Wednesday, March 4, 2015

Berhenti Kerja, Keputusan Tepat atau Memudaratkan...

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Akhir akhir ni hany tengok banyak yang share pasal mereka yang berhenti kerja. Beberapa artikel juga hany ada baca. Jadi ini versi hany sendiri, Berhenti Kerja dan Terus Jadi SuriRumah. Yer, memang keputusan agak drastik, tapi...ianya hany ambil tanpa banyak fikir, fikir jugak tapi tak banyak la, sekali dua je fikir terus buat keputusan.

Untuk pengetahuan, ni adalah kerja pertama hany selepas grade. Saat berhenti tahun lepas, rasanya hampir 8tahun hany kerja di company tersebut. Jatuh bangun, pahit ,suka, duka memang dilalui dengan company tersebut. 1st year kerja, hany dapat ke Boston, U.S untuk training, lepas tu ada lah pergi ke Beijing,China. Station di Puncak Alam, Di UTM SKudai, di UMT Terengganu, Banyak pengalaman jugak la kan, 8tahun. 

Bercakap pasal gaji, walaupun bermula dengan agak rendah gajinya, alhamdulillah cukup segalanya. Rumah free rumah company, hany takde kete, haha menumpang aje. Lepas tu baru beli motor. Then bila nikah, alhamdulillah gaji makin naik, dah bersuami gaji sendiri memang untuk diri sendiri sahaja. Kira memang boleh bermewah lah setelah tolak hutang itu ini kan, alhamdulillah rezeki ALLAH bagi.

Tapiii,
kami berdua diuji, rezeki anak yang ditunggu tunggu masih belum ada. Itu ujian kami. Kami lalui dengan tabah serta sabar. hahaha walaupun hany kekadang down sedih semua kan. Siapa tak sedih weh, bertahun tahun juga masih belum dikurniakan rezeki dari NYA. Usaha itu ini, kami buat...untuk usaha ni, refer di side bar ni, hany ada kongsikan.

Tiba tiba hujung 2013, husband hany suruh resign. Mula mula memang hany risau, sebab dah lama kerja kan, sayang dnegan kerja pun ya, dengan ada duit di tangan sendiri pun yer, risau nanti apa lah nak jadi kan bila dah jadi surirumah ni pun ya. Masa ni hany macam tak fikir sangat, okay lah hantar je lah surat berhenti kan. Tapi, dalam hati macam masih main main. Bila hantar surat, bos hany tak terima perletakan jawatan tu. So hany pun macam, hehe okaylah sambung je lah kerja...

Januari 2014, 
sekali lagi husband hany suruh berhenti kerja. Kali ni dia serius. Memang berbeza lah dengan sebelum ni. Hany rasa maybe sebab waktu tu, kerja hany agak busy. selalu outstation, balik  kadang pagi pagi hari, kadang kadang keesokan harinya. Dan dia tahu kerja hany dengan staff lelaki jugak. Serta dia tengok hany balik rumah macam stress, mesti ada bebel itu ini pasal kerja. Dia pun bosan agaknya dengar hany duk merungut je. Dia pun suruh hany resign.

Hujung bulan 1,2014, setelah hany fikir dua kali tak silap, hany hantar lagi surat berhenti. Kali ni, bos terima ke tak, itu hal dia sebab nya bila SUAMI DAH SURUH, ISTERI WAJIB ikut. KITA PERLU TAAT PADA SUAMI, BUKAN TAAT PADA BOS. 

Honestly,
saat surat dihantar, simpanan hany tak banyak. Selalu orang cakap make sure ada setahun punya gaji untuk cover sebelum resign kan, NO! hany takder sebanyak tu. Tapi yang buatkan hany berani berhenti sebab, core hutang hany dah setel. Credit card dah setel, personal loan dah setel. So fikir fikir okay fine, resign je. 

Hany kena serve 3bulan notis, so hujung April 2014 adalah last day. Allahuakbar Kuasa ALLAH, hany lepaskan 1rezeki yang hany ada, dan ALLAH berikan rezeki lain yang lagi bermakna buat kami...Pertengahan Mac 2014, alhamdulillah hany mengandung. Ya ALLAH memang nak menjerit melompat lompat jer..haha over okay. Yelah setelah 5tahun kami menunggu...akhirnya...

Hany masih bekerja lebihnkurang 1bulan selepas tahu mengandung, sebab notis kan 3bulan. Hany ada suarakan pada suami, hmmmm maybe takperlu berhenti sebab nanti kan dah ada anak, banyak duit nak pakai kan. Tapiii, suami nekad, BERHENTI JER...kata dia. so hany lagi suka lah kan, kot la mabuk teruk ke apa ke kan, senang duk rumah je. cukup masanya, hany pun berhenti kerja, dan jaga kandungan sahaja kat rumah.

ALLAH itu ada, DIA tahu apa yang DIA telah rancang kan untuk kita. Alhamdulillah... kami masih mampu meneruskan kehidupan ni walau tidak semewah mana. Yer hany pun sedar diri, kena had kan perbelanjaan hany sebab punca rezeki sorang je kan. Kena berubah mengikut keadaan semasa lah kan. Jangan lah ko buat taksedar diri, masih nak macam ko pegang duit sendiri kan.

InsyaALLAH, semoga rezeki kami sekeluarga mencukupi serta diberkati oleh ALLAH..aamiin

7 comments:

Chic Na said...

inshaAllah hany.. rezeki tu ada kt mana2 & bkn dlm bentuk wang je..

macam tepat je keputusan hany tu.. :)

Unknown said...

alhamdulillah.. tahniah hany.. rezeki bukan dalam bentuk duit je kan.. jaga diri baik2..

ch@ said...

alhamdulillah. syukur seribu rahmat.

Unknown said...

@Chicna
Ha betul tu chicna, xsemestinya dalam bentuk wang kan, alhamdulillah maybe sebab ikut apa suami nak, tu yang jadi macam okay je semua kan...


@Rai
Terima kasih rai..insyaALLAH...aamiin


@Cha
Alhamdulillah...

Mrs Velentine said...

alhamdulillh hany dpt rezeki yg lbh beharga

Najib Ariyan Ali Basha said...

tahniah tahniah tahniah.... jangan bimbang rezeki anak tu tetap ada... taat dengan suami akan membantu kehidupan seterus nya.... Allah maha adil...

dokterFaryn said...

*hugssss**

betul. rezeki tu ALLAH yang bagi. :)

~TQ Dear~

Followers