Monday, September 5, 2016

Preloved Item, Anda Ok Atau Tak Nak Lah...

بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bercakap mengenai preloved item. Preloved, ala kira barang baran yang orang dah pakai atau guna, tapi dia nak letgo sebab sekarang dah taknak dah. Mungkin la dia xmemerlukan dah, jadi dari terperap je baik dia letgo. Sama ada jual, atau bagi je pada siapa yang lebih memerlukan.

Contoh pakaian. Mungkin dah tak muat kan. Tapi keadaan pakaian tu masih sangat elok. So boleh dijual balik dengan harga yang berpatutan atau boleh diberikan pada yang memerlukan. Sama juga dengan barang barang lain, kalau masih elok masih boleh diguna. Tapi kita memang tak peelu dah, apa kata jual je kan. Boleh jimat ruang dan boleh dapat income sikit.

Alhamdulillah,

Semalam rezeki anak dara kami ni ha. Dapat baju dari member satu ofis dulu. Biasa lah budak kan cepat je membesar kan. Plan dah balik kampung ni nak cari baju basahan yang murah murah. Nak cari baju tidur. Nak cari baju jalan jalan selai dua lagi. Sekali membe bagi semalam. Bukan setakat baju basahan,baju jalan jalan pun ada. Alhamdulillah rezeki nama nya kan. Bagi kitorang takder masalah nak guna barang preloved ni kan. 

Balik rumah semalam keluarkan la baju baju semua kan. Nak sorting balik nak basuh balik. Sekali nampak di anak dara ni. Terus nak pakai. Haha aka aka aka mulut tuuu...selagi tak pakai kan, selagi tu lah berbunyi. Aka aka aka... sudahnya meh la kita pakai.


Haaa, dah dapat pakai. Tak mau bukak langsung. Rela je pakai 2lapis kan. Main main dengan berbaju kurung berseluar. Suka hati lah. Asal tak mengacau mak nak sorting nak basuh baju. Alhamdulillah rezeki kan. Terima kasih ex ofismate hanum...


No comments:

~TQ Dear~

Followers