Thursday, September 10, 2015

Takut Bila Ada Anak, Tak Mampu...

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Haaa,
Hany dulu dulu risau sangat ada anak hany tak mampu jaga anak betol betol macam orang lain. Sebabnya hany ni tak pernah jaga budak, maklum lah kite ni anak bongsu kan. Pegang budak pun kekok.

Yang hany risau sangat kan;

1) Potong Kuku
Haaa, bab potong kuku ni seriau sangat. Tengok sepupu, kawan kawan selamber yaya je potong kuku anak anak dorang. Hany lak takut,dahla kuku kecik kan baby ni, camno nak potong. Kalau baby, oklah xporong lagi ada mitten,tapi dah masuk 3,4bulan takkan nak pakai mitten lagi kan.

Untuk kes Adra,mula mula bukak mitten, banyak jugak cakar kat muka.hahaha siannn, last last hany beranikan diri. Nak tak nak kena potong kuku ni. Haha and now hany boleh potong kuku sambil dia main main. Kadang kadang paksa lah,pegang kuat2 tangan potong kuku. Tapi ada masa 1jari je boleh potong kuku tu sehari. Bersambung esok esok lak.

2) Pakaikan Lampin
Over kan, pakaikan lampin pun tak reti. Serius yer hany tak pandai pakaikan lampin dan baju, sebab nya hany risau baby kan kecik,risau hany sakitkan baby bila nak pakaikan baju or lampin ni.

Adra ni tak silap hany, pertengahan minggu ke2 baru hany pakaikan lampin dan baju dia. Sebelum tu isteri sepupu hany yang buatkan. Lepas makcik hany mandikan, dia akan pakaikan lampin dan baju untuk Adra. Dari situ hany tengok dan belajar. Camne dia pakaikan baju, letak minyak semua. Hahaha kesian kan,tapi takper janji belajar kan kan kan ;)

3) Makan 
Kan baby bila dah 6bulan, kena mula bagi makan kan. Mula dengan puri, lepak tu bubur nasi lembik tu blablabla. Serius hany risau sebab hany TAK RETI MASAK BUBUR weh. Hadoiiiii risau sangat camne nak bagi anak makan ni, bubur pun tak reti masak. Hany memnag tak makan bubur, sebab lembikkk semacam. Jadi dulu tak amik kisah langsung lah camne nak masak bubur ni.

Gigih lah hany tanya orang camne nak masak bubur, siap google pun ada.hahaha mula mula buat, cair yang amak. Sian Adra, tapi hany bagi jugak lalala...selalu duk buat bubur and now dah tahu lah. Hehe prektis make perfect gituuu ;)

Haaa, itu lah dia sikit sebanyak kan. Tapiii sejujur nya yang paling risau adalah didikan buat si anak ni. Dengan zaman sekarang ni, macam macam hal macam macam benda...harap kita semua dapat mendidik anak kita sebaik mungkin ye, insyaALLAH...

Monday, September 7, 2015

Masakan Terengganu di Atmosphere, Seri Kembangan

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Singgang Warisan,
Kedai yang sediakan makanan Terengganu terletak di Atmosphere, area Giant Seri Kembangan. Sila google ye, pasti jumpa. ;)

Haa berikut adalah menu yang hany sempat snap




Mee sup, pulut kuning, rendang ayam, laksa kuah putih, laksam, nasi dagang, nasi minyak, semua makanan Terengganu. Singgang pun ada. Kitorang pergi malam, nasi dagang dah habis sebab ada satu group kat sebelah dah borong habis kot.haha sebab diorang ramai dalam 10 orang or lebih. So husband amek laksam, hany amek nasi minyak gulai ayam ;)

Nasik Minyak, ayam 2 ketol

Laksam

Haaaa, camno? Husband hany cakap laksam dia BANYAK, tapi dia punya SAYUR TU SIKIT, kira tak memadai dengan laksam yang banyak. Bila gaul gaul dah macam takder sayur. Rasa, not bad lah.

Untuk nasik minyak, bagi hany rasa nasik minyak Ganu tu ada, manis manis nya tu, lauk pun banyak 2ketul, tapi sayang kuah dia tak panas lah, adoiii spoillll. Memang lah kita faham, diorang masak siap2 kan, ni bukan makanan goreng, order baru buat. Tapi kalau kuah tu panas, fuhhh lagi masyuk.

Harga, hmmm agak pricey lah. Tapiiiii ni klang valley beb, jangan anggap nak sama harga dengan Ganu. So far, memang dah kena lah harga macam tu kan.


Perhiasan dalam kedai pun unik. Kanan dan depan kedai dia kawasan luas, ruang dia besar dan jalan jauh. So kalau bawa anak anak memang boleh lah biarkan anak anak main main depan tu, selamat. Haaa baju kebaya tu, kain songket zaman lama tu tau. Mak hany pun ada lagi baju songket ni, biasa baju nikah sanding ni...

So kalau ada yang teringin tu, boleh la cuba masakan Terengganu di atmosfera, belakang giant seri kembangan.

~TQ Dear~

Followers