Friday, September 25, 2015

10 Jam Perjalanan

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Alhamdulillah,
Semalam kitorang sampai ke Kelantan lebih kurang jam 9malam. Hahaha total perjalanan lebih kurang 10jam jugakkk. Sepatutnya around 8jam je lah sebab tak jem sangat pun. Hmmm ntah camno lah sampai 10jam jugak kan. Tapi alhamdulillah syukur pada ALLAH semuanya dipermudahkan.

Kesian Adra, boring agaknya takleh nak melasak menjerit jugak lah dia. Bertempik dalam kete. Agaknya dia nak cakap, "aaaa stressnyaaa, lambat lagi ker? Nak merangkak ni, nak pusing pusing ni" hahaha kesian.

Dari Selangor, hany duduk belakang sebab ada carseat untuk adra,dia tidur senang letak dalam carseat. Kena ajar duk carseat ni, safety tu weh. Nak nak untuk perjalanan jauh kan, bukan setakat lenguh meriba, itu no 2,tapi bahaya incase emergency break kan. Apa apa boleh jadi. Seriusly, ajarlah anak duduk dalam carseat yer.

Muka nak marah kena duk dalam carseat ;)

Tapi tidur adra paling lama pun 1jam je lah. Itu pun asyik terjaga jaga sebab adra ni memang sensitip, nak kena diammm baru lena.hahaha tak dapek la kan, dah tengah memecut. Mana nak dia sunyi sepi. Sampai di rnr gua musang, solat, makan, mandikan adra. Ada lagi 3jam dari gua musang nak sampai, teru hany pindah duduk depan. Ha adra macam ok sikit lah. Maybe sebab luas je pemandangan kan.

Owh kan before bertolak, hany breakfast kfc. Hoihhh gile loya dalam kereta. Tak pernah pernah hany loya nak muntah kalau travel balik kampung. Semalam dia datang loya bagai, hmmm maybe sebab ayam kfc, or sebab hany duduk belakang. Sebab masa mengandung hany memang tak boleh makan ayam kfc tu, terus muntah. Tak tahu lah membawa sampai sekarang. Sebab sebelum ni pun raya puasa balik kampung hany duduk belakang jugak. Elok je. Huiii nasib la tak melarat semalam.

Duk kat depan adra tido 1round lagi. Kemain lena dia. Maybe sebab atas pangku hany dan rasa hangat peluk kot. Dengan hany sekali tertido. 2,3kali husband kejut sebab kepala adra terkulai. Hahaha dah ummi nya tido tak sedor dah.

Alhamdulillah,
Jam9 sampai, 10jam perjalanan. Kesian kat husband, kalau sebelum ni gilir gilir juga bawa kete,tapi now susah la nak gilir adra ada kan. Kan tengah hany drive elok lak nak menyusu susah jugak kan.

Okay lah...hari ni selamat makang daging. Haha muak la kat mana mana daging ;)

No comments:

~TQ Dear~

Followers