Ini Wilayah Hijau: Resepi: Cekodok ke Nugget ni?


23 September 2015

Resepi: Cekodok ke Nugget ni?

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Haaa,
Sangatlah jarang hany kongsikan apa apa yang hany masak or resepi yang hany masak kan. Hehe almaklum ler, bukan spesel pun, menu biasa biasa je.

Okay, kali ni teringin nak share. Walaupun dah ada yang share menu ni. Hmmm taktahu ianya cekodok ke nugget. Haha okay mari kita tengok dulu, lepas tu dah sampai part hasil nya, baru lah ditentukan apa nama nya, cekodok kah, nugget kah ;)


Okay ini bahan bahan nya;
1) isi ayam dikisar,hany tak beli ayam cincang yang ramly tu. Sebab hany nak amek tulang ayam utk buat bone broth adra. So gigih la kisar ayam
2)Lada hitam, tumbuk halus
3)Bawang besar, potong dadu
4)Daun sup atau daun bawang
5)Telur, campur garam

Mula mula, ayam kisar tu hany gaul kan dengan telur. Hany guna tangan je baru sedap nak gaul

Lepas tu gaul dengan lada hitam, gaul dengan daun bawang.

Akhir sekali gaul dengan bawang besar dipotong dadu. Sebenarnya boleh je korang tuang semua dalam ayam kisar, lepas tu gaul. Tapi hany tak suka, nanti ada yang tak rata.




Goreng goreng dan inilah rupa dia. Disebab kan ada lada hitam dan bawang merah, bau sebelum goreng tu sebijik macam prosperity Mcd tu.

Ha, dah keluar result ni, nak kata nugget ke cekodok ayam? Belasah la,janji sedap dan mengenyangkan.
Komen
0 Komen

No comments: