Ini Wilayah Hijau: Kembali menulis ;)


19 March 2014

Kembali menulis ;)

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Hehehe lama kan tak berupdate. Walaupun tak ramai yang membaca, tapi dah beli domain tu ape ke hal dibiarkan tak update kan. rugi rugi rugi.

Sekarang ni kerja dah semakin reda la sikit. Idok ler sesibuk sebelum ni. Alhamdulillah...InsyaALLAH tak lama lagi bakal bertukar status.yyeayyyyyy! nanti lah bila dah sampai waktu nya, daku khabarkan hehe. Sekarang ni duk ulang alik ke Seremban, biasa lah keje based on projek kan. kena la turun site.

Dulu, sokmo meroyan gak kalau kena pegi site, sekarang ni happykan diri ajer lah kan. sebab tak lama dah nak kena lalui semua ni kan.hehe lagipun happy sebab ada la geng perempuan. kalau dulu semua dengan lelaki je kan. tapi now dah ada protege...haha protege okay! freshie, grad uitm. okaylah freshie ni panas lagi, cepat pickup, laju buat keje. bagus diorang ni...

entrance

Sekarang ni dah beroperasi dah Uitm Kampus seremban 3 ni, bermula bulan march ni lah. so dah ramai la student sana sini kan. Kalau tak sebelum ni kitorang pegi buat keje, sunyi sepiii je. kadang kadang stay sampai malam tu, seram jugak.

Daripada siang....

bawak ke malam haaa...

Tapi sekarang dah okay la, takde lah lewat sangat balik. kalau ada pun dalam 8.30 tu dah sampai rumah dah. tapi kalau tiap tiap hari berulang penat jugak la. badan jadi letih. padahal tak sampai sejam pun kan. ntah...tak kuat kot;)

Sebenarnya, banyak benda nak diceritakan, tapi bila dah banyak sangat jadi tak tahu mana satu yang perlu di ceritakan dahulu.hehe takper, satu satu kan ;)



Komen
2 Komen

2 comments:

Azi said...

salam hany... bertukar status apa tu.. sori if tak selesa, just tanya dah ada isi ye?

Lady D'yot said...

yeyy..alhamdulillah...good luck with your new journey.