Tuesday, January 7, 2014

Jakun dengan pemanas air….

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Mencari pemanas air baru last week. Tiba tiba jer dah rosak, tak panas langsung. maklom ler dah lama, sampai masa agaknya kot. takper lah redho jerlah. dah tamat riwayatnya…nak buat camne.

Lepas tu, terpandang la pemanas air tu, jug dia tu SERAMIK! haaaa terus jakun, terus belek belek.huiii bagus ni, sesuai untuk serving sekali ni. Sonang kerja ni. Jimat tak payah banyak benda nak digunakan.

Photo-1_5_14,-1.08.31-AM-5

Ada 3 warna, hitam, biru, bunga merah daun pink. haaa jenama ELBA. dah terbayang dah pastu siap cakap dengan MZ. ni senang kerja ni b. Masukkan tea, gula, air lepas tu panaskan sampai mendidih. dah mendidih, angkat terus boleh serv kan…haha

Photo-1_5_14,-1.08.31-AM-6 

ha ceramic yer…

Fikir punya fikir, tapi tak beli pun yang ni. sebab risau dan tak yakin..betol ke ni, kan jap lagi pecah ke retak ke…haha sangat la tak de keyakinan pada kau wahai ceramic pemanas air…

**eh, ker korang memang dah tahu?**

Monday, January 6, 2014

Mari berQaseh ;)

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

flyers

MENGAPA QASEH GOLD?
===============

1

Gabungan minuman kesihatan 14-DALAM-1, berkonsepkan pelbagai pemakanan Sunnah dan ramuan herba terbaik yang padat dengan khasiat dan sememangnya TERBAIK untuk tenaga dalaman dan luaran.

 

2

Formulasi yang diperlengkapkan dengan proses pengilangan Amalan Pengilangan Islamik (IMP) yang menghasilkan produk yang bertaraf bukan sekadar Halal tetapi Halalan Thoyyiban (Halal lagi Baik).

 

3

Minuman kesihatan yang bukan sahaja melengkapi keperluan tubuh dari sudut fizikal, malahan juga emosi dan spiritual.

 

4

Membekalkan badan dengan nutrien dan zat penting.

 

5

Minuman berfungsi yang lazat dan menawan citarasa.

6

Pengambilannya yang mudah, hanya 2 kali sehari. 2-3 sudu besar (10-15ml) sebelum sarapan dan 2-3 sudu besar (10-15ml) sebelum tidur.

IMG_7485

 

Untuk order atau pertanyaan: Hany  
UTK ORDER[2]  

Wednesday, January 1, 2014

Hari Pertama

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Di hari pertama tahun 2014, haa tu dia nampak rajin yer, hari pertama dah ada update.haha harapan kerajinan itu berpanjangan lah yer ;)

Hany sekarang jam 4.46 pagi, ada di cyberjaya, ikut suami kerja. haha besh giler kan suami kerja di hari tahun baru. eh tapi memang pun sehari sebulan dia kena kerja malam. selalunya hujung bulan lah. so tara hal, tara kisah sebab boleh ikut kan.

Kitorang memang takkan pergi mana mana untuk sambut new year ke apa. kalau pun suami tak kerja, memang takkan pergi lah. serabut weh dengan jem semua kan. ni pun tahun ni UAI tak ada di Shah alam, macam sebelum ni kitorang akan join majlis ilmu tu. then terus balik.

Macam tahun lepas, kitorang tak tunggu pun sampai detik 12malam, 20minit sebelum tu kitorang terus gerak sebab nak elakkan jem. detik 12 malam kitorang kat LDP rasanya, so tengok je lah bunga api dari mana mana yang kelihatan tengah2 highway tu. sebab nak lari dari jem.

Azam ke apa ke tak mau cakap la, sebab pastinya semua orang mengharapkan yang terbaek kan untuk hari hari mendatang. semoga tercapai aamiin.

Dalam hati ada sedikit risau memikirkan keadaan sekarang. semua benda naik. risau jugak, pendapatan takat tu jugak kan. bukan saja risau pasal keadaan harga harga yang semakin menaik, tapi risau akan keadaan politik negara, lagi risauuuu akan keadaan sosial negara….risau weh. kalau ALLAH nak turunkan bala atas semua yang dilakukan dah cukup sangat ALLAH nak turunkan, tapi ALLAH sayang kita kan, ujian DIA kecik jer lagi buat kita ni. semoga kita sama sama baiki dan betulkan…aamiin…

~TQ Dear~

Followers