Tuesday, July 30, 2013

Si kurus telinga panjang, si gemuk telinga pendek…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

hehe…mari tengok si kuruih dan si gumuk…

IMG_6092

IMG_6093

Haaa, itulah dia si kurus dan sigemuk. yang kurus tu telinga dia panjang, dan sikit intinya. Manakala yang gemuk pendek telinganya dan banyak inti nya. Dua dua nya hany yang buat, saja cuba kan. tapi standard punya, popia yang hany buat adalah yang si gemuk tu lah.nyum nyum nyum…

Setiap kali buat, mesti ada lebihan, jangan risau balang untuk rumah kitorang cepat je habis. Lepas terawikh mesti MZ akan kunyah kunyah sambil tengok TV.

Untuk bulan puasa, untuk raya ni…tinggal beberapa botol lagi tak setelkan. Tapi memang hany buat popia ni sepanjang tahun, bukan semata mata masa raya jer. Ada orang order, hany buat la…

Okaylah, tinggal beberapa hari jer lagi Ramadhan kan. Selamat berpuasa selamat berbuka dan selamat berbelanja raya.

Wednesday, July 24, 2013

Mana nak cari baju raya ni…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

dah 15 hari puasa kan…lagu raya dah mula kedengaran dah. huiiii bertambah tambah la rasa dah dekat nak beraya ni. padahal puasa pun setengah bulan lagi.

Ha, amacam korang dah setel semua baju raya? ahaha tahun ni konon beli awal awal taknak last minit cari baju raya, tapi hampeh…sampai la ni tak de baju raya lagi. sebenarnya dah beli la yang sedondon (kononnnn), tapiii kan hurmmm nak le menambah selai dua lagi kan.hehehe itu pakai 1st day raya, rumah mertua takdo lagi kan.

Fening jugak nak cari baju raya untuk orang extra size ni. lepas tu ada lagi kriteria yang kena dipatuhi lepas syarat extra size dipenuhi ni. Peplum sah sah la tak lulus kan, walau ada saiz besar. MZ dah reject awal awal dah.

rana-signorina-20

Credit pic to http://www.ranaaswad.com

Kenan dengan jubah ni, nama dia rana signorina. ushar punya ushar ada la kaler hijua, sekali dah tutup la untuk proorder dia. yang ada pun saiz tak do extra punya nih ;(

Yang baju kurung cotton yang ready made tu, kebanyakan nya tak der size extra ni.hurmm payah jugak…buntu mana nak cari. lelaki senang je kan, dapat sepasang baju melayu, yang lain tshirt or kemeja sudah…sap sap soi setel.

Plan jumaat ni nak pergi Putrajaya, ala karnival sempena raya tu…mesti ada jual baju lah kan. harapnya jumpa la yang memenuhi semua kriteria. tu tak fikir tudung lagi kan. tahun ni henbeg, kasut semua pakai mana ada jer. tak larat weh nak tukar semua kan. berpada pada lah hany…Winking smile

 

**korang kalau ada web yang jual baju baju besh ni, tinggal la url eh**

~TQ Dear~

Followers