Ini Wilayah Hijau: Komplen, Stress…


11 November 2012

Komplen, Stress…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,

KOMPLEN? tipu lah kalau cakap tak pernah komplen kan. hany cakap pasal diri sendiri, taknak cakap pasal orang lain. Memanglah hany pun memang banyak komplen, ahaha manusia. ada jer benda yang tak puas hati kan.

Genap seminggu hany kerja di Ganu ni keseorangan. Minggu yang lepas Raya Haji tu, tak kira sebab hany kerja bersama opismate. so semua nya ok lagi lah. lagipun bukan kerja betul betul, just install, briefing and training sikit.

complaintdepartmentgren sumber google

Bermula Ahad kerja, isnin kerja, selasa kerja…bila masuk rabu hany dah start rasa keseorangan giler. ahaha matik kutu kawe. isnin selasa tu, hany dah start komplen, tension, boring la duduk sorang. Lepas tu ada la lagi, itu ini. memang ada jer benda tak kena kan. nak komplen je kerja nya. Memang serius tak tenang langsung la. buat itu tak kena, buat ini tak kena. Lepas dah komplen tu, tak tenang, mula la STRESS datang. haaa bila masuk bab STRESS…lagi bahaya.

Masuk hari khamis, hany datang kerja dengan keadaan PASRAH. dan hany dah set dalam otak hany, hari ni adalah hari 0 komplen. jangan KOMPLEN apa apa. walau apa pun yang terjadi.
stop_complaining sumber google

Hany pun tak tahu, kenapa begitu nekad la, taknak komplen apa apa. memang la hany tak komplen pada sapa sapa, takder lah sampai pergi jumpa orang tu, komplen blablablabla. tapi hany just merungut dan komplen sendiri. itu kira komplen la kan. pagi pagi khamis lagi dah ada hal yang buatkan hati agak mendidih la. tapi disebabkan hany dah set otak taknak komplen. hany redho, serius berjaya bautkan diri ni tak komplen.

Masuk tengahari sikit, ada lagi benda yang sakitkan hati. sabar sabar, dah set kan hari ni adalah hari 0 komplen. Alhamdulillah, dengan tidak komplen pada hari tu, hany berjaya berada dalam keadaan TENANG, 0 STRESS jugak. ha tengok apa yang buatkan ko stress hany? diri sendiri jugak kan, banyak komplen, sudahnya diri sendiri tak tenang dan stress.

Alhamdulillah, untuk minum pagi, staff sini tinggalkan kuih untuk hany. see buat baik dibalas baik. hehehe niat taknak komplen taknak mengomel hari tu, mendatangkan rezeki.

3733_550627538285073_1350401907_n lunch untuk hari khamis lepas ;)

konklusi nya, yup memang kita ni akan lepas dari komplen kan. memang kadang kadang bagus untuk kita komplen atas apa yang tak betul pada mata kita. kadang kadang dengan komple kita tu boleh merubah sesuatu. tapiiii dengan asyikkkk komplen jer, boleh membuatkan orang meluat, jugak boleh membuatkan diri sendiri tak tenang. ini untuk hany la…


**akan cuba untuk menjadikan setiap hari adalah hari 0 komplen**
Komen
23 Komen

23 comments:

satonaka a.k.a ajak said...

Good

Rohani Hashim said...

TQ

Chic Na said...

kdg2 bukan nak komplen pun tp terkomplen. hikhik.. nak cuba gak lah. :)

Cik Nur said...

betul, kita mmg xboleh lari daripada komplen2 ni.
dan kadang2 kita tak sedar, stress tu datang dari diri kita sendiri..hihi..

apapun tahniah pada hany, berjaya untuk tidak komplen.. :)

Si Matatajam said...

Komplen2 gak p jgn sampai sakitkan hati org lain..

Cinta Misteri said...

kadangkala komplen tu akan membuahkan perubahan. kalau kita senyap aja org lain ingat kita okey. so, kena suarakan takpe, itu bagus utk masa depan.

Tapi Hany, u keja ahad juga??? Kalai CiM pown akan komplen, keje sorg2, hari minggu pun kena keja, dahlah keje stress.

Karukord Jagau's said...

dh tak bley tahan kena komplen gak hehhee

fiqkbe said...

selamat mencapai misi 0 komplen tersebut. chaiyok2! ;D

Rohani Hashim said...

Betol chicna. Ahaha terkomplen jugak. Banyak pulak tu ;)

Rohani Hashim said...

Stuju dgn stress tu kadang2 datang dr diri sendiri.

Rohani Hashim said...

Ok M. Hehe akan igt supaya xsakitkan hati org lain...

Rohani Hashim said...

Cim. Kena la keje ahad sbb ikut jadual sini. Tp sikit stress sbb hq xkeje.jd kalau ada apa2,kdg2 kita call ada org xsuka dikacau hr minggu. Lps tu ckp psl keje lak kan. Itula yg gerammm sikit.

Rohani Hashim said...

Hehe tu la komplennnn...

Rohani Hashim said...

Tq fiq. Chaiyok chaiyok hehehe

dya bunga said...

semoga misi xkomplen tu berjaya..haha.. dya pun kdg2 kuat komplen..haha

kinara kinatara said...

kina pom kadang2 macam 2...:)

Mrs Velentine said...

lunch kuih jer...bole slim ni

wida said...

hany keje mana..pidah balik trganu pulak ke?

syalinda johari said...

kalo komplen biarlah secara berhemah..hahahhaa...
sabaq hani...balik umah hang bercerita ja dengan mak hang, mesti tenang jaa..hehheee

NISA KHAIRI said...

Kalo nisa jenis suka komplen dalam hati. Sebab malas lah kang cakap terang - terang ada yang tersentap pulak. Sebab nisa ni hidup dengan orang - orang yang suka tersentap. So dorang just boleh faham melalui kelakuan nisa je, suka ke tak..hmm

Siti Asiah said...

sweetla blog hany ni...(",)

Arina Shamsul said...

mama pun nak belajar taknak komplen la..insyaallah :)

Solehah Shamsuddin said...

komplen?solehah mmg xreti nak komplen,sbb solehah jenis penyabar.huhu