Ini Wilayah Hijau: Umpan Air Kotak


15 September 2015

Umpan Air Kotak

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebenarnya nak letak tajuk, rasuah air kotak. Tapi tak besh la penggunaan perkataan rasuah tu, tak elok je kan. Ha kali ni nak cite pasal anak dara sorang ni lah.

Hany kan jaga sendiri Adra ni kat rumah. Dan selalunya memang kami berdua je lah, dah husband pergi kerja kan. Makanya berdua duaan lah kami seharian menempuh hari hari. Dan adra juga jadi macam bertempek lah dengan hany. Huishhh mencabar jugaklah.

Kalau sebelum ni, nak solat, nak membuang air, nak makan kena tunggu dia tidur. Sebab tak boleh tinggal dia, nanti dia melalak. Alhamdulillah, sekarang dah okay sikit. Solat depan dia, dia ok jer. Dulu melalak lalak. Pergi makan kat dapur,nanti dia ngekngokngekngok merangkak datang. Tapi kalau nak buang air, haha mencabar jugak sebab nanti dia merangkak juga datang ;)

Kalau kat dapur, dia nak bergantung je kat kaki ni. Hany memang tak ajar buat kerja sebelah dukung dia sebelah. Tak larat weh, kan nanti dia syok macam tu, payah. So hany biarkan je fia kat bawah, tapi tu lah sebab dia nak bergantung kat kaki, jadi bahaya jugak. Kita nak gerak sana sini kan. Kang tak memasal terpercik minyak haruuu je kan.

Sudahnya, hany umpan dengan air kotak. He he he...



Hany bagi airRkotak bukan.bagi minum. Haha tapi bagi dia gigit gigit @ kekoh kekoh kotak. Sebabnya adr ani suka sangat lah dengan kotak. Pantang nampak mesti nak gigit gigit. Tambah air kotak dari peti ais kan,sejuk...lagi sedap dia gigit tu. Okaylah boleh la basuh2 beras, potong potong sayur sementara dia khusyuk gigit kotak. Tapi jap lagi datang balik bergantung kat kaki.

Maka, stop lah dulu masak. Kadang kadnag hany gigih biar je dia ikut. Sebab nak siapkan masak juga. Kalau tunggu husband balik jaga adra dan hany masak, penat la sebab husband balik malam kan. Orang dah nak makan, ko baru nak masak.

Lepas ni kena cari apa lagi yang boleh buat dia tertarik dan ralit. Senang nak buat kerja.
Komen
1 Komen