• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Okay, kali nih nak tempek gambar gambar Chalet di kampung hany. ahahaha sebenarnya macam tak sampai je idea nak hapdet ape kan. tapi taknak la biarkan tak berhapdet jer, nanti korang lupakan hany lak ;)
Okay, malas sembang panjang, mari tengok gambar…
Ini unit baru dibina…tak siap lagi…
Okay sebelum diteruskan, bagi hany chalet ni sesuai untuk orang yang jenis backpacker la…jenis yang sempoi, tak cerewet. Sebab takder aircond, hanya ada kipas sahaja. and tempat dia memang sempoi giler. Juga tak sesuai bawak anak anak yang masih kecik lagi.
So far, hany pernah bawa 2orang membe hany la setakat ni. dan diorang boleh la stay kat sini. taktahu lah kot kot cakap boleh, tapi dalam hati mana tahu hehehe. tapi setakat korang nak tidur jer kan, makang minum jenjalan…okaylah tu nak stay sini.
Tapi, bila malam memanggg sangat sejuk. yer lah kan, atas air, tepi sungai dinding kayu, atap nipah pun ada, atap bata macam ni pun ada. tidur siap berselubung tak pasang kipas lagik…ekon semulajadi uolllsssss…
Tempat ni nama dia Awie Yellow House. Try la search pasti jumpa. Satu malam RM35-RM40. tapiiii, korang pergi sana try la nego, boleh dapat lagi murah. Tempat ni sangat terkenal di kalangan foreigner. serius, memang foreigner selalu stay tempat ni, Malaysian kureng…kenapa? ntah la, pada pandangan hany foreigner ni (mat salleh especially), dorang suka untuk cuba cara kehidupan kita kan. sebab tu tempat ni jadi pilihan mereka.
hehe, ok sekiannnn hari ini ;)
