Ini Wilayah Hijau: Semoga dipermudahkan semuanya...


25 March 2014

Semoga dipermudahkan semuanya...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Rasanya sejak semalam, dah tersebar pasal MH370. Seluruh dunia bersedih atas apa yang terjadi. Apatah lagi keluarga mangsa yang terlibat kan. memang tak dapat digambarkan macam mana perasaan mereka. Kita yang follow dari awal ni pun sedih.

Saat ni, kita hanya mampu berdoa dan berserah semoga semuanya dipermudahkan olehNYA. semoga pencarian pesawat ke, kotak hitam dan sebagainya dipermudahkan. Kita insan biasa ni memang tak boleh buat apa, sebagai umat ISLAM, kita hanya mampu berdoa pada DIA semoga segalanya dipermudahkan. itu aje lah. kalau pun kita mampu untuk bagi sokongan pada ahli keluarga, alhamdulillah teruskan. mereka pasti sangat bersedih saat ini.

Hentikan segala spekulasi, hentikan. Kita tak tahu apa sebenarnya terjadi. tak perlu untuk kita membuat sebarang spekulasi.

Seterusnya, kita perlu renungi atas apa yang berlaku ni. Sebagai umat ISLAM...kita perlu renungkan. Mungkin ALLAH nak kita sedar apa yang telah kita semua lakukan selama ini, sama ada melanggar apa yang DIA tetapkan, ataupun kita semua dah lama sangat tak berdoa pada NYA, juga mungkin kita lupa serta alpa atas apa yang kita perolehi selama ini. Wallahualam... tak salah rasanya kita ambil pendekatan untuk mengubah sikit sebanyak ke arah kebaikan, ke arah ke Islaman...

Allahuakbar!!!

Dari NYA kita datang, Pada NYA jua kita kembali...
Semoga ALLAH memberi hidayah dan rahmat NYA ke atas bumi Malaysia ini...aamiin
Komen
1 Komen