بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Wednesday, January 01, 2014

Hari Pertama

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Di hari pertama tahun 2014, haa tu dia nampak rajin yer, hari pertama dah ada update.haha harapan kerajinan itu berpanjangan lah yer ;)

Hany sekarang jam 4.46 pagi, ada di cyberjaya, ikut suami kerja. haha besh giler kan suami kerja di hari tahun baru. eh tapi memang pun sehari sebulan dia kena kerja malam. selalunya hujung bulan lah. so tara hal, tara kisah sebab boleh ikut kan.

Kitorang memang takkan pergi mana mana untuk sambut new year ke apa. kalau pun suami tak kerja, memang takkan pergi lah. serabut weh dengan jem semua kan. ni pun tahun ni UAI tak ada di Shah alam, macam sebelum ni kitorang akan join majlis ilmu tu. then terus balik.

Macam tahun lepas, kitorang tak tunggu pun sampai detik 12malam, 20minit sebelum tu kitorang terus gerak sebab nak elakkan jem. detik 12 malam kitorang kat LDP rasanya, so tengok je lah bunga api dari mana mana yang kelihatan tengah2 highway tu. sebab nak lari dari jem.

Azam ke apa ke tak mau cakap la, sebab pastinya semua orang mengharapkan yang terbaek kan untuk hari hari mendatang. semoga tercapai aamiin.

Dalam hati ada sedikit risau memikirkan keadaan sekarang. semua benda naik. risau jugak, pendapatan takat tu jugak kan. bukan saja risau pasal keadaan harga harga yang semakin menaik, tapi risau akan keadaan politik negara, lagi risauuuu akan keadaan sosial negara….risau weh. kalau ALLAH nak turunkan bala atas semua yang dilakukan dah cukup sangat ALLAH nak turunkan, tapi ALLAH sayang kita kan, ujian DIA kecik jer lagi buat kita ni. semoga kita sama sama baiki dan betulkan…aamiin…

Followers