بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Saturday, September 26, 2015

SNS Kidz Star

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Okay, kali ni entri pasal carseat lagi, tapi yang ni pasal yang kitorang join campaign free rental anjuran paultan. Kami terpilih untuk campaign ni, then kitorang pergi collect la carseat yang kitorang nak rent ni. Kena bayar deposit rm150, nanti pulangkan carseat akan dapat balik 150. Sebab tu percuma kan.

Setelah difikirkan offer yang paultan buat, kalau kitorang keep carseat tu, deposit burn. Itu jer. Fikir fikir, survey survey carseat pun ratus ratus jugak harga. Kalau tengok brand sns kidz ni, safe and sound, harga carseat ni rm499 di website dia, tengah promo jadi 399. Tapi kitorang hanya bayar 150 je. Jadi amek keputusan kitorang keep je carseat ni. So kiranya beli carseat dengan harga rm150. Okay lah tu, dapat yang baru jugak,sebab masa pasang memang baru keluar dari kotak, dan dapat yang boleh pakai sampai besar jugak lah adra ni.


Ha ini gambar dari web sns. Ada kaler merah. Kalau dapat yang merah tu cun gilos la. Hehe tapi kitorang dapat yang kaler hitam ni. Okaylah kan.

Ni dia ada nyatakan group dan berapa kilo, serta kedudukan.

Manual disertakan. Hehe masa pasang hari tu, geng geng paultan ada ajar jugak cara pasang semua tu.

Fungsi klip merah tu, kalau katakan seatbelt tercabut, dari tempat clip, yang merah tu akan pegang seatbelt dan seatbelt takkan masuk balik la, jadi carseat tetap still xbergerak. Haha macam pelik je ayat. Buat buat faham la ye ;)

So far macam ni lah keadaan adra, mengamuk jugak. Ada masa elok je dia. Takpe adra bertabahla duduk. Kejap je pun. Bukan selalu.

So kawan kawan, bagi hany carseat ni penting jugak. Yer memang harga mahal, tapi ada jugak kan yang murah. Hmmm hany pun taktahu camne nak cakap. Yang pasti kalau kes hany, kitorang akan menabung la untuk beli carseat, sama macam kitorang menabung nak beli ssc dulu. Alhamdulillah rezeki kami, dapat carseat drngan hanya bayar rm150.

    No comments:

    Followers