Monday, June 13, 2011

Cerita si hijau saksikan perlawanan akhir piala FA di stadium



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Semua dah habis kan buat entri pasal perlawanan akhir Piala FA, tapi hany baru nak buat. ni bukan nak cerita aksi pemain di padang jer, tapi pengalaman hany yang pertama kali jejak kali di stadium bukit jalil untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. 1st time ok! sebelum ni pergi bukit jalil tu untuk JomHeboh jer;)


mzhany keluar dari rumah selepas solat maghrib. so korang bayangkan la for sure memang tak ada seat langsung la kan. dah tahu ni tapi gamble la sebab dah beli tiket, dan nak rasakan kehangatan perlawanan. bukan tak ada surau di stadium, tapi mz lagi selesa solat di rumah. lepas solat, terus merempit.


sampai jer,
dah dengar dah bunyi sorakan ni, tengok jam…eh tak start lagi perlawanan.pusing pusing cari parking, dengan polis trafik nye sana sini. kitorang masuk melalui kelantan punya tempat, siap kena bayar parking RM1.siotttt jer. dengar cerita kat bahagian Terengganu tak kena bayar. ampesss. kitorang parking tepi sekali, sebab plan nak tengok 1st half sahaja then rempit balik untuk sambung tengok di rumah.

110620115742

1) Tak pakai Merah (kelate), Tak pakai Putih (Ganu)
~ sebabnya hany taknak nanti kan jadi apa apa in case bergaduh ke ape ke. tapi MZ pakai MERAH la, hany pakai tudung grey, baju coklat+grey then hany bawak jaket coklat. walaupun tahu dalam stadium sangat panas.


Kitorang masuk ikut pintu Kelantan, kat luar ramai lagi penonton kelantan berdiri, maybe tak ada tiket. kitorang masuk, ada polis yang check, ala dorang just check bahagian poket jer. hany memang tak bawak henbeg pun, ic+kad nikah masuk dalam wallet MZ. setel!


Terus kitorang naik ke tingkat berapa ntah. penat wooo, berpeluh tak yah cakap la. dekat semua bahagian nak masuk tak boleh. FULL HOUSE. dan masih ramai lagi berlegar legar mencari ruang nak masuk. kitorang memang pusing bahagian Kelante tuh, tapi langsung tak leh masuk. tensen!!! lepas tu MZ pergi la bahagian pintu, cuba jengah jengah mencari kot kot ada ruang kosong.masa ni hany duduk belakang MZ, sekali dengar sorakan penonton, terus dalam 5orang penyokong Kelantan berasak datang ke arah kitorang, demi nak menyelamatkan diri daripada DIRABA/TER RABA hany berundur. ahaha…siotttt ar!

110620115745 kat sini ada la ruang, tapi rugi siotttt mana nampak semua…arghhhh!


Then,
hany terus ushar tempat dari bahagian luar, MZ masih tak beredar dari menjengah jengah. tinggggg! nampak kat bahagian Terengganu, masih banyak kosong. hany pun panggil MZ. kitorang pun turun bawah, rasanya tingkat 1. kitorang menghampiri bahagian polis sekat, sebab sebelah nya bahagian Terengganu. semua yang nak lalu tak boleh sebab pakai baju MERAH, then polis siap tanya setiap orang penyokong mana.


Hany tarik MZ. hany cakap B pakai jaket ni, kita cari seat bahagian GANU. MZ diam jap, then terus pakai JAKET COKLAT. so sekarang hehehe, kitorang lepas je tanpa di tanya oleh polis tuh. ok sekarang langkah pertama setel!


MZ duk jengah jengah bahagian GANU pulak cari seat kosong. hany pulak duk ushar bahagian yang kosong, tapi semuanya bahagian VIP, dan bahagian tiket RM50. demmmm! memang nampak ramai yang cuba masuk bahagian VIP nih, polis jaga ok!

110620115747 hany aim tempat yang hany bulatkan tuh.


Hany panggil MZ lagi, b jom kita ke belakang kot kot boleh masuk ke tempat tuh. kitorang pun bergerak ke belakang, memang ada beberapa orang polis dan sorang yang jaga untuk tengok tiket.MZ rapat ke pintu sambil ushar tempat kosong. memang banyak kosong. hany nampak ada sorang polis, ummm pangkat uncle laa…hany pun hampiri…


“bang, sini tempat tiket RM50 ke bang?” (abang ko!!!)

“sini tiket 50 ni…”

“alaa bang, saya ada tiket RM30 je ni bang, boleh la masuk bang, kosong banyak tu”

“tu tiket 30 tu, tak leh masuk sini”

“alaaa bang, camne ni, semua tempat penuh bang, boleh la bang”

“tapi abang ada 1je tiket 50ni…ko datang dgn abang ker?” (sambil tunjuk kat MZ tengah ushar seat)

“panggil abang ko datang sini” terus hany tarik MZ…lajuuu jer

“ha, mana tiket 30 ko? mari sini” MZ pun bagi kat abang tu

“ni abang bg tiket 50, korang masuk korang letak tiket 50 ni atas tiket 30, tunjuk kat yang jaga tuh”

dalam hati hany, demmmmm camne kalau polis ni mintak duit 50 lak kan…adeihhh mati la, kedekut ok sebab dah beli tiket kan takkan nak keluar duit lagi.

kitorang ucapkan terima kasih, abang polis tuh ambil tiket, tunjuk pada yang jaga, then yang jaga angguk jer…pas tu abang polis tu serahkan tiket pada kitorang dan suruh kitorang masuk. terkejut ni, tapi kena pantas. REZEKI ok!. kitorang ucap terima kasih lagi then terus la jalan turun masuk. mak aihhh tepi tangga tuh dalam 10-15orang polis lagi ada. hoho…seronok! banyak seat kosong;)

110620115756 Terima kasih bang…abang memang rock laaa;)

110620115754

and now,
hoho sangat clear ok. tak payah bersesak sesak. seronok siot! dan akhirnya plan kami bertukar. kitorang tunggu sampai perlawanan habis. ahaha kata dapat seat kan. tapi kesian MZ la, kena pakai jaket sampai habis. duduk bahagian GANU. semuanya hitam putih kat situ. ahahaa nasib! lain kali ha, ikut cara hany ni, pakai neutral. senang cito.

110620115748 mamat ni kan, asyik duk angkat tangan jer, geram betol laaaa


Yang besh lagi, kitorang tak terlepas sepakan mula perlawanan hihihi…cuma MZ kena behave la kan, dia duduk di bahagian TERENGGANU;) takperlah kan, either one jer lah, NAK SEAT SELESA ke NAK SESAK SESAK. ahaha….


2) Nyata sangkaan ku meleset
~ hany kan takut tengok bola kat stadium sebab hany takot hany akan lost kat mana bola nih, kat mana bola nih sebab hany tengok dalam TV padang besar giler. tapi seriussss tekaan ku meleset. hany dapat follow bola, sebab hany rasa padang macam kecik. hany siap ckp kat MZ, “B, apsal padang ni macam kecik jer, tengok kat TV besar”

3) Penyokong Kelantan lagi ramai
~ seperti yang di catatkan di suratkhabar, penyokong Terengganu hanya 30,000 daripada 85,000 penonton yang hadir. dan hany tengok pun, memang yang kaler MERAH lagi banyak la.

110620115753

110620115750

4) Baling, Lempar memang tak leh kawal.
~ yang ni memang korang yang tengok kat TV pun nampak kan. botol la haper la habis masuk padang. dua dua belah penyokong sama jer, tang mercun pun sama, dua dua belah pun ada juga. yang ni dari dulu algi memang sokmo ada. tak tahu nak buat camner da.


Nasib baik kitorang duduk bawah seat untuk tingkat 2, kalau kitorang duduk depan lagi harus jadi mangsa lemparan. Terengganu sumbat je gol, diorang start membaling botol. masuk gol pun baling, tak masuk takde pulak baling, pelik betol. masa ni semua orang kat bawah tu dah start naik tempat kitorang sebab dah kena balingan botol mineral, air cendol pun ada. nasib la…


Sepanjang perlawanan,
hany dengan MZ steady jer tengok. ahaha takde menjerit takde apa. tapi sekali sekala keluar jugak dari mulut MZ, ha ha ha GOL, ahaha kelakor, seb baik la tak ada yang dengar. bukan boleh kira mereka ni, kang tak pasal pasal masuk hospital;)


hehehe,
puas hati tengok perlawanan semalam. almaklom ler, pertama kali tengok kat stadium;) jakun nya ada la kan. okaylah, berbaloi la…bak kata MZ untuk rasakan kemeriahan, nak tengok macam mana keadaan kat stadium ni kan…ni pun sebab kitorang masih berdua lagi kan, masa ni la nak alami semua ni…


okaylah,
itu sahaja dari mzhany. hehehe…untuk aksi bolasepak, korang pasti dah tengok TV kan…hany tak layak mengulas aksi bolasepak..chewahhh.


**serius, hany lagi kenal nama pemain Kelantan compare nama pemain Terengganu…huhu camno tuh! sebabnya selalu tengok perlawanan Kelantan dengan MZ kat TV**

9 comments:

No Lan said...

wah...bestnyeeee..igt2 No pernah tengok dengan keluarga angkat..time tu MU (betol kot) datang mesia tp haram tak kenal sorg pom haha..dh tiket free p je la kan..ala sapa yang glemer dlu tu yg rambut cacak2 perang tu aish..muka terbayang nim nama tak hengat,..ala bini dia group spicegirl ke klo tak silap..

No tengok lam tb je hany game tu hehe..ok la temankan abg..nampak frust gak kes daudsu tu haha..

Rohani Hashim said...

@no
ahaha beckham kan. hish no ni glemer tu tak hengat ahaha. hany tak pernah lagi tgk kalau international team datang malaysia ni. rasanya MZ pun taknak tgk live kot. ni sebab ganu n kelate, lagi satu hany beriya sangat nak rasa kan tengok live, nak rasa sesak sesak sgt kan... hamek ha...

wida said...

kalau suami hany bukak jaket tu..mau kena sembur dgn penyokong terengganu kan?

berguna jugak jaket tu kan

Anonymous said...

amboi2, dpt seat VIP .. mana aci ni..
tp SUKO PSL GANU MENANG HUREYYYYYYYYYYYYYYYYYY..

Unknown said...

gomo kate gomo.
gomo ganu gomo.
hahahhahaha. dua2 pun aku sokong. cam ner ni

Hanis MY said...

hany! bestnyaaa tgk perlawanan live kat stadium... syoknyaaaa kenangan sampai bila2

Ardini Humaira said...

wahhh akak p tenok ye. bestnye :)

Lynn Abd Latib said...

hany

wah...tabikler..kalo kak lin ler x sanggup nak bersesak2 gt..hehehe

Rohani Hashim said...

@wida
heheehe sgt beruna seb baek la hany terfikir nk bawak jaket tuh


@zura
hehehe, seb baek dapat seat tau zura, kalu tak balik dengan hampa sbb tak dpt tengok live


@As
ahahaa xpe as, ko bleh celebrate mana mana yg menang ahaha


@hana
hihi itu la hana, dan mungkin inila last kot..ahah tak sanggup dah sesak sesak ni


@dni
mula2 tak besh sbb satu haper taknampak dni, seb baek dapat seat...


@kaklyn
ahaha ni sebab sy berdua je kak, daya la jugak nak bersesak ni, kalau tak takde nya nak bersesak mcm ni...

~TQ Dear~

Followers