بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Sunday, August 28, 2016

Bubble & Chu Chu

• بِسْـــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Asyik tergendala jer nak update blog kan. Buat 1 entry lepas tu diam. Itu masalah sendiri, sendiri kena atasi. Semoga makin rajin nak update blog ;)

Cuti hujung minggu biasanya jalan jalan bawa si kecik ni jer lah. Itupun bukan selalu. Tengok keadaan dan cuaca jugak kan. Kalau nak bawak yang outdoor ni. Musim tak menentu ni, cuaca sekarang panas sangat. Nanti nak balik kampung lagi beraya kan, tak mau lah xsihat ke apa kan. Kalau boleh elakkan.

Kitorang kelmarin pergi area putrajaya jer. Selalu jugak tengok kawan kawan pergi sana kan. Pusing pusing juga cari mana yang menarik. Kitorang pergi Ayer8. Ada kedai yang buat sewa basikal yang mcm mcm jenis tu. Lepas tu ada yang main bubble sabun tu. Situ berangin so sesuai sangat la kan.


Suka sangat la anak dara ni dapat main buih ni. Beble beble dia sebut. Tak pandai lagi sebut U haha xberbunyi U bunyi E je. Beli tu rm3. Nanti kena la pulangkan balik peralatan tu. Kalau nak refill buih sabun rm2 sahaja. Kalau gelung yg lagi besar rm5.

Dekat sini ada sewa pelbagai jenis kenderaan yang seangkatan dengan basikal. Basikal biasa, yang 2 org kayuh, 4org kayuh,6org kayuh, basikal dengan 1org baby, basikal dgn 2org baby, eh banyak jenis lah. Harga pun okay lah taklah terlalu tinggi. Mcm kitorang naik basikal 2org kayuh rm15 untuk 15minit. Kalau 30 minit rm25.

Yang sewa sewa ni bermula jam 4ptg sampai 12malam kalau weekend. Kalau weekdays 4ptg smpai 11malam. Yes memang meriah sebab ramai orang. Tapi bagi hany maaih boleh bawa anak anak la. Ramai yang kategori standard la kan. Bukan melampau ramainya. Ada juga kedai makan betul betul area orang duk main main. Tapi agak mahal kot sebab bukan kedai makan biasa ya. Kalau nak jimat beli makanan sendiri air sendiri yang mana yang murah kan.

Bahagian atas ada zawara coffee ada teh tarik place ada meatballs & co, ada marrybrown, ada kyros kebab, ada kedai nasi arab, kedai thai cuisine ke apa. So pilihan ditangan anda.

Lepas tu bawa adra naik train yang jalan jalan area situ jugak. Haha train yang sangat kecil. Adra panggil chu chu. Sebab bunyi train kot chu chu. Rm3 untuk budak. Abi adra pun naik tapi xkena caj. Jimatttt ;)


Haaa itulah chu chu yang dimaksudkan. Hahaha cute kan. Ko duduk je lah atas tu. Nanti dia gerak. Ala slow je pun geraknya. Sesuai la untuk budak budak baya adra ni ha. Chu chu.chu chu...hahaha

So far. Boleh je datang lagi sini. Kalau tak main apa apa pun tetap besh. Boleh tengok orang main bubble tu. Sebelum ni kitorang pergi tak main apa apa pun.kali ni pergi saja bagi adra try.

Kalau nak datang cari Ayer8 ya....

2 comments:

QasehnyaRania said...

menaarik tapi dgn saya jauh pulak nk ke sanaa.

Rohani Hashim said...

ha kitorang memang dekat sbb tu okaylah pergi sekali sekala kan.plan asal nk ke zoo negara tp jauh kan.

Followers