Ini Wilayah Hijau: Penggunaan Car Seat Untuk Keselamatan


25 September 2015

Penggunaan Car Seat Untuk Keselamatan

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Bila cakap mengenai child car seat ni, macam macam lah kan. Majoritinya anak melalak taknak duduk dalam carseat, nak ibu yang pangku kan. Sama lah macam Adra Rizzqina, macam tu jugak. Melalak masuk carseat.

Tapiiii, hany memang risau sebab bahaya. Nak lagi kalau perjalanan jaub, sebab tengah memecut kan, incase apa apa jadi memang sangat bahaya. Even kita ni pakai seatbelt, still lagi bergerak, kalau anak kita just pegang je kemungkinan nak terlepas dari kita sangat tinggi. So hany memang paksa adra masuk carseat.

Masa baby, kitorang dapat carseat yang sweetcherry tu, yang untuk baby. Memang menangis jugak adra tu. Tapi gigihkan juga masuk carseat, sambil hany drive bagi la apa apa untuk dia main. Agak dah bosan dia melalak, lama lama dia lena. Alhamdulillah...



Ini sweetcherry yang untuk baby, tak boleh laraskan tegak,hany baring camtu je. Ni pun kira dah muat muat je dengan adra ni.

Apa yang buat kan hany nekad nak guna carseat ni, sebabnya ada satu hari tu, adra peluk hany, kira dia mengadap ke arah tubuh hany. Dalm kereta la ni. Hany pegang la bahagian belakang adra, sekali entah macam mana tiba tiba kereta kat depan emergency brek, husband hany pun sama lah brek mengejut jugak lah. Tubuh adra jadi ke depan ke arah dashboard lah. Hany sempat grab bahagian bontot, sekali bunyi prak, bunyi kat bahagian tulang belakang adra. Seriau giler dengar.

Risau sangat. Pergi tanya doctor dia kata takde apa apa. Syukur sangat2. Terus la survey carseat yang sesuai sehingga ke toddler kan. Tapi mahai weh, 3 ratus ke atas je semuanya kan. Tunggu punya tunggu, hany pun join free rental carseat anjuran paultan tu. Nanti hany buat entri untuk yang ni.



Ini masa perjalanan balik kampung. Yang atas tu adra dah start nak mengamuk sebab memang dia tak suka duduk dalam carseat. Lagipun hany tak selalu keluar, jadi jarang la train dia dalam carseat ni. Bagi lah barang yang dia suka main. Main la kejap. Lagi satu dia tak suka belt tu pakai sampai atas bahu. Padahal itu lah paling secure kan.

Gambar bawah, akhirnya lena. Tapi tu tak bagus tu,sebab pakai belt di bahagian perut je. Tak secure. Tapi tak per lah hany biarkan je, sebab kalau gerak gerak sangat nanti adra terjaga. Dahla susah nak tidur.

Kalau tak silap hany, Malaysia akan kuatkuasa kan penggunaan car seat untuk baby ni, tak silap 2019 baru start. Haaa lepas ni krna saman la weh kalau baby tak masukkan dalam carseat kan.

Beli kereta lepas ni, mintak free carseat, takyah mintak la smart tag ke, payung ke, stereng lock ke, mintak carseat yer ;)
Komen
0 Komen

No comments: