Ini Wilayah Hijau: BERSIH 2.0, tak layak diri ini nak komen pasal nih, tapi…


11 July 2011

BERSIH 2.0, tak layak diri ini nak komen pasal nih, tapi…

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Sekarang ni, rasanya dah agak lega sikit alkisah BERSIH ni kan, tapi video mengenai BERSIH di hari kejadian, bertaburan di laman sosial kan. banyak kan. yer, hany memang ada tengok. heyyy, takkan taknak tengok, kenalah tahu jugak sedikit sebanyak kan.

okay, hany nak fokuskan pada satu video yang hany tengok ni. sebenarnya hany menumpang MZ tengok. serius, quota BB bulan ni mesti cepat habis, sebab dk tengok video jer;) korang ada tengok tak video yang ada seorang yang menyertai perarakan BERSIH ni meninggal dunia?Allahyarham Baharudin Ahmad. ada tengok tak? ha, pergilah cari kat youtube, for sure memang ada.

Kalau di saksikan dalam video ni, sangat menyayat hati. In this situation kan, korang ketepikan la pasal politik, pasal perarakan, pasal tuntutan yang 5 tuh, tapi cuba letakkan diri korang sebagai SEORANG RAKYAT MALAYSIA, SEORANG YANG BERAGAMA ISLAM. Allahyarham pada masa ni, tanganya terikat tau, terikat di belakang dengan plastik. bukan plastik biasa yang boleh dikoyak dengan tangan yer.

Saat Allahyarham rebah ke tanah tuh, orang sekitar yang membantu, melaungkan kalimah syahadah buat Allahyarham, orang ramai cuba menolong, terdengar ada yang meminta polis menghubungi medic, ada yang minta dibuang ikatan tangan Allahyarham…tapiiiii polis sendiri tiada senjata yang boleh putuskan ikatan. memang SEBAK sangat. ok hany bukan nak salahkan polis, tapi serius kalau di tengok pada video ni, memang polis tiada tindakan langsung, tercegat memandang, melihat dari jauh sahaja. mungkin la saat ni polis ingatkan sekadar sakit biasa, yer lah dah tua kan, dan mungkin juga polis pun tengah berdebar.;)

yang lalu lalang, bersungguh sungguh menolong Allahyarham, membuka jaket, melonggar kan baju…ada yang berbasikal menjerit supaya mendapatkan pertolongan. bayangkan after 25minit baru kereta polis tiba, dan bukan nya ambulans. sebak weh.

okay, jangan anggap hany ni skong BERSIH dengan mengeluarkan entri ni, tapi sebagai seorang ISLAM, sebagai RAKYAT MALAYSIA. imagine hany yang tengok video ni sebak ok sebak. tapi orang yang berada di sana macam tak ada perasaan. ada seorang wanita berpurdah hitam, menangis teresak esak sambil melaungkan ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR berulang kali. tak tahu la perasaan yang melalui nya kan.

Korang cari dan tengok lah yer…buat renungan bersama. bukan untuk menyokong atau menentang tapi at da same time, kite kena ingat ajal maut ni tak kira tempat, semuanya ketentuan kita. jadi kita yang hidup ni, gunakan sebaik mungkin hayat yang ada nih. for sure, hany sendiri masih tak cukup bekalan…

**Dengar cerita, after post moterm, 4tulang rusuk padah, beberapa batang gigi patah…tapi declare Allahyarham Baharudin Ahmad meninggal kerana serangan jantung? wallahuallam….hanya DIA maha mengetahui, dan pastinya DIA lah yang layak memberi hukuman setimpalnya**


Sekitar majlis pengkebumian Allahyarham Baharudin Ahmad

1bd2ccb91f6bf4fb5261254b804f34ce

6ef1865fbfb662df76323190e3f1b400

759c21096ec8145b469306423acd2671 gambar: credit to malaysiakini


** AL-Fatihah buat Allahyarham Baharudin Ahmad **
Komen
7 Komen

7 comments:

azzey said...

Al-Fatihah utk Allahyarham.....

ch@ said...

polis tak tolong kena kritik, polis tolong pun tak mustahil kena kritik juga. sedangkan menjaga keamanan yg aman-aman ni pun dikritik. hrmmm cemana tah.

mzhany said...

@azzey
alfatihah...


@cha
hurmm maaf andai entri ni buat cha terasa. mungkin sesetengah polis tak mcm ni kan...

beautiful.anggun2u said...

hany, anggun ada tgk jgk..sedeh sgt2..anggun buka sokong mane2 politik, tp disaat2 cmni, xsangka ramai lg manusia di msia yg xde hati, xde perasaan..bygkan kalau ayah, adik beradik, suami, atuk diorg yg jd cmtu??ape perasaan diorg..anggun ada terbaca 1 artikel yg mengatakan tulang rusuk arwah ada patah mean kecederaan dalaman.anak arwah (seorg doktor)berusaha utk dapatkan report post mortem arwah dr HKL tp xdpt..skrg wallaua'lam dh dpt ke x..papepun, alfatihah buat arwah..moga dicucuri rahmat..

mzhany said...

@anggun
a'ah anggun hany pun ada baca. tak per la benda dah jadi kan. tapi pengajaran la buat kit aumat Islam ni...

fazilzura said...

kalau le betui BESIH ni KO kan .. nape rakyat beribuuuuuuu2 lemon dtg pi sokong? cube kite pk... takat nak g geth aman , rs2 nye xsalah tp polis dok berkawal ngalah kan rakyat nk bile bom atom.. abis sume di sekat .. tp tgk ler.. bile keling & cine indon wat lahanat... sume pakat diam je.. now pe kes jutawan wanita yg kene bakor tu .. kes artantuya plak cmner... ado ke diorg wat sekat2 gini... depa2 tu just TAKUT DGN BYG2 SDIRI .. walau sekat2, Allah s.w.t tu tetap bantu ... ramai je rakyat2 yg masuk KL dgn aman .. cume bile dtg mangkuk2 ayun tu, main sembur mcm2, baling bom2 pemedih mato ler.. cm2m .. cm gile pun ado diorg tu..sian kt budk2, wanita2 ..yg tua2 tu ..

ozzy said...

Apapun al-fatihah buat arwah..

mungkin Allah lebih menyayangi dia & hanya Allah saja yg tau cerita sebenar yg di dalam mahupun diluar.