Showing posts with label Rosyam Nor. Show all posts
Showing posts with label Rosyam Nor. Show all posts

Sunday, December 19, 2010

Filem Sosial

Petang nih,
hany ada tengok cerita KL MENJERIT 1, alaaa se geng dengan KL MENJERIT tuh. semua tahu kan jalan cerita KL MENJERIT nih kan. alaaa kisah geng geng REMPIT.


ok,
apa yang hany nak ceritakan…bukanlah sinopsis cerita nih, gile ngko nak buat sinopsis berita dah bertahun kan. hany adalah peminat ROSYAM NOR. dulu dulu, masa filem dia tengah banyak kat pawagam, semua hany tengok.


KL Menjerit, Gangster, Castello, Janji Diana, Laila Isabella, Anak Halal, Kala Malam Bulan Mengambang, Bilut, dan akan datang tahun 2011 nih, LIBAS. haruslah LIBAS tak tengok lagik kan, kata tahun 2011 baru nak keluar.


castello

Gangster_01


Hany perasan la…
memang cerita cerita nih semuanya ada unsur negatif…almaklom ler, buat pasal merempit la, pastuh jual dadah la ape la kan…hurmmm pusing pusing berbalik la pada penerimaan kita nih kan. tapi nak taknak kena akui jugak, sikit sebanyak tetap memberi kesan.


tapi,
yang hany perasan la…dialog dialog dalam filem filem nih tidak sama dengan dialog dialog dalam filem sosial sekarang. korang perasan tak, perasan tak?


tak payah la hany nak bagi contoh kat sini kan. kan ada yang kata hany kondem filem lak. hany rasa dialog dialog filem sosial sekarang nih, melampau. kita yang dewasa, dah kawin ni pun dengar dialog macam tuh, aiiii panas je telinga kan. memangla dorang berlakon sahaja.


tapiiii
harus diingat…yang menonton macam mana? bukan semua boleh terima…yang boleh terima dan boleh proses baik buruk, ALHAMDULILLAH, tapiii yang tak boleh proses macam mana?


Sekarang, macam yang diketahui umum, banyak masalah sosial…setakat rempit, dadah…macam dah jadi biasa….masalah buang anak, sumbang mahram, dah makin menjadi jadi, BUNUH seolah olah mainan…dan sekarang PENGAKUAN GAY secara terbuka pulak…hurmmm lepas nih, tak tahu la apa lagi kan…


Ya ALLAH,
KAU selamatkan lah generasi yang akan datang, KAU bimbinglah kami semua ke arah jalan yang KAU redhoi…ameen….


**cabaran kan mendidik anak anak sekarang nih**

~TQ Dear~

Followers