Saturday, September 19, 2015

Astro: Redeem Guna Point

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Korang tahu tak yang kita guna astro ni ada point jugak. So setiap point tu boleh la tukar dengan barang ke, dengan movie ke. Hehe hany baru tahu sebenarnya.

Alkisahnya, kitorang nak terminate astro ni. Makanya selalu lah cek bil guna web tu. Lepas tu, tak silap husband dapat call pasal point ni. Terus lah cek tengok ada 2500 point. Masa ni kitorang tak call lagi untuk terminate. Kalau call pun ada masa sebulan sebelum dipotong. Jadi kitorang cek la apa boleh redeem dengan 2500 ni.

Tengok movie ada yang 1000 je. Terus lah redeem Fast&Furius 7. Haha harap maklom, kami tak tengok lagi, since ada baby, memang tak jejak la wayang kan. Maka nya dapat lah tengok Fast7 ni kalau tak silap dalam 7hari. Haaa hadap la ko 7hari tengok cite yang sama. Silap silap setiap dialog dah hafal. Tapiiiii hany berjaya tengok penuh filem ni adalah hari ke4, hahaha sebabnya si kenit ni lah. Dia jaga mana boleh tekun layan movie kan. Dia tidur takde lah direct 2jam. Movie 2jam.

Lepas tu hany perasan ada lagi point 1500, cari cari cari tengok tak de benda yang besh, beg kertas pun 1000 point, bazir je. Sekali jumpa lah ada toys 1200 point. Terus redeem untuk Adra. Hehehe kitorang memang takde beli lagi patung untuk adra ni.



Haaa sampai pun flush toy ni. Ni sempena tahun kambing tak silap ni. Cute je kan. 3ketul ni, hijau untuk hany, pink untuk adra n putih untuk abi adra. Mwahahahaha

Okaylah tu. And now kami dah terminate astro. Setel. Eh ada cite lagi pasal astro, next entri lah. Kalau bab untuk sebelah dia lajuuu je astro ni kan...

No comments:

~TQ Dear~

Followers