“Memberi maaf adalah lebih lazat daripa membalas dendam, bekerja lebih nikmat daripada menganggur, qanaah lebih bernilai daripada harta, dan kesihatan lebih baik daripada kekayaan”
“ Kemampuan melupakan hal hal yang tidak disenangi adalah suatu nikmat, mengingat nikmat nikmat adalah kebaikan, dan tidak memikirkan kekurangan orang lain adalah satu keutamaan”
“ Wanita yang cantik lagi takwa, rumah yang luas, rezeki yang cukup, dan tetangga yang soleh adalah kenikmatan yang kurang disedari oleh kebanyakan manusia “
“ Jangan bayangkan kebahagiaan yang lebih besar daripada apa yang anda rasakan saat ini, supaya anda tidak kehilangan apa yang anda miliki saat ini. Dan jangan tunggu tunggu musibah yang akan datang, kerana jika demikian bererti anda ingin mempercepat datangnya kesusahan dan kesedihan”
“ Sebaik baik sahabat ialah orang yang anda percayai, anda merasa damai dengannya, anda dapat mengadu kesusahan anda kepadanya, ia dapat menceritakan kepada anda kesusahannya dan tidak membocorkan rahsia anda ”