السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
Okay,
nak bagitahu, si kaki cerita melayu nak buat sinopsis, eh review kot pasal drama bersiri MELAYU bertajuk ANNISA. yer lah semua orang asyik buat entri pasal NORA ELENA jer, so si kaki cerita melayu ni tak nak lah buat, kan nanti orang cakap nak hit lah tu, buat review NORA ELENA.
si kaki cerita melayu ni, memang selalu tengok drama bersiri di TV3, tayangan jam10.30 malam. memang layan lah. dan kali ni drama bertajuk ANNISA. okay, mari kita tengok siapa pelakon yang mantop dan hot…mula mula kita pergi kepada chikaro dulu, FIZA ELITE, si bulu mata ROZITA CIK WAN, FARADHIYA, AIDA ARIS. ZAMARUL HISYAM, EIZLAN YUSUF, ZAIN SAIDIN.
okay,
hany cerita hany guna nama pelakon lah yer, kan hany guna nama watak susah plak nak ingat kan. chewahhh perasan orang nak follow baca stori sinopsis nih.
Ianya berkisarkan dunia korporat, persahabatan, kejujuran…resliti dunia masa kini lah. okay, ke empat empat wanita ini adalah sahabat, dan mengemudi sebuah syarikat. dalam cerita ini nampak si Fiza macam ketua lah, si Faradhiya bahagian akaun, marketing pulak si Aida Aris, si bulu mata lupa lah apa tugas dia. marketing jugak kot;)
Kisah bermula, syarikat mereka mengalami kerugian kerana salah seorang pekerja mereka menggelapkan duit syarikat, 2juta weh! 2JUTA tau. pastu MZ menyampuk;
“ni lah cite melayu, jumlah bukan main, juta juta jer, takder nya puluh ribu jer, mesti juta juta…”
ishhh dia nih, tiba tiba emo plak kan.
Si Faradhiya menyiasatm dan mengesyaki RIZAL(taktahu lakonan siapa, sebab watak ni tak pernah muncul, just nama jer) yang lari dengan wang syarikat. padahal sebenarnya Faradhiya lah yang menggelapkan duit syarikat bersama Zain Saidin tuh. sahabat dia yang bertiga ni tak syak apa apa sebab Faradhiya yang jaga akaun. gila kelar, main update akaun guna excel jer. syarikat projek juta juta, tapi guna excel tak guna sistem pun ishhh koman;)
si Fiza ni, dah berkahwin dengan Zamarul. si Rozita pulak bercinta dengan Eizlan. si Aida Aris pakai tudung, seorang wanita yang menutup aurat lah. Konflik makin memmuncak apabila, Fiza didapati mandul (nauzubillah,mintak jauh). Bila dah tahu pasal tu, apa lagi jiwa kacau lah kan. perempuan pasti sedih ok bila tidak dapat melahirkan zuriat buat suami.
Fiza maam mengesyaki Zamarul dah berubah, macam pelik la. padahal Zamarul ni beriya cakap kat FIza, walau apa pun dia tetap sayang dan takkan tinggalkan Fiza, takper boleh ambil anak angkat.
satu hari,
Fiza ni ternampak beg suami nya yang baru pulang outstation. yang tambah pelik, autstation pasal kerja, tapiiiii siap bawak baju melayu bersampin bagai ok! so sebagai isteri Fiza dah syak suaminya pergi bernikah lain.lagi la tensen, mengamuk ngamuk kat opis.
lagi Fiza tensen bila Aida Aris resign tanpa sebab. Fiza dah mula syak suaminya berkahwin dengan Aida. padahal si Aida ni resign sebab ada kanser, tapi dia taknak bagitahu sahabat dia nih. FIza pergi serang Aida. siap tampar bagai, masa ni Rozita la yang teman yang pujuk.
Lepas tu, Fiza tanya suami dia. suaminya menyangkal dan tunjuk dia video dia menari zapin berbaju melayu, bersongkok bersampin. demi nak menguatkan bukti dia tak nikah lain.
FIza bertambah tensen apabila di beritahu bukan setakat 2juta duit yang disonglap tetapi 5juta. gilosss modal syarikat pun dah tak ada. tapiiii ahaha nak dedahkan kat korang, sebenarnya duit tersebut bukan di bawa lari oleh Rizal tetapi FARADHIYA berpakat dengan Zain Saidin untuk songlap duit syarikat. alasan nya adalah:
“dia bekerja keras untuk syarikat, yang fiza hanya tahu ke luar negara”
Okay,
berbalik pada Rozita dengan Fiza, Fiza ni asyiklah suruh suaminya, Zamarul mengambil Rozita untuk pergi kerja dan menghantar Rozita balik rumah. DIa yang suruh ambil, lepas tu siap sound Rozita, pinjam boleh tapi jangan rampas suami dia. kecoh! dah ko yang suruh ambil dan hantar, tak payah la kecoh kecoh nak sound orang.
Demmm,
sebenarnya Zamarul dan Rozita dah berkahwin rupanya. kiranya Fiza sekarang bermadu dengan sahabat sendiri. arghhhh emo ok emo, sebab sahabat ok, tapi setakat episod last week,jumaat fiza masih tak tahu dan rozita pun tak bersedia untuk bocorkan rahsia.
Tahu tak, emo sangat tengok cerita ni, sebabnya kan Fiza tak boleh mengandung, then suami nya nikah lain, sahabat sendiri pulak tu…uiiisshhhh sedih siotttt.
okaylah,
setakat itu ulasan dari hany yang menyaksikan selama seminggu cerita ANNISA ini. okay jangan lupa tayangan ANNISA di TV3, selasa-khamis, jam 10.30 malam.
sekian,
sinopsi versi si kaki drama melayu ;)
6 comments:
penah tgk sekali je , time fiza ngamuk psl duit ilang, pehtu aida lari balik bilik then nangis.. then tukor channel
hohohooho...kakD pun peminat cerita ni jg...tak miss ooo..kemarin kakD ada review jg pasal cerita ni...dan skg dah TERminat lagu tema dia la plak...siap boh bg bunyi kat hp lg...hehehehhe...
1st time tgk drama ni minggu lepas, dan tgk 1 episod jer. bila dah tgk..best rupanya. nnti ada masa nak repeat episod yg lepas tu kat tonton lah.
@zura
huhuhu, hany ni dah start tengok, mmg sokmo tunggu la hohoho kalau sempat la.
@ladyZul
waaa besh besh, ada geng jugak yang minat. sbb selalunya jarang org tengok cerita jam10.30 mlm hihihi
@wida
ha besh jugak wida, hihi ada masa tengokla
azi layan jugak citer ni, sejak duk umah ni semua citer tahu...
@azi
ha azie harusla layan seme cite kan huhu sronoknyer
Post a Comment