taknak ANNA kembali ke opis, dia kan tengah bolot jawatan CEO kan…macam macam alasan yang dia bagi supaya ANNA tak pergi opis.

Owhhh, HAIKAL nama anak BALQIS+FARID. ANNA dah bawak HAIKAL balik rumah, siap dah sediakan bilik dah. eh bilik HAIKAL warna HIJAU tau. huhuhu. ANNA siap amik hormon untuk keluarkan susu, sebab dia nak susu kan HAIKAL. hurmm takpe lah itupun anak tiri dia jugak kan…

ANNA dah dapat kekuatan dengan hadirnya HAIKAL dalam hidup dia. yer lah darah daging dia kan…ANNA jugak dah kembali ke ofis, ahaha padan muka SHILA, gatal konon berangan nak duduk tempat CEO. huhuhu…

Rasanya minggu ni jugak ANNA dapat tahu yang FARID dan BALQIS dah kawin. tapiii tak besh la sebab FARID dah tak de, tak dramatik laaa…hohoho

ANNA : Fiza Elite
SARA : Aida Aris
BALQIS : Rozita Che Wan
SHILA : Faradhiya
FARID : Zamarul Hisyam
KAMAL : Eizlan Yusuf
ZAIRI : Zain Saidin

Friday, July 15, 2011

Sapa tengok ANNISSA semalam, sure sedih menyelubungi kan…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Hany layan sambil makan MANGGIS, fuhh sedap siot manggis semalam, RM5 banyakkkk. Korang nak tahu tak, semalam kan…

1) FARID dah meninggal dunia akibat di langgar


2) BALQIS koma, KRITIKAL gituh, still tak sedarkan diri


3) Alhamdulillah, ANAK BALQIS+FARID selamat…


4) ANNA pulak dah macam orang tak betul, gileee ngko, suami mati…


5) SARA balik untuk tengokkan kawan kawan dia


6) SHILA, masih di ekori ZAIRI dan dalam masa yang sama dah amek post CEO kat syarikat dia…waaa ingatkan dah insaf…


Untuk lebih feel, sila pergi TONTON.


ANNA : Fiza Elite
SARA : Aida Aris
BALQIS : Rozita Che Wan
SHILA : Faradhiya
FARID : Zamarul Hisyam
KAMAL : Eizlan Yusuf
ZAIRI : Zain Saidin

Thursday, July 14, 2011

Sambungan sinopsis ANNISSA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

ZAIRI, orang yang subahat dengan SHILA masa songlap duit syariikat, menangkap SHILA dan tanam SHILA. Tanam tau TANAM! tapi dia hanya tinggalkan kepala jer tak tertanam. gile psiko mamat nih. owhhh sebabnya dia nak SHILA rasa ketakutan berdepan dengan maut. kan sebelum ni SHILA upah orang untuk bunuh ZAIRI nih.

Si ZAIRI pulak, call BALQIS bagitahu apa dia buat kat SHILA. tapi dia tak tahu lokasi ZAIRI bawak SHILA. then BALQIS pun call FARID bagitahu. yang ANNA pulak duk bengang dengan SHILA sebab sepatutnya ada meeting pagi tuh. Bengang dan risau la tak dapat call SHILA.

Sampai ke malam ANNA membebel bengang dengan SHILA. boleh ANNA membebel depan rezeki. masa tu nak makan. dalam ANNA duk hidang makanan ni, ANNA turun la ke bawah, boleh si FARID ni menarik narik tangan si BALQIS ajak makan. shotttt, masa tu ANNA tengah menaiki tangga, duk terdengar FARID dan BALQIS, hampirrrr KANTOI, tapi selamat jugak. haishhh…

Si ZAIRI pulak, bawak SHILA ke rumah SHILA kembali. yer lah dia tiada niat nak membunuh cuma nak SHILA rasakan sengsara apa yang dia rasa.

ANNA mintak FARID hantarkan susu pada BALQIS. tengok, sikit punya baik kawan ni ha. sebab dia busy buat kerja kan. then FARID siap perli, “kan saya hantar kan, jeles pulak” ANNA membalas:


“ alah…setakat susu gelas, cemburu apa. lain la kalau awak ada niat nak kacau isteri orang”


dang!!! tersentuh si FARID. lalu dia pun mendekati ANNA untuk bercerita kan hal sebenar. dia nak berterus terang akan hal sebenarnya. gila la punya mukadimah dia bagai. sekali dia tak jadi cerita. kurang ajaqqqqqq. memainkan emosi aku ok! siottt! ingatkan nak berterus terang dah. kucing betol!

Yang SHILA terus call BALQIS. di tuduhnya BALQIS dan FARID yang upah orang untuk membunuh dia. dalam apda tu, FARID masuk bilik BALQIS dan dengar perbualan BALQIS dan SHILA. kata nak hantar susu jer nih, dah terjebak sebab duk dengar BALQIS macam risau kan.

ANNA pulak dah pelik, lamanya buat susu hantar susu kan. teng teng teng…ANNA pun pergi la nak jenguk kan. korang tahu tak, giler laaa, tengah tengah khusyuk tengok ni, boleh pulak IKLAN. aaaahhhh tensen, menjerit ok kat rumah. hasihhh TV3 kan standard la. Slot sepatutnya 30minit, tapi iklan 15minit cerita 15minit. memang la emo orang yg tengok, dah la slot kejap, iklan lak lama. ntah ntah kalau kira betol2 iklan 20minit, serita 10minit jer agaknya kan.haisshhh *__*

tapi memang tak kantoi la, ANNA boleh lak marah marah kat SHILA kan. ahaha orang tengah stress. huhu

ha, tiba tiba IMRAN muncul, nak bawak balik “isteri” dia kan. ANNA pulak call FARID suruh follow kot kot IMRAN tak bawak balik BALQIS. dalam perjalanan, FARID amek BALQIS, tapi dia tak jelaskan duit pada IMRAN. dia nak tarik balik rumah kereta yang di beri pada IMRAN. ini telah menimbulkan amarah pada IMRAN. dan…

IMRAN telah melanggar FARID dan BALQIS.

ok, bersambung!

geram kan;)

ANNA : Fiza Elite
SARA : Aida Aris
BALQIS : Rozita Che Wan
SHILA : Faradhiya
FARID : Zamarul Hisyam
KAMAL : Eizlan Yusuf
ZAIRI : Zain Saidin

Wednesday, July 13, 2011

ANNISSA lagi ;)

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Jangan jangan, jangan kau pergi
Jangan jangan, tinggalkan aku

Wohooo,
mari kita tengok apa sambungan drama ANNISSA. hehehe, rasanya sekarang ni dah ramai yang follow cerita ni kot. eh siap ada kot. ada 2,3 orang kat ofis hany dah start follow, walaupun dari episod awal dorang tak tengok.

Okay, IMRAN yang marah sebab tak dapat duit agaknya, cuba nak menjual rahsia konon nya kan pada SHILA. ahaha demi nak duit ok. tapi SHILA cakap tak berminat ok! ahaha. yer lah member dah tahu kan ape hal nak kena bayar lak.

siotttt la, sampai bila la nak pecah rahsia dorang nih. haishhhh. memang tau pandai buat penonton tertunggu tunggu. arghhhh tak suka!

okay, sambung lagi. semasa ANNA pergi ke rumah BALQIS, IMRAN tengah pukul BALQIS okay. demmmm, pukul seorang wanita tengah mengandung haishhh. marahla ANNA pada IMRAN, dannnn IMRAN ni tak pulak kan, ko pecahkan rahsia kat situ. ANNA bawa BALQIS balik dan tinggal di rumah dia. woooo seronok la si FARID tuh. dua dua bini ada dalam rumah dia.

tapiii, nak jumpa BALQIS kena hati hati la, kan kantoi matikkk kaluuu.

dan, 1malam…si FAIRD pun menyelinap pergi jumpa BALQIS dalam bilik. BALQIS tidur dalam bilik . ahaha kelakar lak, macam tikus jer. hany dengan MZ kat rumah ni ingatkan akan kantoi dah malam tuh, tapi rupanya tak KANTOI lagi…aaaaa….

Sangat SEBAK tau bila ANNA cakap dengan BALQIS, dalam hidup ANNA ada 5orang yang dia SAYANG, iaitu mak, abah, farid, kau dan baby. (KAU adalah BALQIS) seriussshittt…SEDIH ok. sebak weh. hishhh emo benau bila tengok drama melayu nih.

Yang SHILA pulak, pujuk BALQIS supaya songlap kan duit tu, kiranya SHILA nak ajak BALQIS supaya sama sama SONGLAP kan duit tu. giler la. lepas tu SHILA cuba pulak nak bunuh BALQIS dan anak dia. demmmm la, nasib baik la FARID cepat sampai kan. fuhhh sabar je lah.

Dan SHILA, secara indirect bagitahu kat ANNA. dia suruh ANNA balik siasat kenapa FARID balik rumah waktu ANNA tak ada kat rumah.ahaha sioottt jer, tapi kan ANNA tetap percaya kan laki dia tuh. siap boleh cakap:


“ tak apa lah, kalau BALQIS sakit boleh FARID tolong hantarkan ke hospital”


tapi, di raut wajahnya ada semacam sangsi la. dan SHILA pulak pandang ANNA dengan wajah sinis…sambil senyum. hohoho ada makna okay.

ANNA pun balik rumah, tapiii masih tak kantoi lagik, sebabnya si FARID dah perasan ANNA balik. so FARID pura pura sakit kepala, dan baring kat ruang tamu. yang BALQIS pulak buat buat tidur dalam bilik. hurmmm…

ha, ni satu lagi nih. saat saat SEDIH dan SEBAK. ANNA panggil FARID untuk rasa baby yang bergerak dalam perut BALQIS. beriya ANNA suruh FARID rasa. FARID lak, pura pura berlakon konon, siap mintak kebenaran bagai…haiishhh kelakor weh.

hurmmm,
ntah ntah drama ni takkan kantoi kot sampai akhir? ntah ntah dnegan kuasa ALLAH ANNA ni mengandung nanti….waaaa beshnya. tapi tu ntah ntah jer. ahaha

Friday, July 8, 2011

Jangan Jangan Jangan Kau Pergi…

reالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

hihi, sambungan ANNISSA kawan kawan. ANNISSA tayangan dia Selasa, Rabu & Khamis.

ANNA & FARID, datang ke rumah BALQIS, bertanyakan akan keadaan BALQIS. sebabnya ANNA kesian, IMRAN (suami samaran) tak pulang rumah. yer lah kan ANNA ni punya lah ingat dan risaukan keadaan sahabat nya tu. haisshhh…

Yang si SHILA pulak, bertembung dengan ZAIRI (rakan sekongkol songlap duit company) semasa nak balik rumah dia. sebenarnya SHILA mengupah orang untuk bunuh ZAIRI. orang upahan SHILA konon nya dah langgar mati dah si ZAIRI ni. tapi rupanya ZAIRI terselamat.

Di mana di mana, di mana ku harus mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami

Hati ini, hingga sejuk terasa 
Batin ini, ho oooo 


Jangan jangan, jangan kau pergi
Jangan jangan, tinggalkan aku



Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu
A aa ah



Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo, Suria atas duniaku



Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku



Kini ku temukan, tak perlu lagi ku mencari
Cinta yang sejati, yang mampu tuk sirami



Gejolak di dalam hati ini
Hingga sejuk terasa
Batin ini…ho ooo



Jangan jangan, jangan kau pergi
Jangan jangan, tinggalkan aku



Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu
A aa ah



Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo, Suria atas duniaku



Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku



Tak pernah ku sangka
Sedalam ini rasaku padamu
A aa ah



Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo, Suria atas duniaku
Ho oooo, Kaulah penebus cintaku
Ho oooo, Suria atas duniaku



Ku tak akan pernah bisa, ku tak akan pernah bisa
Ku tak mau bila ku harus hidup tanpamu
Hanya ingin kamu (kamu) kamu (kamu)
Hanyalah kamu di hatiku

Ho o ho o o oooo Oh

Okay, sambung lagik. malamnya, si FARID ni keluar la mencari IMRAN di rumah sewa. haishhh dah dapat duit banyak sebab samaran, pergi enjoy je IMRAN hurmmm. lepas tu FARID ni pergi lah ke rumah BALQIS. hurmm malam malam kerja FARID menyelinap keluar, pergi rumah bini ke2. yang besh nya ANNA ni tak sedar. lepas tu selalu jer tak kantoi. agaknya cerita ni memang takkan kantoi lah kan…

Lawak owh, FARID semalaman tak balik tidur rumah BALQIS. sekali pagi dia balik, boleh pulak dia menipu ANNA. dia pergi cari IMRAN di kelab, then kena tumbuk. siap letak kapas dalam mulut pastu bercakap sengal la apa la…ahaha supaya konon konon macam betul2 kena tumbuk.heyyy tipuuuuu!

Lepas tu ANNA dan FARID pergi teman BALQIS untuk checkup. akhirnya dorang dah tahu jantina baby tuh LELAKI. waaa FARID bukan main gembira lagi. lepas tu ANNA ni bersembang dengan BALQIS, dia cerita betapa FARID nampak gembira bila tahu anak BALQIS LELAKI, sebab FARID memang inginkan anak lelaki anak sulongnya.

si BALQIS cakap, INSYALLAH FARID akan dapat anak tak lama lagi. ahahaha memanglah kan, dah anak di kandungnya tu anak FARID.tapi kesian sangat ANNA, dia terkilan jugakla dia tak dapat mengandungkan anak FARID.

Seterusnya, yang membuatkan ANNA sedih, dia ternampak FARID belikan hamper untuk baby. FARID dengan happy nya cakap yang dia belikan untuk anak BALQIS. Lepas tu, FARID suruh ANNA bagi pada BALQIS, ANNA ni terdiam la…nampak sangat perubahan pada dirinya. dia macam terasa sebab FARID nampak happy sangat, walaupun tu bukan anak FARID (dari pandangan ANNA la). sedih owhhh.

Cerita di pejabat, ANNA mengamuk dengan SHILA, sebab SHILA tak siapkan laporan kewangan, padahal dia akauntan. ahaha marah pulak ANNA kan kat SHILA. tiba tiba pulak, si BALQIS yang datang serahkan laporan kewangan syarikat. ahahaha orang marketing pulak yang tahu pasal kewangan. ahahaa. marah la SHILA kat BALQIS.

Yang si IMRAN pulak pergi cari BALQIS kat opis, apa lagi kerjanya mintak duit jer lah. waaa seronoknye lah kan. haisshh….

bersambung isnin depan pulak…

ANNA : Fiza Elite
SARA : Aida Aris
BALQIS : Rozita Che Wan
SHILA : Faradhiya
FARID : Zamarul Hisyam
KAMAL : Eizlan Yusuf
ZAIRI : Zain Saidin
IMRAN :

Thursday, July 7, 2011

ANNISA & LIGA SUPER

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
hurmmm,
hany tengok bola semalam, so terlepas 15minit pertama cerita ANNISSA nih. sabor jer lah. tapi nak buat macam mana, jangan bantah cakap suami. suami nak tengok bola sampai habis kan. ahaaaa…seb baek boleh layan dua dua kan.
yang pasti, FARID masih tak KANTOI lagi dengan ANNA. sempat pulak FARID sembunyi dalam bilik masa ANNA dan SHILA datang. hishhh asyik selamat jer kome kan kan kan.

ha, si BALQIS ni dah dapatkan maklumat akan penyelewengan yang di buat oleh SHILA. kelakar owh, siap boleh akses akaun maybank SHILA lagik. tak logik plak…or maybank tak secure…ha ha ha…oopppsss cik ijo, ko jangan marah aku lak. lepas tu boleh plak duit SHILA hilang dari akaun. kah kah kah, memang ketidak logikan di situ. tapi apa ada hal kan.

Yang si SHILA ni pergi la berjumpa BALQIS malam malam semata mata nak dapatkan penjelasan sebab kenapa BALQIS tuduh dia yang curi duit syarikat. hehe pening weh, Yang ni amek SUAMI ANNA, yang tu amek DUIT ANNA. adeihhh hilang DUIT, KONGSI SUAMI…;)

ha, pastu berlawan mulut kata itu kata ini, then lastnya, si BALQIS macam cabar SHILA untuk bagitahu pada ANNA. soalan SHILA kat BALQIS,

“Ko rasa ANNA boleh maafkan ko ker?”

haishhh…susah jugak kan, memang kecewa gila la kalau ANNA tahu nih, dua dua sahabat dia tipu dia…hurmmm nauzubillah mintak jauh la kan…


ANNA : Fiza Elite
SARA : Aida Aris
BALQIS : Rozita Che Wan
SHILA : Faradhiya
FARID : Zamarul Hisyam
KAMAL : Eizlan Yusuf

Wednesday, July 6, 2011

ANNISSA lagi

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Last yang hany cerita kan, SARA dan KAMAL ada pergi jumpa mereka berempat ni kan, ha SARA ni sebenarnya ada penyakit barah, dia tinggalkan kawan kawan dia sebab taknak kawan kawan dia terasa akan kehilangan dia sekiranya dia meninggal dunia nanti.

Sekarang ni, semua orang tahu dah tahu yang FARID dah kahwin dengan BALQIS. cuma ANNA jer yang tak tahu dia bermadu dengan BALQIS. siootttt sedih weih. KAMAL tahu, SHILA, SARA pun dah tahu. tapi semua orang tak sampai hanti nak pecahkan rahsia. mungkin kesian dengan ANNA kot. eiiiii bila lah nak kantoi ni kan.

tapi, yang beshnya, KAMAL pukul FARID sebab geram dan bengang FARID kahwin dengan BALQIS. kan KAMAL dulu couple dengan BALQIS. tapi tu lah, semua pegang janji tak kan bagi tahu ANNA.

FARID yang kena pukul tuh, balik rumah bagitahu dengan ANNA dia kena rompak…ceittt penipu plak kan. tapi yer lah orang yang berbini lebih dari satu ni memang mulut manissss wooo. akal mesti panjang..erkkk

okay, malamnya BALQIS sakit perot. dia hantar la mesej pada suaminya FARID kan, tengah tengah malam FARID keluar la memecut. yer lah yang BALQIS tu kan tengah sarat, lepas tu sorang sorang pulak kat rumah. dan tetttt ANNA tersedar dari tidur, dan nampak FARID keluar….hoho…

Tapiiiii, ada jer lah alasan kan. boleh pulak dia percaya kan. hurmmm emo ok emo tengok citer nih.

si ANNA sound FARID, “BALQIS tu isteri orang, jangan layan macam isteri sendiri pulak” demmm.

si SHILA plak boleh tanya ANNA, “cuba bayangkan kalau BALQIS tu jadi madu ko, apa perasaan ko” hwawawawa gilerrr ok.

okay, hampir kantoi dah ni. wohooo suker suker. ANNA ajak SHILA pergi tengok BALQIS kat rumah. dannnn masa ni FARID tengah ada dengan BALQIS, tengah urut urut lagi. SHILA ni, dah nampak kereta FARID, tapiiii…SHILA boleh senyum…


to be continue…



ANNA : Fiza Elite
SARA : Aida Aris
BALQIS : Rozita Che Wan
SHILA : Faradhiya
FARID : Zamarul Hisyam
KAMAL : Eizlan Yusuf

Thursday, June 23, 2011

ANNISSA



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Mulai Malam ni,
nak buat review menggunakan nama watak di dalam drama ni, bukan nama pelakon. ahaha rasa macam tak besh pulak kan guna nama pelakon.



Balqis = Rozita che wan
Anna = Fiza
Shila = Faradhiya
Sara = Aida Aris
Farid = Zamarulhisyam



Kan episod semalam, Balqis ke Paris untuk beli fabrik apa tah kan…sekali dia ada berita yang mengejutkan, Balqis mengejutkan Anna dan Shila yang dia sudah berkahwin di Paris. BERKAHWIN ok! walhal sebenarnya dia nak cover lah tuh. dia mengupah seorang untuk berlako sebagai suaminya. bayaran nya adalah SEBUAH RUMAH, SEBUAH KERETA dan duitm RM500,000 ok. gilosss laaaa.


Demi untuk menyelamatkan diri daripada si ANNA tahu yang dia dah berkahwin dengan FARID dan dialah madu ANNA. yang suami nya FARID memang sanggup dan setuju dengan penyamaran itu kerana tidak mahu isteri pertama dia dapat tahu…


Fuhhh,
gila la weh. kesian sangat kat ANNA tuh, beriya laaa dia kan. tapi sebenarnya di perlakukan macam tuh. kesiannn ok!


yang besh dan kelakar nya,
si Farid boleh pulak jeles dengan “suami samaran” isteri dia, siap sound dan bagi warning lagi. habis dah ko yang suruh lelaki tu berlakon kan. ha padan muka. tahu jeles, tahu sakit hati kan…


Yang SHILA pulak, terus terusan nak songlap duit syarikat. memang cerita ni berkisarkan kawan makan kawan la. khianati kawan sendiri.


hurmm,
paling emo dah sedey…ANNA dah tahu yang BALQIS dah mengandung. ANNA ni happy sangat sangat, siap belikan baju bagai, barangan baby semua kan…boleh pulak si FARID ni buat buat sedey, sebak konon…padahal dalam hati…


Lepas tuh,
berlaku sedikit pergaduhan. kan ANNA ni beriya sangat excited nya, sampaikan nak tolong pilihkan nama anak la. tiba tiba FARID naik marah tiba tiba hangin. dia cakap macam ni:


“buat apa nak sibuk, itu anak bALQIS bukan anak sayang, BALQIS yang mengandung, bukan sayang”


perghhhh,
sebak siotttt…sedey wehhhh! padahal kan, sebenarnya FARID tu tengah tensen sebab BALQIS kan ada suami samaran tuh, dia jeles suami samaran tu duk pegang pegang BALQIS, yerlah kan akta berlakon, dah depan orang mereka berlakon la…ahaha kelakor.eh ko nih sedeh ke gembira.emosi tak stabil…


sebab hany dah follow cerita ni, jadi memang seronokla, kalau boleh taknak miss episod.


**sapa yang tahu semalam ANNISSA ni episod berapa? ahahah sampai sekarang tak tahu episod berapa**

Wednesday, June 22, 2011

Sinopsis ANNISSA, masih tak tahu episod berapa…



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Okay,
straight to the point la…episod ANNISSA semalam, hany masih tak tahu episod berapa. ahahaha dah berapa lama tengok kan.


Okay,
Fiza masih tak tahu lagi siapa madu dia. malahan dia masih tak dapat bukti yang suaminya berkahwin lain. dannnn yang paling menggembirakan suami dia, isteri keduanya iaitu rozita sekarang sudah mengandung.


Pastilah Zamarul sangat gembira kerana Fiza memang tak boleh mengandung, dan bila dapat tahu ROzita mengandung memang gembira tak terkata. cuma masalahnya, mereka akan hadapi masalah bila mana perut makin membesar. yerlah mereka semua tahu yang Rozita masih belum berkahwin, kang tiba tiab tengok perut besar, mau semua salah sangka kan.


Rozita sekarang makin tensen kerana masih tiada idea yang bernas untuk diberitahu, yerlah makin hari perutnya makin membesar. Rozita nak berterus terang dengan Fiza yang dia lah madu Fiza, tapi Zamarul tak bagi pecahkan rahsia mereka.


Menambahkan lagi runsing di ahti Rozita, bilamana Eizlan nak tinggalkan dia. selama ini semua maklum Rozita couple dengan Eizlan. jadi bila hal ni terjadi, maka mereka tiada lagi orang yang boleh digunakan sebagai cover untuk mereka.


Fiza ni sangat lah ambil berat akan sahabatnya Rozita, malam nya dia pergi melawat Rozita. Fiza ajaklah suami dia ikut sekali. haaaa suka lah Zamarul tuh.pergi rumah Rozita dengan hanya berkain pelikat ok. Lepas tu boleh pulak, masa berada di rumah Rozita, si ZAmarul ni ternampak la, beg laptop dia tertinggal…. dah risau dah masa tu, tapiiii demmmm Fiza tak perasan laaa….aaaa tak kantoi lagi. siot!!!


Rozita pergi menemui Eizlan, dengan tujuan nak Eizlan menyamar menjadi suami nya, demi nak cover daripada orang tahu yang dia dah berkahwin dengan Zamarul. apa lagi marah la Eizlan kan, selama ni tipu dia…dan Eizlan pun tengking la Rozita sampai bila nak tipu kawan baik dia sendiri, iaitu Fiza.


Seterusnya,
dek kerana terlalu marah dan frust. Eizlan accident la pulak….adeihhhh!


Yang si Rozita pulak, ke Paris, cari fabrik apa ntah. kelakar owh, masa nak pergi tu. si Zamarul ni punya la takut Fiza perasan dia dengan Rozita, dia bersembang dengan Rozita melalui telefon. ahahaha Zamarul gunakan telefon, tapi Rozita ada di belakang dia jer. konon nya, nanti kalau Fiza datang taklah perasan dia berbual mesra dengan Rozita. uuuhhh benciiii asyik selamat jer, tak kantoi kantoi lagi.




**fuhhh emo ok tengok drama ANNISSA nih…cishhhhh**

Thursday, June 16, 2011

Sinopsis Annissa (episod tak tahu)



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Kental ok, online pagi pagi nih, semata mata nak buat sinopsis ANNISSA episod semalam. serius tak tahu episod berapa  dah semalam, tapi memang sempat tengok la. jadi, sebelum bergerak kemana mana hari ni, maka mari online sebentar.


Alhamdulillah,
mzhany selamat sampai ke Kota Bharu jam 6petang semalam. jemmemang tka jem, tapi hujan lebat bila masuk Kelantan ni dan sepanjang jalan sangat banyak LORI & BAS. dahla hujan, ada kenderaan berat, pastu merangkak rangkak, maka lambat la perjalanan, takpe biar lambat asal selamat…alhamdulillah…


ok, mari kita buat sinopsis pasal ANNISSA episod semalam.


semalam,
FIZA masih lagi belum tahu siapakah isteri kedua suaminya yang mana madu dia lah. FIZA lari dari rumah, tapi pergi rumah ROZITA. adeihhhh bila la nak kantoi kan. dah madu nya ROZITA. yang ZAMARUL ni, malam tu boleh pulak datang rumah isteri kedua dia nih. dia ingatkan FIZA tidur di hotel.


Yang si FIZA ni, nampak suami dia datang, dia tak sangka buruk, tapi dia ingatkan suaminya datang nak cari dia. dia suruh ROZITA rahsiakan. maka elok je ROZITA buka pintu rumah, ZAMARUL panggil…”B…” ahaha nasib la FIZA dalam bilik, so tak dengar la. cepat cepat ROZITA suruh ZAMARUL balik. sioootttt selamat la rahsia diorang ni….


esoknya,
ZAMARUL datang ofis dan lunch dengan ROZITA. kebetulan si FARADHIYA nampak…FARADHIYA dah menaruh syak, dia tegur la…alahaiiii orang kalau beristeri dua mesti pandai cakap kan. so ZAMARUL pun bagitahu dia jumpa ROZITA sebab nak tanya mana isteri dia.


owh yer, masa mereka lunch ni, ROZITA ada mintak cerai sebab tak sanggup. ha ngko, sekarang dah macam ni baru tak sanggup kan, masa nak nikah tak fikir tu sahabat ngko…issshhh emo ok emo! tapi ZAMARUL taknak ceraikan dia.



Si FARADHIYA, watak dia dalam ni macam keras sikit la, dia sound ZAMARUL supaya ceraikan FIZA. yer lah jangan seksa FIZA lah…kesian dia kan.ZAMARUL hangin la, lepas tu sebelum beredar ZAMARUL cakap:


“Aku takkan ceraikan orang yang aku sayang”


bermaksud, dia takkan ceraikan FIZA dan takkan ceraikan ROZITA jugak. cipan betol….yerlah dua dua isteri dia. dua dua dia sayang.


Esoknya lagi, berapa esok daaa…si ROZITA ni nak pergi kerja, dan FIZA masih di rumah dia. ROZITA cadangkan supaya FIZA cari spy la untuk intip suami dia. yang sengal nye, si FIZA suruh ROZITA tolong cari kan. adeihhh harusla kalau ROZITA cari, bolehla dia berpakat dengan spy tu supaya tak kantoi kan. aaahhhh emo emo emo!nasib tengok di rumah mertua, kalau tak dah lama menjerit jerit…eiiii.


And then, tiba tiba ROZITA pening, dan nak muntah muntah…jeng jeng jeng. PREGNANT latuh. habislaaaa pasti terbongkar la lepas nih. mesti lah, tak nikah lagi (yang mana semua orang thau ROZITA tak nikah lagi) tapi tiba tiba pregnant. fuhhhh memang cornflake la…ahaha konflik la….


jangan lupa saksikan, malam ni jam10.30 di TV3.


(rasanya malam je TV3 ni ada cerita melayu yang ok, kalau siang…perghhh penuh dengan sinetron…caittt)


**KBMALL KBMALL KBMALL…**

Wednesday, June 15, 2011

Sinopsis Annissa & Daudsu Fobia…ahahaha

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Semalam,
tak dapat tengok Annissa dari awal. Yer lah kan, ada orang nak tengok bola, Kelantan lawan Perak semalam. Mana boleh di halang, kecewa lagi ok!ahaha.


Tapi, semalam pengubat hati yang lara la kan. KELANTAN menang 1-0 melawan PERAK. terubatlah kekecewaan, main di Kelantan pulak tu kan. ha sebelum masuk ke ANNISSA, meh kita cerita pasal bolasepak semalam yer.


DAUDSU semalam kelakar owh dia main. nampak sangat dia masih fobia, setiap kali dia nak defend kan, macam nak tak nak je dia lompat dan menanduk bola. ada sekali dia lompat dan tanduk bola, tapi dia tanduk dan bagi pada goalkeeper. haha tergelak je hany dan mz semalam. tapi tak apa lah baek fobia kan, jangan overconfident;)


okay, jom kita pergi pada drama bersiri ANNISSA. bersedia semua, si kaki cerita melayu nak buat ulasan nih.


Masa hany start tengok semalam,
Faradhiya sebenarnya yang membunuh RIZAL dan kini dia tengah kepanasan bontot kerana polis sedang  menyiasat. maka Faradhiya mengambil langkah berhati hati dengan menyuruh si pembunuh meninggalkan negara bagi mengelak daripada di siasat polis.


Fiza menangis mengenangkan suaminya yang curang, dia sekarang masih mencari siapakah wanita yang jadi madu nya. Fiza mengajak Rozita untuk mengintip suaminya malam tu, konon nak menangkap la siapakah madunya. Ya ALLAH, korang bayangkan…Rozita ni boleh buat bodoh macam tak ada perasaan, padahal dialah madu Fiza.


Korang bayangkan, ishhh sahabat sendiri ni, kahwin dengan suami dia. ishhh tak tahulah apa perasaan dia bila tahu nanti kan. Faradhiya suruh Fiza mintak cerai jer. Haruslah Fiza taknak, dah lama nikah kan. Ya ALLAH, sakit sangat hati ni bila tengok cerita ni. yerlah hany kan perempuan kan…ishhhh…


!BvUZGLw!2k~$(KGrHqQOKkQEvPPq!TzFBMEDE82s3g~~_35 sekadar hiasan…


Episod semalam,
perfume merupakan penyebab Fiza makin curiga dengan suaminya. di baju suami nya terbau perfume lain, yang bukan perfume dia juga bukan perfume suaminya. FIza bercerita dengan Rozita, then haruslah Rozita ni bagitahu pada suami dia yang mana suami FIza jugak yang FIza syak pasal perfume. maka si suami pun pergilah membeli perfume untuk menyelamatkan diri dan mengelak. konon nya perfume yang bau nya di badan tu adalah perfume yang nak di beli nya pada FIza. Fiza tetap tak percaya, sampai 4 sekali ha perfume di belinya. kelakor owh…


“susah sangat ke awak nak percayakan suami awak ni”


fuhhh ayat suami,
tapi tu lah kan…lagi satu yang membuatkan fiza curiga, pabila tidur malam, si suami dah tak memeluk dia. boleh dia tolak tangan bila fiza nak peluk. mana tak terasa hati kan.



**Kalau anda sanggup mengambil suami orang yakni menjadi isteri ke2, anda kena berkorban, jangan anda melebih lebih pulak kan…ishhh**

Monday, June 13, 2011

Sinopsis Versi Hany : ANNISSA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Okay,
nak bagitahu, si kaki cerita melayu nak buat sinopsis, eh review kot pasal drama bersiri MELAYU bertajuk ANNISA. yer lah semua orang asyik buat entri pasal NORA ELENA jer, so si kaki cerita melayu ni tak nak lah buat, kan nanti orang cakap nak hit lah tu, buat review NORA ELENA.


si kaki cerita melayu ni, memang selalu tengok drama bersiri di TV3, tayangan jam10.30 malam. memang layan lah. dan  kali ni drama bertajuk ANNISA. okay, mari kita tengok siapa pelakon yang mantop dan hot…mula mula kita pergi kepada chikaro dulu, FIZA ELITE, si bulu mata ROZITA CIK WAN, FARADHIYA, AIDA ARIS. ZAMARUL HISYAM, EIZLAN YUSUF, ZAIN SAIDIN.


6-12-2011 8-48-37 PM

okay,
hany cerita hany guna nama pelakon lah yer, kan hany guna nama watak susah plak nak ingat kan. chewahhh perasan orang nak follow baca stori sinopsis nih.


Ianya berkisarkan dunia korporat, persahabatan, kejujuran…resliti dunia masa kini lah. okay, ke empat empat wanita ini adalah sahabat, dan mengemudi sebuah syarikat. dalam cerita ini nampak si Fiza macam ketua lah, si Faradhiya bahagian akaun, marketing pulak si Aida Aris, si bulu mata lupa lah apa tugas dia. marketing jugak kot;)


Kisah bermula, syarikat mereka mengalami kerugian kerana salah seorang pekerja mereka menggelapkan duit syarikat, 2juta weh! 2JUTA tau. pastu MZ menyampuk;

“ni lah cite melayu, jumlah bukan main, juta juta jer, takder nya puluh ribu jer, mesti juta juta…”

ishhh dia nih, tiba tiba emo plak kan.


Si Faradhiya menyiasatm dan mengesyaki RIZAL(taktahu lakonan siapa, sebab watak ni tak pernah muncul, just nama jer) yang lari dengan wang syarikat. padahal sebenarnya Faradhiya lah yang menggelapkan duit syarikat bersama Zain Saidin tuh. sahabat dia yang bertiga ni tak syak apa apa sebab Faradhiya yang jaga akaun. gila kelar, main update akaun guna excel jer. syarikat projek juta juta, tapi guna excel tak guna sistem pun ishhh koman;)


si Fiza ni, dah berkahwin dengan Zamarul. si Rozita pulak bercinta dengan Eizlan. si Aida Aris pakai tudung, seorang wanita yang menutup aurat lah. Konflik makin memmuncak apabila, Fiza didapati mandul (nauzubillah,mintak jauh). Bila dah tahu pasal tu, apa lagi jiwa kacau lah kan. perempuan pasti sedih ok bila tidak dapat melahirkan zuriat buat suami.


Fiza maam mengesyaki Zamarul dah berubah, macam pelik la. padahal Zamarul ni beriya cakap kat FIza, walau apa pun dia tetap sayang dan takkan tinggalkan Fiza, takper boleh ambil anak angkat.


satu hari,
Fiza ni ternampak beg suami nya yang baru pulang outstation. yang tambah pelik, autstation pasal kerja, tapiiiii siap bawak baju melayu bersampin bagai ok! so sebagai isteri Fiza dah syak suaminya pergi bernikah lain.lagi la tensen, mengamuk ngamuk kat opis.


lagi Fiza tensen bila Aida Aris resign tanpa sebab. Fiza dah mula syak suaminya berkahwin dengan Aida. padahal si Aida ni resign sebab ada kanser, tapi dia taknak bagitahu sahabat dia nih. FIza pergi serang Aida. siap tampar bagai, masa ni Rozita la yang teman yang pujuk.


Lepas tu, Fiza tanya suami dia. suaminya menyangkal dan tunjuk dia video dia menari zapin berbaju melayu, bersongkok bersampin. demi nak menguatkan bukti dia tak nikah lain.


FIza bertambah tensen apabila di beritahu bukan setakat 2juta duit yang disonglap tetapi 5juta. gilosss modal syarikat pun dah tak ada. tapiiii ahaha nak dedahkan kat korang, sebenarnya duit tersebut bukan di bawa lari oleh Rizal tetapi FARADHIYA berpakat dengan Zain Saidin untuk songlap duit syarikat. alasan nya adalah:

“dia bekerja keras untuk syarikat, yang fiza hanya tahu ke luar negara”


Okay,
berbalik pada Rozita dengan Fiza, Fiza ni asyiklah suruh suaminya, Zamarul mengambil Rozita untuk pergi kerja dan menghantar Rozita balik rumah. DIa yang suruh ambil, lepas tu siap sound Rozita, pinjam boleh tapi jangan rampas suami dia. kecoh! dah ko yang suruh ambil dan hantar, tak payah la kecoh kecoh nak sound orang.


Demmm,
sebenarnya Zamarul dan Rozita dah berkahwin rupanya. kiranya Fiza sekarang bermadu dengan sahabat sendiri. arghhhh emo ok emo, sebab sahabat ok, tapi setakat episod last week,jumaat fiza masih tak tahu dan rozita pun tak bersedia untuk bocorkan rahsia.


Tahu tak, emo sangat tengok cerita ni, sebabnya kan Fiza tak boleh mengandung, then suami nya nikah lain, sahabat sendiri pulak tu…uiiisshhhh sedih siotttt.


okaylah,
setakat itu ulasan dari hany yang menyaksikan selama seminggu cerita ANNISA ini. okay jangan lupa tayangan ANNISA di TV3, selasa-khamis, jam 10.30 malam.


sekian,
sinopsi versi si kaki drama melayu ;)

~TQ Dear~

Followers