Thursday, October 31, 2019

Delta Chenang Resort

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Kami stay di Delta Chenang Resort, masa pergi ke Langkawi pertengahan October. Ni pun main book je sebab ada kawan pernah pegi, katanya chalet dia betul betul tepi pantai, kira bukak pintu chalet nampak pantai terus. and Yesssss betul memang dekat sangat dengan pantai.


Ini lah chalet 3orang kami ambik. walaupun rupa dia tak menarik, dalamnya selesa lah.


Ni hany ambil gambar dr chalet kami, nampak tak pantai tu dekat sangat tu, pagar tu ada pintu boleh keluar terus jejak pasir pantai.


Anak dara memang suka lah, pagi pagi ajak main pantai dulu. siap breakfast terus turun pantai, kami book chalet ni memang termasuk dengan breakfast sekali. so setel lah bab makan pagi kan, terus boleh jalan jalan lepas tu.

haaa nampak tak Langkawi Permata Kedah tu, pantai depan Delta chenang ni memang dekat dengan perkataan tu, so cantik sangat ambik gambar kan...


Tempat yang kami duduk ni, nanti depan tu akan ada la geng geng yang tawarkan permaianan jetski, banana boat, island hopping ker. Pagi pagi diorang tak der lagi, around 10pagi diorang akan pacak senarai harga, payung payung dan kerusi untuk lepak lepak.

ini antara yang ditawarkan

haaa tu kerusi untuk lepak, maybe kena bayar lah. kitorang tak tanya pun, sebab memang takkan lepak la kan....



Korang boleh ke page FB Delta Chenang ni ya, Portal Rasmi Delta ada banyak pembaharuan untuk tahun 2020. kat sini ada chalet yang sebiji sebiji macam kitorang tadi, ada juga Kabin untuk keluarga, ada juga Deluxe dalam bangunan batu.

ini deluxe, dalam bangunan macam ni

yang ni jenis kabin



Sekitar Delta Chenang pula,
malam nya sangat happening, keluar sikit je dah jumpa jalan besar. Sepanjang jalan tu ada kedai kedai yang menjual pelbagai barangan, Ada kedai makan, jual baju baju, blouse, cenderamata, ada juga outlet designer, kedai bebas cukai pun ada. yang lagi best sebelah Delta Chenang ni ada Underwater World, ha boleh la bawak anak anak masuk tengok haiwan dalam laut, sebelah nya pula ada kedai duty free. memang port yang sesuai lah Delta Chenang ni...





Ha korang boleh la susur berjalan sepanjang jalan tu kan, siang hari petang petang ngam la tak panas sangat, kalau malam lagi syiok. Ha ni bangunan yang ada jual branded handbag, 
ada fossil, MK, Coach, Smiggle pun ada. 



Kalau lalu bahagian pantai pulak, ada la hany ambik gambar sikit, panas oiiii malas nak beriya ambik gambar.

kat sini ada jual tshirt, ada kedai minuman juga

ramai pelancong asing suka lepak tengahari macam ni, geng malaysia mesti ramai tengah shopping hahaha


nah hany share video sikit, 



Owh kalau nak book di sini, kena direct call atau whatsapp ya, 011-1245 5682Okay, hany sambung part shopping di post lain lak ya...

Wednesday, October 30, 2019

STICKER UNTUK ANAK ANAK

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Kak mek nak share mengenai sticker untuk labelkan barangan anak anak. Ya kakmek sekarang ada jual sticker pulok doh. Hahaha apa apa je lah kan, janji ada side income. Maklumla kakmek dah berhenti kerja sejak 2014 lagi.

Antara sticker yang paling banyak di order adalah label kartun KALIS AIR ni.


Label ni bersaiz 1.3cm x 3cm. Saiz yang sesuai untuk alat tulis, botol air, pen gunting, dan ianya KALIS AIR ya.

Bawah ni antara pilihan Kartun yang ada, 





Yang ni Plain sticker, tapi KALIS AIR juga ya...



Sempena hujung tahun ni, kami ada kan promo, setiap belian 5set akan dapat FREE 1set.Promo ni sehingga hujung December 2019. 

kalau berminat, boleh whatsapp ya
www.wasap.my/60199597323/LabelKartunBlogOctober


Langkawi on October

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Lama sungguh tak update blog. kali ni nak update lah, haha setiap kali pun nekad nak update blog, sudahnya 1 jer update terus terkubur.

Pertengahan October,
kami ada ke Langkawi. tengah tengah bulan, time orang tak cuti lah. setakat ni anak umur 5tahun boleh lagi ponteng sekolah kan. lepas ni tak boleh dah oiii. kena ikut jadual sekolah la lepas ni. Pergi Langkawi jalan jalan je lah kan, main beli jer tiket flight sebabnya dapat promo AirAsia tu, memang beli awal sangat sangat, bulan 10 tahun lepas. 

bawak bag yg tak penuh barang, confirm membeli banyak nanti kan. anak dara yang nak tolak bag.

Kami park kereta di Putrajaya Sentral, 3hari 3malam rm22.50. then ambik ERL ke KLIA 2. Anak dara ni memang suka naik train. sambil sambil kan, tak silap 7tahun ke bawah FREE ya ERL ni.

kami sampai malam, lengang mungkin sebab hari bekerja kan, ahad malam kami sampai, kami stay sampai rabu di Langkawi

Sampai jer,
terus call runner yang nak hantar kereta sewa, dah update owner kereta sewa sebelum naik flight. so ngam ngam la, tak perlu dia tunggu lama, dan kami pun tak perlu tunggu lama. setel bayar kereta sewa, terus kami gerak ke Chalet. Kami stay di Delta Chenang, area pantai chenang. Kami ambik chalet 1katil double, 1single. cukuplah kami 3beranak kan. selesa dah tu.


Sewa kereta Langkawi - 011-10108985
kami sewa Axia, rm180 untuk 3hari 3malam. diorang ni boleh hantar & ambik di Airport tanpa caj, kalau ke jeti ada caj rasanya.

okay, next entry pulok 


Thursday, August 22, 2019

MAKANAN TERENGGANU

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Berada di perantauan sudah semestinya banyak benda yang dirindui berkaitan kampung halaman kan. Haaa kali ni nak bercakap mengenai makanan. Berada di Selangor kini dah boleh dapatkan makanan tradisional Terengganu. Hahaha makan ajer kiter ye. Keropok lekor tu memang dah banyak la boleh didapati di luar Terengganu kan. Sejak ada nya teknik vakum ni. Keropok lekor rebus masukkan dalam pack vakum, dah boleh hantar ke luar.

Sekarang kuih muih tradisional terengganu lain pun  dah boleh didapati di luar terengganu. Boleh la melepas rindu kan. Bukan nya selalu boleh balik kampung ni. 


Haaaa tu dia. Yang berbungkus tu PULUT LEPA atau orang panggil pulut panggang. Terengganu punya versi inti dia sambal ikan. Ala lebih kurnag serunding ikan tapi yang ni versi lembab gitu. Yang bulat bulat tu panggil PAUNG GORENG, ada yang panggil kuih boom. Juga inti ikan. Dan yang kontot panjang tak berapa panjang tu, KAYU KAMAT kami panggil.

Puas hati dapat makan ni. Kalau ada orang Ganu sekitar Klang Valley ni, boleh lah contact/search Fb TEKOK GANU. ada area yang diorang boleh hantarkan. Ha gitu sampai depan rumah tau.

Okay lah,
Jumpa di next entry...

~TQ Dear~

Followers