Wednesday, June 15, 2011

Sinopsis Annissa & Daudsu Fobia…ahahaha

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Semalam,
tak dapat tengok Annissa dari awal. Yer lah kan, ada orang nak tengok bola, Kelantan lawan Perak semalam. Mana boleh di halang, kecewa lagi ok!ahaha.


Tapi, semalam pengubat hati yang lara la kan. KELANTAN menang 1-0 melawan PERAK. terubatlah kekecewaan, main di Kelantan pulak tu kan. ha sebelum masuk ke ANNISSA, meh kita cerita pasal bolasepak semalam yer.


DAUDSU semalam kelakar owh dia main. nampak sangat dia masih fobia, setiap kali dia nak defend kan, macam nak tak nak je dia lompat dan menanduk bola. ada sekali dia lompat dan tanduk bola, tapi dia tanduk dan bagi pada goalkeeper. haha tergelak je hany dan mz semalam. tapi tak apa lah baek fobia kan, jangan overconfident;)


okay, jom kita pergi pada drama bersiri ANNISSA. bersedia semua, si kaki cerita melayu nak buat ulasan nih.


Masa hany start tengok semalam,
Faradhiya sebenarnya yang membunuh RIZAL dan kini dia tengah kepanasan bontot kerana polis sedang  menyiasat. maka Faradhiya mengambil langkah berhati hati dengan menyuruh si pembunuh meninggalkan negara bagi mengelak daripada di siasat polis.


Fiza menangis mengenangkan suaminya yang curang, dia sekarang masih mencari siapakah wanita yang jadi madu nya. Fiza mengajak Rozita untuk mengintip suaminya malam tu, konon nak menangkap la siapakah madunya. Ya ALLAH, korang bayangkan…Rozita ni boleh buat bodoh macam tak ada perasaan, padahal dialah madu Fiza.


Korang bayangkan, ishhh sahabat sendiri ni, kahwin dengan suami dia. ishhh tak tahulah apa perasaan dia bila tahu nanti kan. Faradhiya suruh Fiza mintak cerai jer. Haruslah Fiza taknak, dah lama nikah kan. Ya ALLAH, sakit sangat hati ni bila tengok cerita ni. yerlah hany kan perempuan kan…ishhhh…


!BvUZGLw!2k~$(KGrHqQOKkQEvPPq!TzFBMEDE82s3g~~_35 sekadar hiasan…


Episod semalam,
perfume merupakan penyebab Fiza makin curiga dengan suaminya. di baju suami nya terbau perfume lain, yang bukan perfume dia juga bukan perfume suaminya. FIza bercerita dengan Rozita, then haruslah Rozita ni bagitahu pada suami dia yang mana suami FIza jugak yang FIza syak pasal perfume. maka si suami pun pergilah membeli perfume untuk menyelamatkan diri dan mengelak. konon nya perfume yang bau nya di badan tu adalah perfume yang nak di beli nya pada FIza. Fiza tetap tak percaya, sampai 4 sekali ha perfume di belinya. kelakor owh…


“susah sangat ke awak nak percayakan suami awak ni”


fuhhh ayat suami,
tapi tu lah kan…lagi satu yang membuatkan fiza curiga, pabila tidur malam, si suami dah tak memeluk dia. boleh dia tolak tangan bila fiza nak peluk. mana tak terasa hati kan.



**Kalau anda sanggup mengambil suami orang yakni menjadi isteri ke2, anda kena berkorban, jangan anda melebih lebih pulak kan…ishhh**

4 comments:

Ardini Humaira said...

kalo dni pon curiga gak tu hehe

kak ina kl said...

alahai janganlah suami ku di ambil orang . takutlah kan

Rohani Hashim said...

@dni
a'ah kan dni...ishhh


@kakinaKL
betol kakina, nauzubillah mintak jauh...emo sgt tengok drama ni;)

Fiza Amran said...

isshhh mcmana hidup bermadu ngan kawan sendiri tue..

~TQ Dear~

Followers