Ini Wilayah Hijau: Jakun dengan pemanas air….


07 January 2014

Jakun dengan pemanas air….

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Mencari pemanas air baru last week. Tiba tiba jer dah rosak, tak panas langsung. maklom ler dah lama, sampai masa agaknya kot. takper lah redho jerlah. dah tamat riwayatnya…nak buat camne.

Lepas tu, terpandang la pemanas air tu, jug dia tu SERAMIK! haaaa terus jakun, terus belek belek.huiii bagus ni, sesuai untuk serving sekali ni. Sonang kerja ni. Jimat tak payah banyak benda nak digunakan.

Photo-1_5_14,-1.08.31-AM-5

Ada 3 warna, hitam, biru, bunga merah daun pink. haaa jenama ELBA. dah terbayang dah pastu siap cakap dengan MZ. ni senang kerja ni b. Masukkan tea, gula, air lepas tu panaskan sampai mendidih. dah mendidih, angkat terus boleh serv kan…haha

Photo-1_5_14,-1.08.31-AM-6 

ha ceramic yer…

Fikir punya fikir, tapi tak beli pun yang ni. sebab risau dan tak yakin..betol ke ni, kan jap lagi pecah ke retak ke…haha sangat la tak de keyakinan pada kau wahai ceramic pemanas air…

**eh, ker korang memang dah tahu?**

Komen
7 Komen

7 comments:

Nafisa81 said...

cantiknya...

Irfa said...

CANTIK..X TAHU PUN
X MAHAL
BOLEHLAH BELI SEBIJIK
MASAK AIR TERUS BOLEH SERVE
HIHI

fazitaismail said...

tak penah tgok pun kak..
ita pun rasanya takut jgk nak pakai..kan tetiba anak usik2 pecah jek naya kan..air panas tuuuu..hihi
neway sgt cantikkkk..

munna said...

Cantik juga... Kak munna baru tengok kat blog ni

Solehah Shamsuddin said...

cantiknya. berbunga2 plak tu

Rizziela said...

Pakai letrik ker?

Salbiah bt Karim said...

comel yg bunga merah tu, senang trus serve.