• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
uishhh tidakla sampai nak bunuh diri kan.hish mintak jauh dari terlintas nak lakukan semua tuh. kisah nya adalah menahan teksi macam nak bunuh diri. serius weh. only in china jugak kot bagi hany lah.
Kesahnya, dorang ni memang berebut rebut la nak teksi. duk sana ko jadi driver teksi jer lah dah kayo. berebut rebut orang nak naik teksi. Kitorang lepas training kena pindah hotel sebab nak join lagi 2orang click kitorang. so senang la nanti nak balik ke airport sama sama. lagipun click kitorang tu stay dekat area city, senang nak akses kemana mana la.
Lepas training, kitorang terus balik hotel setel apa yg patut and then berusaha ok menahan teksi nak ke hotel lagi satu. semua teksi taknak pergi sebab peak hour dan jauh kata mereka, dan ada yang tak tahu kat mana hotel tuh.siot jer, rasanya dekat sejam jugak la menahan teksi tu.dahla dengan lugage besar masing masing kan.
Gaya kat sana ko nak tahan teksi, ko duduk tengah tengah jalan. kiranya laluan teksi tu lah. ko tahan la.baru la dia berhenti dan ko akan jadi org yang dapat naik cab tu.itupun kalau dia tahu tempat nya. mula mula kitorang duduk tepi pejalan kaki la sambil tahan teksi. jangan bayangkan gaya ayu tahan teksi. semua tengah berlengas dengan lama tunggu tak dapat dapat ni. last last, hany pun jalan ke tengah jalan sambil angkat tangan tahan teksi.ahahaha memang agak scary, masa mula mula buat, bila teksi tu nak sampai automatik hany bergerak lari ke tepi.takot weh kang kena langgar lak kan. sudahnya orang lain akan berlari dan dapatkan teksi tu. dah beberapa kali buat, terus jadi berani. sampaikan klik hany cakap, “ko ni dah bleh jadi orang China la hany” taknak wehhhh berak tak cebok yeuuuuwwwww. tapi nasib tak baik sebab semua taknak pergi sebab jauh dan jalan busy.
Tengah tengah duk bincang skali berhenti la sebuah kereta, dia yang offer nak hantar. ahaha sebabnya itu adalah teksi illegal. kat sana dorang taknaik yang illegal ni sebab mahal. tapi kitorang dalam keadaan terdesak, maka jangan lah sombong kan.takper mahal pun kita tontong la ramai2. Kitorang tunjukkan alamat, wahhh dia terus cakap tahu katmana. terus angkat beg kitorang.
Plan nya, click yg suami isteri akan naik teksi kesana dengan beg kitorang semua. yer lah 3luggae besar gedabak, 1handcarry dah 3beg laptop. mana muat kan. hany dengan sorang lagi akan ke sana naik subway. sekali, driver teksi tu berjaya muatkan semuanya termasuk kami 4orang+dia dalam teksi.ahaha serius macam sardin.tapi apa ada hal janji selamat sampai.ahaha memang terbaek la.
Setelah dekat sejam maka sampailah kami ke hotel ke2. hany kemas barang mandi and then terus keluar balik sebab nak cari kasut sebab esoknya nak panjat Great Wall kan. kasut comey kaler pink tu buatkan hany tak yakin sebab takut licin jer. sadisnya, kedai kasut area situ semuanya jenis kasut cute cute, cun ayu buat jalan jalan jer, takde jenis yang kasut sukan tu.

nampak ramai orang kiri kanan church ni. ha tu aktiviti malam dorang. Exercise. ada beberapa group. ada yang menari gangnam style, taichi, poco poco…ntah apa apa la lagi. kalu nak join, masuk and follow je tarian tu.
Kira ni area city and moden sikit la. ala ala bukit bintang kot. ntah, xpernah pergi bukit bintang malam hari.

ha, nampak 2orang cikaro nih. dia ni selalu aim tourist la, nanti kan dia datang. “massage sir, massage massage, we have beautiful lady, massage sir”
Mula mula dia offer massage la kan, lepas tu ko dah stuju nanti dia bawak la jumpa orang nak massage tu. lepas tu ko nak servis lain pun boleh. itu hak ko.ahaha ramai giler berkeliaran dorang ni. kiranya ni team marketing la.
yang hany perasan, dorang ni memang kasar. nak nak driver teksi tu, ko menahan je lah. mungkin mereka jadi macam tu sebab mereka terpaksa bersaing untuk survive kan. tapi serius dorang kasar dan garang.