Showing posts with label Penginapan Murah Di Pulau Duyong. Show all posts
Showing posts with label Penginapan Murah Di Pulau Duyong. Show all posts

Sunday, November 4, 2012

Bajet Chalet…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Okay, kali nih nak tempek gambar gambar Chalet di kampung hany. ahahaha sebenarnya macam tak sampai je idea nak hapdet ape kan. tapi taknak la biarkan tak berhapdet jer, nanti korang lupakan hany lak ;)
Okay, malas sembang panjang, mari tengok gambar…
IMG_4167 Tempantnya memang terdapat tumbuhan dan pokok pokok…
IMG_4171 Antara bilik yang ada, nampak tak atas air, dan disebalik tumbuhan…
IMG_4179 
Ini unit baru dibina…tak siap lagi…
IMG_4170 Ini adalah dapur, share lah beramai ramai, ahaha kalau rajin la nak masak kan.
IMG_4183 Lepak lepak sambil tengok matahari terbit…
IMG_4184 Tempat lepak jugak…
IMG_4182 Okay, mari tengok bilik…hehe
IMG_4189 Sebelah kiri tu boleh tengok la pemandangan luar, sebelah kanan adalah tandas+bilik air.
Okay sebelum diteruskan, bagi hany chalet ni sesuai untuk orang yang jenis backpacker la…jenis yang sempoi, tak cerewet. Sebab takder aircond, hanya ada kipas sahaja. and tempat dia memang sempoi giler. Juga tak sesuai bawak anak anak yang masih kecik lagi.
So far, hany pernah bawa 2orang membe hany la setakat ni. dan diorang boleh la stay kat sini. taktahu lah kot kot cakap boleh, tapi dalam hati mana tahu hehehe. tapi setakat korang nak tidur jer kan, makang minum jenjalan…okaylah tu nak stay sini.
IMG_4172 ha…bilik air nya, ahaha mesti pengsan kan korang tengok. tak ada bumbung ok. ko mandi sambil kira bintang pun boleh.ahahaha
IMG_4186 Poko nipah yang tumbuh disekitar nya…
IMG_4176 Atap…lampu…
Tapi, bila malam memanggg sangat sejuk. yer lah kan, atas air, tepi sungai dinding kayu, atap nipah pun ada, atap bata macam ni pun ada. tidur siap berselubung tak pasang kipas lagik…ekon semulajadi uolllsssss…
IMG_4192 so far lantai nya masih kukuh. hany melompat lompat lagik ;)
Tempat ni nama dia Awie Yellow House. Try la search pasti jumpa. Satu malam RM35-RM40. tapiiii, korang pergi sana try la nego, boleh dapat lagi murah. Tempat ni sangat terkenal di kalangan foreigner. serius, memang foreigner selalu stay tempat ni, Malaysian kureng…kenapa? ntah la, pada pandangan hany foreigner ni (mat salleh especially), dorang suka untuk cuba cara kehidupan kita kan. sebab tu tempat ni jadi pilihan mereka.
hehe, ok sekiannnn hari ini ;)

~TQ Dear~

Followers