السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Apa perasaan korang? bukan setakat geli geleman, mau nye muntah hijau kan kalau betul betul minum air kencing anjing hitam? nauzubillah…mintak jauh weh.
mari sama sama baca, lepas tu renung renung kan, dan lepas tu sila bertindak, jangan sekadar renung renungkan sekejap then lupa terus….sila yer ambil perhatian!
Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "Kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak.
Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barang siapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya.
Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Bayangkan air tangan seorang yang meninggalkan solat, nauzubillah, tak tahulah lagi teruk dari air kencing apa lagi kan….nauzubillah…
Nauzubillah….mintak jauh la. korang baca perenggan yang hany bold kan. yerlah sesetengah orang, tengok entri berunsurkan Islamik, Ilmiah ni, malas nak baca, so hany dah bold kan mana yang penting.
Mungkin bagi kita semua sudah memadai kerana masakan kita sedap, semua orang puji apatah lagi suami/adik beradik yang lain. tapi, kita tak sedar akan hal ni, almaklom lah benda ni semua orang tak tahu, tak nampak kan…
serius,
entri ini INGATAN buat diri sendiri, juga buat kaum se ISLAM dengan ku…
hany amek entri ni daripada LADYDYOT.
Masih belum terlambat untuk kita berubah, kerana pintu TAUBAT itu sentiasa terbuka. InsyaALLAH, ALLAH s.w.t itu maha pengampun…ameen
8 comments:
uiiiiii...saya bc keseluruhan entry..alhamdulillah stakat ni belum pernah tinggl solat kecuali time piyed..cuma persoalannya diterima atau tidak aje solat itu..huhuhu
tq hany... info menarik ni.. tulah kekadang terlampau fikirkan kerja harian.. terabai dan tertangguh jadinya solat tu..
ya betul tu hany..solat ni kita jangan pandang remeh..terima kasih hany..ini peringatan untuk kita semua..
ada baca psl ni kt email
tq for that reminder
nauzubillah... terima kasih atas perkongsian ni hany..sama2 kita cuba jadi muslimah yang terbaik insyaAllah...
solat itu tiang agama..
saper sruh nazar pelik2 =P
@qaseh
hihi mekaseh kak baca semua...alhamdulillah semoga kita diberikan hidayah olehNYA, ameen
@aishah
a'ah sama sama kita insafi dan semoga kita tidak tergolong dlm golongan ni ameen
@no
sama sama no. a'ah peringatan juga untuk kita semua...
@zura
sama sama...
@hana
InsyaALLAH...ameen
@apak
a'ah apak...TIANG AGAMA.
@fiq
ahaha betul jugak kan, tp agaknya tetiba dia terfikir nak nazar mcm tu
Post a Comment