بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Tuesday, December 02, 2014

Di Gigit Ulat Air

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •


Assalamualaikum,

Pernah di gigit ulat air????
Haha macam scary je bunyi kan. Ala kesan digigit ulat air ni camne nak explain eh. Tapi selalu nya celah celah jari kaki lah. Tiba tiba macam menggelupas je kat situ. Itu okay lagi sebab dah elok la bila menggelupas tu.

Sejak berpantang ni of course la memanjang je pakai stoking kan. Sebelum ni hany pakai stoking nak tido jer. Dan memang selalu nya lepas ke tandas/lepas kaki kena air, hany akan lap dulu celah celah jari kaki tu sebelum pakai stoking. Ye lah untuk pastikan tak kena gigit ulat air la kan. Tapi ntah cmne kena jugak. Maybe la dengan keadaan hujan ni semua kan.


Hehe nak jugak tayang stoking hijau ;). Hany start perasan bila celah jari kelingking tu rasa gatal. Bila garu tak hilang makin gatal. Lepas tu celah tu ada macam gelembong air dan kulit dah jadi kaler putih awan tu. Bila rasa dalam kulit macam ada biji. Macam membukit gitu. Tak lah sakit sentiasa, tapi sekali dia datang gatal...pakej dengan sakit. Sebab garu pun tak hilang gatal. Hany terus guna sepit kuku pecahkan gelembong air tu. Banyak lak tu 4 gelembong. Dahla celah jari sikit punya susah nak pecahkan.

Lepas tu picit kasi keluar air dia. Banyak gak...lepas tu biar je masih sakit dan gatal. Lepas tu ada muncul gelembong lain. Sekali mak hany suruh beli satu ubat ni di farmasi. Suruh la husband belikan. Alhamdulillah 5malam hany sapu dah kering. Dah boleh tarik tarik kulit mati. Setel!!!


Krim ni antifungal. Hany still sapu sehari sekali sekarang ni walaupun tak sakit dah. Yer lah lepas kena air semua kan lepas tu kaki duk dalam stoking lagi kan. Malam hany sapu. Setel. Boleh cuba ye. Kalau jari alergik dengan sabun pun elok guna krim ni. Mak hany dah cuba. Alhamdulillah...ok dah jari mak hany.

6 comments:

Lady D'yot said...

ooo..ada ubat dia eh..pernah kena kecik2 dulu je..main air becak je kot..haha..taktau lak itu nama dia ulat air..yg tau dia mcm gelembung putih pastu gatal yg amat..huhu

Rai OurKizuna said...

ulat air ni selalu kena masa kat asrama dulu.. gatalnya masya allah.. hahaha

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Terkejut tengok tajuk.. ingatkan Hany dah mandi laut, tergigit ulat.. (tgh pantang tak kan mandi laut.. haha).

Alhamdulillah.. dah sembuh pun kan.

Nafisa81 said...

Masa sekolah dulu selalu gi camping...balik camping terus gi clinic...kena ulat air..kena pacat...

Nafisa81 said...

Masa sekolah dulu selalu gi camping...balik camping terus gi clinic...kena ulat air..kena pacat...

Nurul Says said...

ubat pn kaler hijau..aura hijau tu kuat betol

Followers