بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Thursday, September 24, 2015

Pulang Ke Kampung Di Pagi Raya

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Kami sudah memulakan perjalanan balik ke kampung. Ha yer pagi raya baru bertolak balik kampung. Gara gara nak elak dari jem lah ni. Lagipun raya kali ni, tak ambil bahagian kurban. Akikah Adra pun dah buat masa raya puasa sekali dengan kenduri adik ipar.

Lepas sembahyang raya, bertolak lah kitorang. Naseb baik Adra elok je 8.45pg dia pun terjaga. Selalunya kul10lebih baru bangun. Excited nak balik kampung ke sayang.

Masalah pagi raya di perantauan ni, adalah nak makan pagi. Majoriti kedai tutup. Gagah la pergi mamak,sekali mamak pun tutup. Aiyooo..pasrah lah kami ke KFC. Memang penuh org kat kfc. Agaknya semua pun mcm kitorang dah takde arah tuju nak makan. Breakfast kfc, yang nasi dgn 2ketul ayam, siap ada sambal bilis lagi. Sedap la jugak.

Lepas tu terus la gerak, and now masih kat mrr2. Jeng wehhh, sampai ke zoo masih jem. Adakah semua orang pun bergerak di pagi raya? Aiyooo....konon balik lambat nak elak jem kan. Sepatutnya area ampang tu je yang jem, tak tahu le ada eksiden ke ape ni. Adra dah lama lena, bangun awal kot haha tak cukup tido. ;)

Salam Aidil Adha buat semua. Berhati hati walau dimana anda berada ye ;)

No comments:

Followers