Sunday, November 11, 2012

Komplen, Stress…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,

KOMPLEN? tipu lah kalau cakap tak pernah komplen kan. hany cakap pasal diri sendiri, taknak cakap pasal orang lain. Memanglah hany pun memang banyak komplen, ahaha manusia. ada jer benda yang tak puas hati kan.

Genap seminggu hany kerja di Ganu ni keseorangan. Minggu yang lepas Raya Haji tu, tak kira sebab hany kerja bersama opismate. so semua nya ok lagi lah. lagipun bukan kerja betul betul, just install, briefing and training sikit.

complaintdepartmentgren sumber google

Bermula Ahad kerja, isnin kerja, selasa kerja…bila masuk rabu hany dah start rasa keseorangan giler. ahaha matik kutu kawe. isnin selasa tu, hany dah start komplen, tension, boring la duduk sorang. Lepas tu ada la lagi, itu ini. memang ada jer benda tak kena kan. nak komplen je kerja nya. Memang serius tak tenang langsung la. buat itu tak kena, buat ini tak kena. Lepas dah komplen tu, tak tenang, mula la STRESS datang. haaa bila masuk bab STRESS…lagi bahaya.

Masuk hari khamis, hany datang kerja dengan keadaan PASRAH. dan hany dah set dalam otak hany, hari ni adalah hari 0 komplen. jangan KOMPLEN apa apa. walau apa pun yang terjadi.
stop_complaining sumber google

Hany pun tak tahu, kenapa begitu nekad la, taknak komplen apa apa. memang la hany tak komplen pada sapa sapa, takder lah sampai pergi jumpa orang tu, komplen blablablabla. tapi hany just merungut dan komplen sendiri. itu kira komplen la kan. pagi pagi khamis lagi dah ada hal yang buatkan hati agak mendidih la. tapi disebabkan hany dah set otak taknak komplen. hany redho, serius berjaya bautkan diri ni tak komplen.

Masuk tengahari sikit, ada lagi benda yang sakitkan hati. sabar sabar, dah set kan hari ni adalah hari 0 komplen. Alhamdulillah, dengan tidak komplen pada hari tu, hany berjaya berada dalam keadaan TENANG, 0 STRESS jugak. ha tengok apa yang buatkan ko stress hany? diri sendiri jugak kan, banyak komplen, sudahnya diri sendiri tak tenang dan stress.

Alhamdulillah, untuk minum pagi, staff sini tinggalkan kuih untuk hany. see buat baik dibalas baik. hehehe niat taknak komplen taknak mengomel hari tu, mendatangkan rezeki.

3733_550627538285073_1350401907_n lunch untuk hari khamis lepas ;)

konklusi nya, yup memang kita ni akan lepas dari komplen kan. memang kadang kadang bagus untuk kita komplen atas apa yang tak betul pada mata kita. kadang kadang dengan komple kita tu boleh merubah sesuatu. tapiiii dengan asyikkkk komplen jer, boleh membuatkan orang meluat, jugak boleh membuatkan diri sendiri tak tenang. ini untuk hany la…


**akan cuba untuk menjadikan setiap hari adalah hari 0 komplen**

Wednesday, November 7, 2012

Lokasi Awie Yellow House

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Ha, ramai yang bertanya kat mana sebenarnya lokasi Bajet Chalet yang hany up kan sebelum ni kan. yess, sangat bajet ko. ahahaha…semuanya basic jer kan.

Lokasi sebenar adalah di PULAU DUYONG. dan berada di Duyong Besar. Kiranya Duyong Besar ni kampung di dalam Pulau Duyong. Ada 3kampung iaitu Duyong Kecil, Duyong Besar dan Pulau Ketam. alaaa kecik jer pulau nya, Kampung hany kat Duyong Kecil.

Korang jangan risau, kalau korang ke Terengganu, korang akan jumpa la signage ke PULAU DUYONG. sebab PULAU DUYONG ni adalah tempat di anjurkan MONSUN CUP. Bila dah sampai ke PULAU DUYONG tu, korang tanya jer lah penduduk kampung kat mana chalet Pok Awie. Pasti mereka kenal.

06-11-2012 21-26-48 ini jer yang mampu hany buatkan untuk korang

Jarak PULAU DUYONG ke Bandar Kuala Terengganu ni, +- dalam 30minit la kalau naik kereta kan. kalau naik bot tu dalam 15minit jer. Chalet Pok Awie ni memang mengadap Bandar KT.

Hany ada search la pasal entri yang orang lain up kan mengenai chalet ni, sini ada link, korang try la ushar. apa kata mereka. so far semuanya pergi dah lama la. hany pergi latest, adalah last week. hujung bulan 10.  Masa dorang semua pergi harga RM15-RM20 jer. giler murah kan ahaha…

http://cheeseburgerbuddha.blogspot.com/2011/12/revisit-to-awis-yellow-house-located-on.html

http://farisaz.blogspot.com/2010/04/16-and-otai-ish_13.html

Dari dulu sampai sekarang, Pok Awie tetap dengan pendirian dia, sebabnya dia hany ada lebih kurang 10bilik sahaja. kalau lah dia tambah lagi, for sure la lagi bagus dan lagi ramai yang boleh stay kan. Tapiiiii alasan Pok Awie adalah kerana dia mahu kekalkan suasana aman, damai dan tenang. kalau ramai ramai pasti bising dan kecoh kan. dan selalunya pengunjung yang stay kat sini adalah datang nak cari kedamaian, ketenangan…

Ha begitu lah kiranya, Pok Awie ni pun sempoi orangnya. Jenis dia kan kalau hany call nak bawa membe datang stay, mesti dia cakap macam ni, “Bawak dulu membe tu tengok2 tempat ni, kalau okay boleh la duduk”.

Kenapa Pok Awie cakap macam tu, sebabnya, dia dah jumpa banyak ragam manusia, especially Melayu lah. datang datang cerewet complaint itu ini. aircond takde lah, itu lah ini lah. sebab tu dia selalu suruh datang tengok dulu. lepas tu baru la buat keputusan.

Okaylah… kalau rasa nak contact number tu, roger hany yer… rohani.bt.hashim@gmail.com

~TQ Dear~

Followers