Wednesday, June 22, 2011

Sinopsis ANNISSA, masih tak tahu episod berapa…



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Okay,
straight to the point la…episod ANNISSA semalam, hany masih tak tahu episod berapa. ahahaha dah berapa lama tengok kan.


Okay,
Fiza masih tak tahu lagi siapa madu dia. malahan dia masih tak dapat bukti yang suaminya berkahwin lain. dannnn yang paling menggembirakan suami dia, isteri keduanya iaitu rozita sekarang sudah mengandung.


Pastilah Zamarul sangat gembira kerana Fiza memang tak boleh mengandung, dan bila dapat tahu ROzita mengandung memang gembira tak terkata. cuma masalahnya, mereka akan hadapi masalah bila mana perut makin membesar. yerlah mereka semua tahu yang Rozita masih belum berkahwin, kang tiba tiab tengok perut besar, mau semua salah sangka kan.


Rozita sekarang makin tensen kerana masih tiada idea yang bernas untuk diberitahu, yerlah makin hari perutnya makin membesar. Rozita nak berterus terang dengan Fiza yang dia lah madu Fiza, tapi Zamarul tak bagi pecahkan rahsia mereka.


Menambahkan lagi runsing di ahti Rozita, bilamana Eizlan nak tinggalkan dia. selama ini semua maklum Rozita couple dengan Eizlan. jadi bila hal ni terjadi, maka mereka tiada lagi orang yang boleh digunakan sebagai cover untuk mereka.


Fiza ni sangat lah ambil berat akan sahabatnya Rozita, malam nya dia pergi melawat Rozita. Fiza ajaklah suami dia ikut sekali. haaaa suka lah Zamarul tuh.pergi rumah Rozita dengan hanya berkain pelikat ok. Lepas tu boleh pulak, masa berada di rumah Rozita, si ZAmarul ni ternampak la, beg laptop dia tertinggal…. dah risau dah masa tu, tapiiii demmmm Fiza tak perasan laaa….aaaa tak kantoi lagi. siot!!!


Rozita pergi menemui Eizlan, dengan tujuan nak Eizlan menyamar menjadi suami nya, demi nak cover daripada orang tahu yang dia dah berkahwin dengan Zamarul. apa lagi marah la Eizlan kan, selama ni tipu dia…dan Eizlan pun tengking la Rozita sampai bila nak tipu kawan baik dia sendiri, iaitu Fiza.


Seterusnya,
dek kerana terlalu marah dan frust. Eizlan accident la pulak….adeihhhh!


Yang si Rozita pulak, ke Paris, cari fabrik apa ntah. kelakar owh, masa nak pergi tu. si Zamarul ni punya la takut Fiza perasan dia dengan Rozita, dia bersembang dengan Rozita melalui telefon. ahahaha Zamarul gunakan telefon, tapi Rozita ada di belakang dia jer. konon nya, nanti kalau Fiza datang taklah perasan dia berbual mesra dengan Rozita. uuuhhh benciiii asyik selamat jer, tak kantoi kantoi lagi.




**fuhhh emo ok tengok drama ANNISSA nih…cishhhhh**

4 comments:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

kakD pun dok pulun gak tngk gambar annissa ni...

apak cikidong said...

fell okeh citer nih ahahahahha whooooo!

Rohani Hashim said...

@ladyzul
yer kak d, emo kan bila tengok ishhh


@apak
layan jugak ker;)

ibudhira said...

tak puas ati...asyik selamat je diorg dua tuh...ak sbr nk tunggu masa terkantoi..mesti mengamuk fiza tuh..

~TQ Dear~

Followers