Tuesday, January 29, 2013

Favourite Picture…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

IMG_4455Terserlah kegembiraan budak budak ni. serius sangat suka moment ni.Masa ni bawak dorang pergi tengok bananana datang dengan kartun kegemaran, mcm boboiboy,canimal,yang bola tu…ntah apa la lagi. seronok dorang!

IMG_4472Anak sepupu hany, masa ni umur baby tak sampai seminggu lagi. hany bawak baby and ibu pergi klinik sebab ada kuning,tapi so far tak tinggi.ibu baby tak larat sangat masa ni,ahaha serius takot nak pegang baby yang baru lahir ni.tapi kesian kat ibu sebab tak larat, maka ciksu gagahkan jua….lena dalam dakapan ciksu;)

IMG_4894   Budak ni tengah merajuk masa ni, sebab semua orang tak bagi dia main air.ombak boleh tahan la kuat nya,tu yang tak bagi main air.puas pujuk nak ambil gambar, dia taknak pusing,merajuk latu. tapi ciksu berjaya ambil dari belakang, tak kesahla belakang pun….

IMG_4491 Tak lengkap entry tanpa makanan kannn.hehehe serius setiap kali panadng gambar ni mesti terngiang ngiang rasa nya.arghhhh sedap nya…inti kelapa. fuhhh sodap. roti paung.

Dah nak habis Januari, ni baru ke3 kot kalau tak silap. serius agak busy….

Tuesday, January 15, 2013

2000 domain free untuk anda…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Ingat tak pasal domain yang hany pernah up kan entry tuh. itu untuk tahun lepas punya, tahun ni ada buka lagi, dan 2000 domain free ditawarkan, free untuk setahun. untuk tahun seterusnya, hanya rm20 untuk renew. tapiiii, domain adalah .my sahaja. contoh www.mekganu.my. ini domain yang hany dapat last year la.

SIla klik link ini untuk cek domain yang available. http://online.asiahost.cc/cart.php?a=add&domain=register

15-01-2013 9-42-24

cari domain, kalau available, click continue

15-01-2013 9-43-32 click/tick pada bahagian DNS Management (FREE), lepas tu click UPDATE CART.

 15-01-2013 9-43-53

Akan keluar page ni, nampak tak kena bayar RM20 kan, ok turun ke page bawah…

15-01-2013 9-45-53pada bahagian promotional code, masukkan belia. Lepas tu click Validate Code.

15-01-2013 9-46-06 Lepas tu naik balik ke page atas sekali, due yang tak dibayar lagi RM0.00. makanya ini anda tak perlu bayar apa apa.

Seterusnya, lengkapkan form dengan maklumat yang diperlukan. dan seterunya..

15-01-2013 10-01-08 click pada i have read blablabla…dan click COmplete Order.

Nanti akan dapat order number, dan beberapa email. tunggulah dulu sebelum anda mendapat email yang mengatakan dah berjaya dapat domain.

Maklumat Penting : domain ini hanya untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 – 45 tahun sahaja. Sila isikan nama penuh seperti didalam kad pengenalan. Segala maklumat yang meragukan dan tidak menepati syarat serta tidak padan daripada maklumat dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan di proses. Proses tempahan akan mengambil masa yang sedikit lama bergantung jumlah pendaftaran. Domain yang didaftar tetap akan diberi secara percuma. Sila gunakan promotion code "belia"

Selamat mencoba….;)

Friday, January 4, 2013

Tip musim banjir…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

wohoooo, tips musim banjir kata kau. ahaha tips lah sangat kan. eh ni tip versi hany yer. based on my experience la yer. Kena ingat setiap orang melalui pengalaman yang berbeza, melalui ujian, dugaan serta cabaran berbeza. Janganlah kita pandang remeh akan pengalaman, ujian, dugaan serta cabaran yang dilalui mereka kerana mungkin kita sendiri tidak mampu untuk mengatasi sekiranya kita yang berada di tempat mereka.jadiiiii enjoice the experience ;)

1) Pakaian

- Ha, kalau korang stay area yang bermusim tengkujuh ni, korang tahu lah macam mana dengan pakaian musim hujan ni. RUmah hany kat kampung tak ada mesin basuh. basuh baju secara manual, iaitu guna lah dua tangan yang ALLAH pinjam kan tu. hehehe, tapi hany malas nak berus ahaha giler penat weh. (maklom ler dah manja bermesin sokmo kan).

- Rendam dgn sabun, leaps tu bilas, rendam dengan downy. sebab downy wangiiii tapiiii mahal. setiap hari basuh basuh ok, sebab kalau dikumpulkan 1minggu, masakla nak tunggu semua kering. balik kerja, terus rendam, malam bilas rendam lagi, subuh esok baru bilas dan perah terus sidai. Selalunya musim tengkujuh berangin, so lambat laun baju tu akan kering jugak. tapi kering dalam keadaan lembab, korang tahulah bau camne kan, sebab tu hany selalu guna downy or TOP. serius sabun TOP yang kaler biru tu, walau kering dalam keadaan lembab, tapi TAK ADA BAU HAPAK langsung. so cubalah guna TOP, yang besh kaler BIRU.

- Hany cadangkan beli lah beberapa helai baju yang kain nya berjenis COTTON RAYON, material dia la. sebab hany dah ada sehelai, serius cepat kering. camno jenis COTTON RAYON ni, ahaha den pun tak pandai nak explain, tapi hany beli dari membe.

484205_452973371405841_1768027707_n

hany beli yang ni, ahahah giler berbunga bunga ngko. janji selesa!

Boleh KELIK SINI kalau nak tengok tengok.

- Kalau mamfu tu, bolehla hantar dobi yer, takpun beli pengering. yang jenis kering terus baju semua, takperlu nak sidai bagai dah. haaa macam dobi tu. tu lah dia, kalau mamfu la…

2) SANDAL

-Sandal, selipar ke kasut ke, mana mana yang seangkatan lah, yang dipakai kat kaki tu. kalau boleh nak je pakai slipar jepun yg getah tu kan. tapiii harus diingat, cari yang selesa, TAK LICIN, TAK SAKITKAN KAKI. Lagi satu, kalau kerja ofis, takkan la nak pakai selipar jepun kan. tak formal la kan. etika pemakaian perlu dijaga, jangan jadikan musim hujan sebagai alasan.

- Al-kisah sandal hany 1jer bawak balik ke ganu. so memang taram yang tu jer lah. sekali air dah penuh kt rumah ni, terpaksa harung air tu guna sandal kerja ku itu. sekali ko, sandal tu jadi berat and siap warna luntur lagi. ahaha cisss, bila dah basah maka berbau hapakla sandal itu. serius tak selesa. ahaha sandal murahan kannn. dan dan tu jugak pergi cari sandal lain, tapi tak jumpa yang selesa. sudahnya taram jer lah yang tu.

254697_228911820480401_7275374_n

- hany cadangkan MONOBO SHOES. hehehe hany baru je try membe punya, seriusly selesa, tak sakit kaki dan fully getah. so selamat untuk harung banjir…yeahhh!MONO pun ada wedges jugak, so korang still boleh melaram lagi, tak semua nya flat. sama jugak kalau pakai crocs kan, getah jugak,mana mana lah yang selesa kan. tapiii hany masih takde lagi sandal getah ni…aiyoooo.

Boleh KELIK SINI kalau nak tengok tengok.

3)  KERETA

- hehehe kalau mamfu, beli la 4x4 punya kereta. ahahaha kalau mamfu yer. kalau tak, hehehe cariklah jalan alternatif ;)

1

eh basah pulak bila hujan…

Homepage-Korando-Banner6 MZ….nanti kita beli ni ehhhh;)

- Hany kat ganu kan sewa kete viva la vida. depan UMT memang air penuh, pintu UMT pun pintu belakang je dibuka sebab selamat untuk digunakan. hari pertama, hany lalu lah jugak depan UMT tu, jemmm sebab air dah penuh, dorang ada cakap kete kancil pun tak lepas, yang hany ni sengal tak sedar diri bawak viva la vida tu pun saiz kancil. dah masuk barisan, memang tak boleh nk reverse carik jalan lain, so pasrahla, redho jerlah. tiba tiba datang sebuah bas, hany biarkan jer dia potong, then hany follow belakang dia.

- ALhamdulillah, selamat lah hany bersama viva la vida dia. terima kasih wahai bas. hari ke2, hany tak lalu jalan biasa dah, sebab ada yang cakap beberapa buah kete kecik dah tersadai. mampus, dahla kete sewa, kang jadi apa2 satu hal pulak. membe suruh lalu jalan lain, tapi hany tak kenal, tapiiii hany follow je kete banyak2 tu. alhamdulillah selamat.

4) PAYUNG

- Sentiasa sediakan payung. ini normal la kan sebab selalunya dalam kete memang ada payung kan. tapi bagi hany, dalam henbeg pun kena ada payung ;). hany selalu masukkan payung lipat kecik tu dalam henbeg. atleast dapat cover kepala pun dah ok lah kan. sebab kalau hujan lebat ditambah dengan angin…harapan la, kompem basah jugak.

1_1330942122IFEELSLOVENIAAGREEN

5) MAKANAN

- make sure dalam henbeg korang tu adalah bekalan makanan untuk kunyah kunyah, nak nak lagi kalau korang gastrik. macam hany, kalau tengahari hujan, memang malas la nak keluar makang. sebab nantikan basah lencun, mesti tak selesa nak bekerja. kalau petang nak balik tu, hany rela jer redah hujan, walau lebat pun sebab basah pun takpe lah dah nak balik kan;)

091810_5874

- pilih makanan yang bleh tahan la kenyang nya kan.

Setakat ni, itulah dia sikit tip dari apa yang hany alami. mungkin korang ada nak tambah, hehe apa salahnya berkongsi kannnn ;)

Tuesday, January 1, 2013

Duaributigabelas

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Taknak ketinggalan untuk up kan entri di awal tahun ni. tapiiii takde lah nak bercerita bagai sangat kan. Yang pasti SYukur alhamdulillah, masih diberikan peluang untuk menikmati hari ni.

Serius, tak tahu nak ceritakan pasal apa, ahaha taknak la buat kesimpulan apa yang dah berlaku sepanjang 2012, yer lah bukan orang glemer kan, sapa nak tahu semua tu.ahaha diam diam sudah hany.

Azam??? ahahaha seriusly taktahu dah apa azam nya kan, yang pasti follow the flow ;)

Harapnya si hijau ni rajin la buat entri untuk tahun 2013 ni. yerlah kebelakangan ni memang jarang sangat la update blog. ntah taktahu la kenapa. busy kot, yup usy tu memang busy jugak la.

Harapnya adalah kitorang dimurahkan rezeki untuk tahun ni…aamiin…

~TQ Dear~

Followers