Saturday, June 11, 2011

Suami tiada di rumah, isteri tak boleh benarkan orang luar masuk rumah…

 

 

InsyaALLAH,

mzhany akan pindah, jadi rumah yang kami sewa sekarang, owner dah iklan kan untuk disewakan, tapi diserahkan pada agen lah.

 

 

sedang hany angkat baju dari ampaian, datanglah agen tersebut nak masuk rumah bawak penyewa nak tengok. hany bengang sebab tak call dulu kan. inform la dulu. dia cakap dah call tak angkat. habis takkan tak boleh call lagi lepas tu. apa masalahnya.

 

 

then hany cakaplah, suami saya tak ada di rumah. dia cakap yer saya tahu, dah call semalam dia tak angkat. muka tak puas hati.nak tengok ruang tamu jer, bukan masuk bilik. diorang nak tengok struktur rumahjer…ewah ewah sedap cakap.

 

 

dia bawak pasangan melayu lah. ok hany mesej la MZ. MZ reply cakap suruh datang esok.

 

 

faham tak, suami hany tak bagi masuk lah rumah kan. nampak tak, tiada keizinan. dia berdiri depan rumah, muka bengang call owner. tak kesah la nak call sapa pun. SUAMI SAYA TAK IZINKAN, SAYA MUSLIM, TAK BOLEH SEKIRANYA SUAMI TAK IZINKAN.

 

 

lepas tu hany tanya la MZ lagi, kalau syg suruh perempuan tu jer masuk boleh?

 

 

MZ cakap okay, boleh. faham tak, seolah olah hany pulak mendesak nak bawa orang masuk rumah.

 

 

ok, hany pun ajaklah, hany siap cakap UR WIFE jer yang masuk, HUSBAND i tak ada kat rumah. dia MALAY kan, should be faham la kan. ok wife dia masuk tengok tengok rumah semua. sekejap jer. rasanya dia pun macam tak puas hati sebab tak leh selongkar semua bahagian. bilik tidur kitorang hany tak tunjuk, selalunya orang nak tengok master room la kan. nasib laaa…

 

 

then, dia keluar, hany cakap, kalau you berdua nak tengok datang balik esok, esok husband i ada.

 

si lelaki tu cakap, eh takpe takpe owner nak bawak tengok rumah kosong.

 

Wakdehekkk,

dari tadi apa salahnya ko tunjukkan rumah kosong tuh. kenapa nak hegeh hegeh nak masuk jugak.eiiiii sakit nye hati.

 

 

serius,

hari ni period pain, emo memuncak ok. maaflah wahai pasangan yang nak tengok rumah, kamu jadi mangsa. tapi saya rasa saya tak bersalah sebab saya berhak untuk tidak BENARKAN kamu MASUK ke RUMAH saya dikala SUAMI SAYA TIADA DI RUMAH.

 

 

Assalamualaikum….

8 comments:

wida said...

susahlah kalau org tu malay..& muslim pulak, tapi still x paham!

Ena said...

gitu lah jadinya bila pentingkan diri sendiri... saper suh main redah jekk kan.. haihh

sian hany.. sabar yeh!

ena paham sbb kalo ena dalam pms, emosi memg susah nak kawal..

Rohani Hashim said...

@wida
ntahla wida dia tak fhm ke agen tuh. gerammm


@ena
ha tu la ena, kali ni pms mmg emo tinggi la, asyik bengang je kerjanya....aishhhh

Mrs. Adnan said...

orang tak faham bahasa melayu camtu la.. selagi kita belum kuar, kita ada hak.bagus hany!

Fiza Amran said...

kenapa tue.. x faham2 orang x bg masuk .. tapi apa pun hany dh buat tindakan yang betul

RedBerry said...

Kalau Berry pun, dah lama menjerit kat situ. Mana boleh strangers masuk umah, kalau hubby takde. Dah la bahaya tuh.....

Bagus gak hany buat camtuh. Good job!

Rohani Hashim said...

@mrs.Adnan
a'ah betol slagi belom keluar kan...geram...


@fiza
ummm itulah kan fiza, nak buat muka bagai depan org eiii...


@berry
a'ah berry 2benda kena fikir, 1dr segi keizinan suami dan 1 lagi dr segi bahaya kan...

Diyana said...

orang datang nak banci pun,diyana sembang di luar pagar je walaupun pompuan,mmg suami tak ade..klu suami tk tahu, mmg tak bulih pn kan.huhu

~TQ Dear~

Followers