Monday, May 19, 2014

Peperiksaan F41 Pegawai Teknologi Maklumat Kerajaan Negeri Terengganu

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum...

**Ni entry yang dah berkurun,baru nak di publish kan, untuk rujukan calon akan datang**

Hany adalah lah apply jawatan di kerajaan negeri Terengganu. hehe nak balik duk ganu kah? alaa cuba jer lah dulu kan, mana tahu ada rezeki dapat la, tak ada nak buat camno, sila cuba lagi…jangan putus asa. Pada yang nak apply mana mana jawatan di terengganu tu, terutamanya kerajaan, silalah rajin untuk ushar di page Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu ni.

Macam biasa untuk jawatan kerajaan ni, pasti akan lalui exam, TAC, dan interview. mungkin ada sesetengah jawatan akan lalui exam dan terus interview. TAC tu adalah Terengganu Assessment Center, alaa kira kena join course la untuk beberapa hari.

Alhamdulillah, Hany dapat exam. alaa selalunya exam ni semua orang akan dapat. mulanya macam berbelah bagi, hadoiii nak balik ke tidak kan. tapi fikir fikir, balik jer lah…

IMG_8939

Masa exam ni hany siap ambil gambar dalam dewan semua, tapi ter delete la pulok. marah betol laaa…kan dah kurang info untuk blogging ;) hany dapat exam di Taman Tamadun Islam.

Exam macam biasalah, ada beberapa seksyen. ada esei, ada mengira matematik dan pengetahuan am. Hany sebenarnya pergi exam ni, dengan sedikit yakin sebab memang study betol betol la, baca semua pasal negeri terengganu ni. sebenarnya untung sebab sebelum exam ni,hany dah pergi exam under SPA. so soalan dia macam dah boleh agak la style macam mana. yang SPA, exam pun tak lulus. haha…tu yang buat lagi berdebar debar tu…

Soalan Matematik; hany rasa tak la se susah se payah yang SPA. tapi masa tetap tak cukup. Kira hany jawab tu confident la, kira kira bagai mesti dapat jawapan dan ada antara A,B,C or D. ala soalan matematik ni macam form 5 punya la. boleh google soalan dia, banyakkk sangat. tapi soalan yang ada di internet ni rasanya lagi susah dari soalan exam yang hany dapat tu. sila google guna key Aptitude test. Berlambak contoh soalan, ni semua memang yang susah gak la (bagi hany la)

Pengetahuan AM; Ha yang ni kena ambil tahu pasal jawatan yang kita apply dan mengenai Negeri Terengganu. Macam untuk jawatan yang kita apply contoh Pegawai Teknologi Maklumat, so kena tahu la pasal IT ni. Serius dah lupa apa soalan dia, tapi secara general la…Kena tahu la singkatan singkatan yang di gunakan dalam IT ni, soalan semua dalam BM, kadang2 konfius jugak bila sesetengah term IT di tukar ke BM.make sure baca soalan betol2.

Satu lagi pengetahuan am berkaitan negeri Terengganu. huishh memang apa yang hany study keluar la, contoh Asal usul perkataan TERENGGANU tu, ada beberapa cerita berkaitan asal usul perkataan TERENGGANU ni. Pergi je web site negeri Terengganu, then baca la balik sejarah negeri, lagu negeri, logo jata semua tu. baca jer.

Esei; yang ni wajib ada. sebijik macam PTD kan. hany pilih soalan kebaikan dan kekurangan internet. blablabla…bedal jer lah.

Alhamdulillah, Hany lulus exam. tapiiii ada peringkat ke 2, iaitu mengikuti Kursus yang telah di tetapkan. katanya, sekarang memang untuk yang gred 41 ni memang akan lalui 3 fasa, iaitu EXAM, Kursus dan Interview. tak macam dulu, terus interview.

**next entry pasal kursus**

Monday, May 12, 2014

Bertukar Status...


• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,



April sudah berlalu. Kini status ku sudah berubah. Hehe mengada kan nak saspen kan jugak. Kini hany adalah seorang surirumah sepenuh masa.

Yer,hany dah berhenti kerja. Kerja pertama hany selepas belajar. Kerja yang telah hany lalui selama lebih kurang 7 tahun ++. Allahuakbar! Semuanya ketentuan DIA. No hany tak salahkan takdir ker apa tidak sekali kali.

Ada 2 perasaan bila berhenti kerja ni:
1) Gembira sangat bila dapat memenuhi permintaan suami dan of course gembiraaaa bila duduk rumah kan.

2) sedih pun ada. 7tahun tuuu banyak kenangan manis pahit masin masam kelat dilalui...

Hany masih ingat,setelah 4/5 tahun bekerja,hany ada kata pada diri sendiri, "hany akan resign dari company sekarang ni jika hany dapat keje kerajaan je,kalau tak memang nak stay kat sini je". Dengan husband pun hany ada bagitahu. Tapiiiii....itu perancangan hany,perancangan ALLAH tiada siapa boleh halang. Bila DIA dah tuliskan macam ni,macam ni lah jadinya kan.

Hany agak naik lemak sebabnya company ni dekat je dengan rumah, +-15 minit dari rumah,kalau lebih sebab trafik light la dan sikit jem. Dahla kitorang beli rumah area berdekatan kan,so buat apa nak susahkan diri keje sampai ke KL bagai kan. Haaa ni la namanya lemak. Sampai berlemak lemak jadinya haaa ;) Lagipun,bagi hany company ni memang okay. Tak la terlalu strict,ada part yang flexible kan.

Sayang nya pada company, waktu ada masalah hany stay lagi kat sini walaupun ramai mengorak langkah tinggalkan company. Yer company mana tak pernah ada masalah kan,dari segi kewangan ker,dari segi pengurusan ker. Semua ni tak boleh lari. Tapi hany fikir tak sampai hati nak tinggalkan waktu waktu macam ni. So hany teruskan ajer bersama. Bagi hany,ada kesetiaan jugakla pada company. Cewahhhh;)

Tapiiiiii,bila ALLAH dah tetapkan semuanya,maka hany pun laksanakan la. Hany berhenti atas permintaan suami dan juga keinginan sendiri. Makin hari terasa hany makin tak perform,makin rasa serabut,sampai terbawa bawa ke rumah. So itu adalah petanda nya,supaya hidup tak menjadi huru hara. Ada lah beberapa yang bagi hany tak perlu tulis kat sini. Pasti ada yang terasa nanti.

Setelah berfikir segala benda,maka keputusan dicapai.BUKAN SENANG yer untuk hany buat semua ni. Banyak benda kena fikir. Tapi berpegang pada "permintaan suami",dalam hati berdoa semoga ALLAH permudahkan dan berkati segala keputusan yang dibuat ini.

Hany hantar resign letter Januari notis adalah 3bulan. So april baru betol betol tak kerja. 3bulan tu sekejap sangat la hai. Tup tup dah habis dah. Hmmm..

Tapi,seriusly memang terasa lagi sayang nya tu. Hehe...

**kuasa dan perancangan ALLAH, setelah lepaskan rezeki ni,ALLAH bagi rezeki lain buat kami berdua. ALLAHUAKBAR!!!terima qaseh yang ALLAH atas segala rezeki mu**



- Posted using BlogPress from my iPhone

~TQ Dear~

Followers