Tuesday, March 31, 2015

Soft Structured Carrier SSC

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Ingat tak sebelum ni hany ada up kan entry pasal carrier. Rasanya dah lama kot maybe masa dalam pantang lagi. Dannnn alhamdulillah, dah beli dah carrier tu, hany beli ssc brand Boba. 

Boba Wildflower

Haaaa jangan gelak dan jangan tanya kenapa fink kaler.hahaha benci nya lah tak dapat grab yg hijau, sebabnya overbajet. Masa hany pergi beli tu, yg ada stok dan ikut bajet yang ni lah. Tak per lah,redho je lah kan,amek je lah. Yang hijau overbajet lebih sangat,maka redho je lah. Dan husband ckp dia ok je kalau nak carry ni walaupn pink. Maka okaylah kan...

Sebelum teruskan, mari kita tengok position yang sesuai utk baby yer. Adra now dah 5bulan, so hany tunjukkan.position untuk 4bln ke atas lah. 

Haaa nampak yer,yg sebelah kanan adalah position yg sesuai. Yang kiri yg kaki terjuntai tu xelok utk baby...

Hany pun ada join group dulu sebelum nak beli benda ni. Orang kata jangan main beli je kan,kena ada ilmu jugak. Alhamdulillah group Malaysian Babywear sangat membantu. Join je,banyak info disediakan di file, picture, even nak tanya di post pun boleh. Then terus propose husban dutk beli carrier ni. Husband suruh pilih antara stroller atau carrier. 1 je lah,sebab nya carrier ni pun harga lebih kurang stroller.

Carrier yang support dan sesuai utk baby ni,selalunya memang harga agak mahal la. Kalau yang di jj macam bran anakku semua tu,memang murah tapi kalau tengok betol betol,kaki baby berada dalam kedudukan yang x sesuai,yg mcm gambar kat atas yg sebelah kiri. Kaki baby trjuntai. 

Carrier yang sesuai ni dinamakan SSC, Soft Structured Carrier. Dan sekarang yang setakat hany tahu lah, ada brand Boba, Ergo, Pognae, Onya, Lenny Lamb, Tula, Kinderpack... tapi ingat yang paling banyak fake adalah ergo. Sebelum beli kena cek betol2,risau kena yang fake.





Haaa ni antara gambar adra dalam carrier. So far Adra skrg dah ok lah duduk dalam carrier ni. Sebelum ni memang mengamuk menangis jugak, maklum la benda baru kan memang tak biasa. Lama lama okaylah. Dan bagi hany sangat2 membantu lah, senang kalau nak shopping lengan pun tak lenguh kan. Hehe ada yang komen kata hany beli ni sebab ikut trend,kan sekarang dah ramai guna carrier ni. Apa apa lah,yang pasti hany ada reason hany kenapa beli carrier, x beli stroller. Dan ianya bukan sebab trend.

Selalunya kalau kitorang keluar tak der lah selamanya adra duk dalam ni,kalau tengah makan,dia duk atas riba or kitorang pegang la. Ha pandai pandai lah kan. 

Depend pada individu lah yer. Setiap orang ada reason tersendiri utk beli apa yang dia nak,dan yang pastinya kena jugak study baik buruk untuk anak. Dan pesanan untuk korang,kalau nak beli carrier ni, silalah beli dengan authorised dealer...untuk elakkan terbeli yang fake...

Happy babywear...;)





Saturday, March 21, 2015

Baby Boy yer....

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Haaa itulah antara yang selalu ditegur bila bawa Adra keluar...hehehe normal kot sebab rambut tak banyak lagi kan...


Haaa camni ler rupa anak dara hany...rambut memang bahagian atas je tumbuh, tepi kiri kanan belakang belum tumbuh. Dah macam rmbut pekan yg cerita batu belah batu bertangkup pun ada haaa...


Akhirnya, haby pasrah belikan benda alah tuuu...apa nama ntah. Haha orang tenok bubga bunga automatik la orang tahu anak perempuan kan ;)

Sebenarnya, hany tak suka sangat benda bunga bunga atas kepala ni. Ntah, hany rasa serabut je. Tapi bila ada membe suruh pakaikan, katanya bagi baby biasa...nanti bila tiba masa nya pakai tudung, senang dia dah biasa. So logik nya betol jugak kan. Maka pasrah la hany beli dan pakai kan...

Harapnya, adra tak laa main tarik tarik nanti ;)

Wednesday, March 4, 2015

Berhenti Kerja, Keputusan Tepat atau Memudaratkan...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Akhir akhir ni hany tengok banyak yang share pasal mereka yang berhenti kerja. Beberapa artikel juga hany ada baca. Jadi ini versi hany sendiri, Berhenti Kerja dan Terus Jadi SuriRumah. Yer, memang keputusan agak drastik, tapi...ianya hany ambil tanpa banyak fikir, fikir jugak tapi tak banyak la, sekali dua je fikir terus buat keputusan.

Untuk pengetahuan, ni adalah kerja pertama hany selepas grade. Saat berhenti tahun lepas, rasanya hampir 8tahun hany kerja di company tersebut. Jatuh bangun, pahit ,suka, duka memang dilalui dengan company tersebut. 1st year kerja, hany dapat ke Boston, U.S untuk training, lepas tu ada lah pergi ke Beijing,China. Station di Puncak Alam, Di UTM SKudai, di UMT Terengganu, Banyak pengalaman jugak la kan, 8tahun. 

Bercakap pasal gaji, walaupun bermula dengan agak rendah gajinya, alhamdulillah cukup segalanya. Rumah free rumah company, hany takde kete, haha menumpang aje. Lepas tu baru beli motor. Then bila nikah, alhamdulillah gaji makin naik, dah bersuami gaji sendiri memang untuk diri sendiri sahaja. Kira memang boleh bermewah lah setelah tolak hutang itu ini kan, alhamdulillah rezeki ALLAH bagi.

Tapiii,
kami berdua diuji, rezeki anak yang ditunggu tunggu masih belum ada. Itu ujian kami. Kami lalui dengan tabah serta sabar. hahaha walaupun hany kekadang down sedih semua kan. Siapa tak sedih weh, bertahun tahun juga masih belum dikurniakan rezeki dari NYA. Usaha itu ini, kami buat...untuk usaha ni, refer di side bar ni, hany ada kongsikan.

Tiba tiba hujung 2013, husband hany suruh resign. Mula mula memang hany risau, sebab dah lama kerja kan, sayang dnegan kerja pun ya, dengan ada duit di tangan sendiri pun yer, risau nanti apa lah nak jadi kan bila dah jadi surirumah ni pun ya. Masa ni hany macam tak fikir sangat, okay lah hantar je lah surat berhenti kan. Tapi, dalam hati macam masih main main. Bila hantar surat, bos hany tak terima perletakan jawatan tu. So hany pun macam, hehe okaylah sambung je lah kerja...

Januari 2014, 
sekali lagi husband hany suruh berhenti kerja. Kali ni dia serius. Memang berbeza lah dengan sebelum ni. Hany rasa maybe sebab waktu tu, kerja hany agak busy. selalu outstation, balik  kadang pagi pagi hari, kadang kadang keesokan harinya. Dan dia tahu kerja hany dengan staff lelaki jugak. Serta dia tengok hany balik rumah macam stress, mesti ada bebel itu ini pasal kerja. Dia pun bosan agaknya dengar hany duk merungut je. Dia pun suruh hany resign.

Hujung bulan 1,2014, setelah hany fikir dua kali tak silap, hany hantar lagi surat berhenti. Kali ni, bos terima ke tak, itu hal dia sebab nya bila SUAMI DAH SURUH, ISTERI WAJIB ikut. KITA PERLU TAAT PADA SUAMI, BUKAN TAAT PADA BOS. 

Honestly,
saat surat dihantar, simpanan hany tak banyak. Selalu orang cakap make sure ada setahun punya gaji untuk cover sebelum resign kan, NO! hany takder sebanyak tu. Tapi yang buatkan hany berani berhenti sebab, core hutang hany dah setel. Credit card dah setel, personal loan dah setel. So fikir fikir okay fine, resign je. 

Hany kena serve 3bulan notis, so hujung April 2014 adalah last day. Allahuakbar Kuasa ALLAH, hany lepaskan 1rezeki yang hany ada, dan ALLAH berikan rezeki lain yang lagi bermakna buat kami...Pertengahan Mac 2014, alhamdulillah hany mengandung. Ya ALLAH memang nak menjerit melompat lompat jer..haha over okay. Yelah setelah 5tahun kami menunggu...akhirnya...

Hany masih bekerja lebihnkurang 1bulan selepas tahu mengandung, sebab notis kan 3bulan. Hany ada suarakan pada suami, hmmmm maybe takperlu berhenti sebab nanti kan dah ada anak, banyak duit nak pakai kan. Tapiii, suami nekad, BERHENTI JER...kata dia. so hany lagi suka lah kan, kot la mabuk teruk ke apa ke kan, senang duk rumah je. cukup masanya, hany pun berhenti kerja, dan jaga kandungan sahaja kat rumah.

ALLAH itu ada, DIA tahu apa yang DIA telah rancang kan untuk kita. Alhamdulillah... kami masih mampu meneruskan kehidupan ni walau tidak semewah mana. Yer hany pun sedar diri, kena had kan perbelanjaan hany sebab punca rezeki sorang je kan. Kena berubah mengikut keadaan semasa lah kan. Jangan lah ko buat taksedar diri, masih nak macam ko pegang duit sendiri kan.

InsyaALLAH, semoga rezeki kami sekeluarga mencukupi serta diberkati oleh ALLAH..aamiin

~TQ Dear~

Followers