Ini Wilayah Hijau: Serangga yang suka kerumun lampu, untuk panaskan badan kah?


28 July 2011

Serangga yang suka kerumun lampu, untuk panaskan badan kah?

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ


Malam malam, selalunya lepas Isya’ ke atas la, hany suka bukak pintu rumah, sebab boleh rasa angin sejuk malam, sedap jer…semalam sama la, buat perkara yang sama. sambil layan tengok cerita apa ntah kan. tiba tiba bunyi macam berdengung gituh dari luar.

mulanya tak hirau lagi, sekali bunyi makin kuat, hany pun bangun la nak tengok, mak haihhh dekat lampu luar penuh dah serangga duk kerumun lampu. terus panggil MZ, at da same time, ada call in masuk, MZ angkat then sembang la. tapi MZ tahu la sebab hany dah bagitahu. terus la hany tutup pintu.

Konon selamat la kan, sekali, dalam rumah pun diorang dah masuk, dah penuh lampu ruang tamu, tapi tak ada bunyi dengung. selalu kalau kat kampung KELKATU memang selalu kerumun lampu, ayah hany cakap kelkatu nak amek haba, sebab panas, kan malam kan dingin.

sepantas kilat, hany terus tutup lampu ruang tamu, then bukak pintu rumah…tak sampai 2minit, semua serangga dalam rumah keluar pergi lampu luar, cepat cepat hany tutup pintu. lepas tu hany mengintai, nak tengok apakah sebenarnya. rupanya bukan kelkatu, tapi LEBAH. patutlah bunyi dengung kuat.


250720116068


Scary ok tengok,
sebab kalau la kena kerumun kat badan ni, mau berbirat ni. lepas tu, MZ nak keluar kunci gate. kitorang tutup lampu luar, then terus serangga ni berpindah ke lampu jiran sebelah.

pagi nya, penuh depan tu dengan mayat lebah ni, eh takkan mati sebab kepanasan kot. hurmmm…ntah la. tapi kan, terfikir dari mana datangnya lebah ni? risau takot ada sarang sekitar rumah. intai intai jugak, tak nampak pulak…

Kalau kat kampung kan, ayah hany selalu letak plastik kat lampu. sebabnya kelkatu bau dia busuk, nanti dah panas tu dia akan jatuh ke lantai, jap lagi habis bau busuk. so cara dia, amek plastik, sapukan dengan minyak masak pada plastik tu, sapukan kat semua permukaan plastik, then lekatkan plasti kat lampu, sambil biarkan berjuntai…ha, nanti kelkatu tu terlekat la kat situ…matik la dia kat situ…;)


**kelkatu sekadar busuk jer, tapi lebah, kalau di sengatnya…haaa**
Komen
9 Komen

9 comments:

zuneta said...

binatang ni giler lampu kut..sbb tu lau kat umah, lampu dalam rumah padam semua...buka lampu luar je...biar dia keluar...tak lama pun, jap je...dia hilang...sawan lampu kut...hehe

ch@ said...

kelkatu ada juga datang rumah kita, biasanya bila hujan seharian. oni takut betul dgn kelkatu tu, sbb jns terbang meluru then jatuh. menangis-nangis dia bila kena kejar.

wida said...

kalau dah byk cam tu..mesti ada sarang dia hany.

apak cikidong said...

bihtu "orang" yang berkerumun kat hany sebab apa? nak cari haba jugak ker?? oops! ekekekkekeke

Diyana said...

hany,diyana penah baca yg sekarang banyak serangga yg bersayap sudah kehilangan deria pengesan ala2 radar tu..sbb sekarang kan udara pun dah 'berselirat' dengan macam2 teknologi wireless la..jalur lebar la.sampaikan binatang2 ni pun dah kehilangan upaya nak kesan mane satu lampu,mane satu cerah sang bulan .

lebah pun skang dah tak pandai sesat..sian kan. ini semua sebab manusia la..:(

~Bila Diary Berbicara~ said...

biasanya kelkatu ni kuar lepah hujan renyai2...mybe sejuk kut sbb tu dia kerumun lmpu..kalu kat kg biasa lah tgak,tp kat bndar kl nie xpenah jumpa lg...tp kalu lebah lak nape di kerumun lmpu ek???? pelik jgak tu...)

fazilzura said...

eyuhhhh gelisssss

wahida said...

betul tu, petua tu kita buat kalau kelkatu singgah...

mzhany said...

@zuneta
ahaha zuneta sawan lampu eh. hihihi


@cha
alaaa dapat bayangkan oni nangis nangis sambil lari meluru ke arah cha;) tapi kelkatu ni busuk kan...


@wida
ha itu yg risau tu wida. dah cari jugak tak ada pun, harap la sgt tak de sarang tu. risau.


@apak
"orang" tu sorang je apak, and yang tu wajib kerumun pun ;)


@diyana
eh logik jugak apa yg diyana ckp nih. hurmmm


@diary
ha itu ler lebah ni tu yang hany hairan riso sgt nih...


@zura
hany taku tok bukan geli.takot kena sengat


@wahida
dengan lebah tak jadi la wahida. sedey