Ini Wilayah Hijau: Cara yang betul untuk memakai Coli


14 June 2011

Cara yang betul untuk memakai Coli

 

 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

 

 

Wow, COLI ok, perkataan klasik gitu. Jom tengok jom….

 

 

130620115783

A: Susupkan tangan anda melalui tali bahu dan letakkan tali di atas bahu. Dengan menggunakan kedua dua tangan sambil memegang lapik coli di bahagian payudara, bongkokkan badan anda sedikit ke hadapan, dan biarkan payudara berada di dalam mangkuk coli dan memenuhi mangkok.

 

B: Berdiri tegak dan pasangkan cangkuk.

 

130620115782

C: Ubah tali bahu ke posisi yang selesa supaya tidak menekan pada bahu. Pastikan tali bahu tidak tidak terlalu ketat (anda seharusnya dapat memuatkan satu jari di bawah setiap tali bahu)

 

 

D: Bongkokkan badan anda sedikit ke hadapan. Tolak bonjolan lemak yang belebihan dari kawasan bawah lengan, belakang badan dan ketiak ke arah kawasan payudara dan ke dalam mangkok coli. Ulangi untuk yang sebelah lagi

 

 

130620115784

E: Berdiri tegak. Laraskan semula dan pastikan puting anda berada di kelim pusat pada mangkok coli.

 

 

F: Tarik kedua dua tali bahu ke atas dan ke belakang untuk mengangkat payudara. Ubah pita belakang agar ketat selesa.

 

 

130620115785

G: Laraskan semula dan pastikan pita coli mengelilingi badan pada aras yang sama

 

 

H: Berdiri tegak. Laraskan semula untuk kali terakhir (jika perlu) untuk memastikan payudara anda muat dengan selesa di dalam mangkok coli.

 

 

ok, daaaaaa

Komen
9 Komen

9 comments:

wida said...

Hihi..selama ni salah rupanya sy pakai 'coli'.

lain mcm jer bila sebut coli, biasa sebut bra:)

fazilzura said...

opss, tetiba kasi entry seksi tody ye..

coli? hheheheh x penah gune perkataan tu , selalu bra jek..

mmg cara pakai kene betui..kalau x, x seksi le yg hok dlm coli tu

munna said...

bagus ni...selalunya main belasah je pakai...

mzhany said...

@wida
ahaha itu la rasa macam besh je guna coli ni...ahaha tapi kalau orang tua kan kt kmpong hany dia guna sarung kopek..ahahaa


@zura
opppsss, sesekali kan...stujuuuu dgn zura, tak seksi...


@kakmunna
ha kakmunna, sy ni share je apa yg patut, sbb sy pernah kena tegur masa pergi try dekat triump..huhuhu

apak cikidong said...

i liek D & H! i loikkee! ahahahahaha

Norhafiza said...

yang lain sume No buat..kire dh betul la hehe,..tp tau tak No pakai cangkuk depan dlu br pusing ke belakang haha

RedBerry said...

great info. Thanks for sharing, hany.

mzhany said...

@apak
waaaa apak, suke yer...excited benau


@no
ahaha salah tu no tak leh pusing amcam tu...


@berry
sama sama

armouris said...

lagi info tentang coli di SIHAT SELALU - Coli Rosakkan Payu Dara