Friday, September 18, 2015

Jangan Kacau Lah....

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam penghulu hari wahai kawan kawan. Dah jumaat, bila jumaat...hepi je rasa kan sebab esok cuti. Haha bukan orang bekerja je suka yer, surirumah macam hany pun suka. Sebab suami akan berada dirumah, sebab boleh ajak suami jalan jalan sebab sebab...hahah banyak ko punya sebab kan.

Hah, nak tempek gambar si Adra Rizzqina ni lagi.


Muka takpayahlipatlah ummi. Hahaha siap duduk atas baju tak bagi ummi dia lipat baju. Hah, suka ati ko lah nak. Kalau lipat nanti dia amek yang dah lipat, dia lambung lambung semua. Suka suka suka sangat kan...

Rasanya semua budak pun cmtu kot. Suka kacau kalau melipat baju ni. Mainan dia kalau kemas,jap lagi dia keluarkan semua. Dia main bakul yang kadi tempat simpan mainan. Bukan main mainan yang ada.

Haha naseblah, dah ada anak ni, entri pasal anak mesti ada kan. Mahap la yer ;)

No comments:

~TQ Dear~

Followers