بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Thursday, September 10, 2015

Takut Bila Ada Anak, Tak Mampu...

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Haaa,
Hany dulu dulu risau sangat ada anak hany tak mampu jaga anak betol betol macam orang lain. Sebabnya hany ni tak pernah jaga budak, maklum lah kite ni anak bongsu kan. Pegang budak pun kekok.

Yang hany risau sangat kan;

1) Potong Kuku
Haaa, bab potong kuku ni seriau sangat. Tengok sepupu, kawan kawan selamber yaya je potong kuku anak anak dorang. Hany lak takut,dahla kuku kecik kan baby ni, camno nak potong. Kalau baby, oklah xporong lagi ada mitten,tapi dah masuk 3,4bulan takkan nak pakai mitten lagi kan.

Untuk kes Adra,mula mula bukak mitten, banyak jugak cakar kat muka.hahaha siannn, last last hany beranikan diri. Nak tak nak kena potong kuku ni. Haha and now hany boleh potong kuku sambil dia main main. Kadang kadang paksa lah,pegang kuat2 tangan potong kuku. Tapi ada masa 1jari je boleh potong kuku tu sehari. Bersambung esok esok lak.

2) Pakaikan Lampin
Over kan, pakaikan lampin pun tak reti. Serius yer hany tak pandai pakaikan lampin dan baju, sebab nya hany risau baby kan kecik,risau hany sakitkan baby bila nak pakaikan baju or lampin ni.

Adra ni tak silap hany, pertengahan minggu ke2 baru hany pakaikan lampin dan baju dia. Sebelum tu isteri sepupu hany yang buatkan. Lepas makcik hany mandikan, dia akan pakaikan lampin dan baju untuk Adra. Dari situ hany tengok dan belajar. Camne dia pakaikan baju, letak minyak semua. Hahaha kesian kan,tapi takper janji belajar kan kan kan ;)

3) Makan 
Kan baby bila dah 6bulan, kena mula bagi makan kan. Mula dengan puri, lepak tu bubur nasi lembik tu blablabla. Serius hany risau sebab hany TAK RETI MASAK BUBUR weh. Hadoiiiii risau sangat camne nak bagi anak makan ni, bubur pun tak reti masak. Hany memnag tak makan bubur, sebab lembikkk semacam. Jadi dulu tak amik kisah langsung lah camne nak masak bubur ni.

Gigih lah hany tanya orang camne nak masak bubur, siap google pun ada.hahaha mula mula buat, cair yang amak. Sian Adra, tapi hany bagi jugak lalala...selalu duk buat bubur and now dah tahu lah. Hehe prektis make perfect gituuu ;)

Haaa, itu lah dia sikit sebanyak kan. Tapiii sejujur nya yang paling risau adalah didikan buat si anak ni. Dengan zaman sekarang ni, macam macam hal macam macam benda...harap kita semua dapat mendidik anak kita sebaik mungkin ye, insyaALLAH...

4 comments:

syalinda johari said...

Hany, aku dulu pun macam ko la masa mula2 dapat Iris..tapi prektis mek perfek kan...dan benda2 tu akan jadi pengalaman untuk anak2 yang akan datang..
bab potong kuku sampai sekarang fendy yang buat untuk untuk anak2..alasan aku mata aku kan rabun..hahahahaa..padahai seriau wei.. lagi2 kalau kuku masa diorg baby...
semoga tak lama lagi adra dapat adik...aminnnn

Rohani Hashim said...

Haaa betol weh,dulu kemain aku riso. Tp bab kuku juki tak berani sebab dia dah pernah buat tapi terkepit isi kuku adra haha naseb baby lg nangis pn ala ala je. Aku je lah kena buat skrg ni. Setkt ni baru 1kali aku kepit isi adra haha siannn

lia ummiirfan said...

mula-mula memang tak reti.. membayangkan macam-macam.. hihi,, tapi once dah ada aank, automtically tau apa nak dibuat. kerana ALlAH dah create fitrah wanita begitu. :))

Jom FOLO saya

Rohani Hashim said...

Ha betol jugak kan, mmg betol jugak kan hehehe ;)

Followers