Ini Wilayah Hijau: Minggu yang memenatkan…


02 November 2012

Minggu yang memenatkan…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Sebenarnya bukan minggu yang penat, tapi hany lah yang penat. Mana tak penatnya…alkisahhhh ;)

Minggu lepas kan raya haji, so macam biasalah balik kampung, Ganu dan Kelate. Ahad lepas, Jam 10pagi bertolak dari Kelate ke Pulau Duyong dulu, hantar mak hany. Jam 2petang, kitorang bertolak la dari Pulau Duyong ke Selangor. MZ drive, Singgah Kemasik kejap, lepas tu sambung perjalanan. Dekat Dungun Jem, lepas tu masuk Highway tukar driver, hany drive…

Sekaliiiii…15km sebelum tol karak jemmmm gilerrrrr. siap ada papan macma scoreboard tu bagitahu.aaaahhhh tensi mak nak. time hany drive la dia jem. serius, jemmm gile, sampai kan gerak dia sikit sikit jer, bumper to bumper la. korang bayangkan kete manual, 15km jemmm, secoet secoet bergerak nya. memang menggigil ok!

ELok je lepas bayar tol tuh, hany tanya MZ nak sambung drive tak, dia pun tak larat, dengan mengantuknya lagi. hany memang gigil la, surrender la tak nak sambung, sebab lepas tol jem lagiiiii. kitorang parking tepi jalan, tido dalam kete. ahaha bukan selalu yer nak tido tepi highway ni, time ramai orang camni la berani.

Tak ingat tidur berapa lama, terjaga tu…MZ teruskan perjalanan dia drive. sekali jemmm tak habis lagi, nak menuju tol bentong eh…ahaha sama jugak macam tol karak tuh. secoet secoet…ahaha memang nasib la kan. dah sampai tol bentong, kitorang stop untuk solat SUbuh. walaupun lagi 1jam lebih nak subuh, sanggup berhenti. siap solat subuh, hany lak sambung drive…so far jalan ok, cuma kete banyak la…

Sekaliiii, sampai MRR2, pagi kan…sah sah la orang nak pergi kerja. jemmm lagi disitu ahaha terbaekkk la. kitorang sampai rumaha dalah jam 9 pagi hari isnin. Bertolak Ahad 2petang, sampai Isnin 9pagi. terbaeqqqq. hany dah la kerja kan isnin. tak apply cuti. setelkan basuh baju, jemur…then masuk ofis jam 10.40pagi.

Balik rumah kemas kemas barang lak, sebab selasa nak kena gerak balik Ganu. hany kena station kat Ganu. Selasa, 630pagi dah gerak dah. hany ikut highway baru LPT2, so far memang tak jem lah. dan memang LP2 jimat masa dalam 2jam macam tu la bleh sampai ke Ganu. serius hany tak tidur langsung dari Selangor ke Ganu hari selasa tu, sebab pergi dengan member, jadi takot tak kenal jalan kan. hany drive pun sekejap jer, tapi kagum jugak la, mampu tak tidur tuh. selalunya hany naik kete, nak pulak balik ganu, kompom membuta jer.

Sampai Ganu, sepatutnya kena install server terus, tapi dah jam 4 petang sampai, orang umt cakap esok jer lah kan. serius, memang memenatkan minggu ni. Rasa macam tak ada masa rehat jer, dan yang pasti tak rehat betul betul.

kalau selalu macam ni memang parah laa. Tapi tu lah, dari semua ni, barulah beringat nak jaga diri betul betul, nak kena ada stamina semua kan.

Pagi esok MZ sampai, hehehe rinduuuuu ok!!!

Komen
7 Komen

7 comments:

Deq's Qienz said...

Sian kak ani..take care ya ;-)

NISA KHAIRI said...

Huuu.. Ini penat atas jalan je ni.. Memang tension kalo jam.. Tambah berjam2.. Tercabar iman..apa pun jaga ksihatan k..

Cik Nur said...

kalau kete manual, hadap jem mmg seksa..
nur boleh hadapjem dari tol jelapang sampai tol kuala, bygkan naik bukit..fuhh..mmg mencabar..! tapi lepas tu, kaki lenguh tak hengat..!

Chic Na said...

boleh masuk kerja lagi tu. kalau cikna, dah pengsan. huhu..

Nyue said...

oic..kepenatan tu...lps ni mmg kne rest cukup2 la...

Che Rosliza Che mat said...

sakit kaki kalau keta manual jika ada jem...memang kena sabar banyak2..

D'aNie said...

best kan...amik masa lama2 then lepak2 tepi highway..landin2 dlm keta..hakhakhak