Wednesday, January 1, 2014

Hari Pertama

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Di hari pertama tahun 2014, haa tu dia nampak rajin yer, hari pertama dah ada update.haha harapan kerajinan itu berpanjangan lah yer ;)

Hany sekarang jam 4.46 pagi, ada di cyberjaya, ikut suami kerja. haha besh giler kan suami kerja di hari tahun baru. eh tapi memang pun sehari sebulan dia kena kerja malam. selalunya hujung bulan lah. so tara hal, tara kisah sebab boleh ikut kan.

Kitorang memang takkan pergi mana mana untuk sambut new year ke apa. kalau pun suami tak kerja, memang takkan pergi lah. serabut weh dengan jem semua kan. ni pun tahun ni UAI tak ada di Shah alam, macam sebelum ni kitorang akan join majlis ilmu tu. then terus balik.

Macam tahun lepas, kitorang tak tunggu pun sampai detik 12malam, 20minit sebelum tu kitorang terus gerak sebab nak elakkan jem. detik 12 malam kitorang kat LDP rasanya, so tengok je lah bunga api dari mana mana yang kelihatan tengah2 highway tu. sebab nak lari dari jem.

Azam ke apa ke tak mau cakap la, sebab pastinya semua orang mengharapkan yang terbaek kan untuk hari hari mendatang. semoga tercapai aamiin.

Dalam hati ada sedikit risau memikirkan keadaan sekarang. semua benda naik. risau jugak, pendapatan takat tu jugak kan. bukan saja risau pasal keadaan harga harga yang semakin menaik, tapi risau akan keadaan politik negara, lagi risauuuu akan keadaan sosial negara….risau weh. kalau ALLAH nak turunkan bala atas semua yang dilakukan dah cukup sangat ALLAH nak turunkan, tapi ALLAH sayang kita kan, ujian DIA kecik jer lagi buat kita ni. semoga kita sama sama baiki dan betulkan…aamiin…

Monday, December 23, 2013

Support Usahawan Muslim


• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Sebenarnya dah lama nak buat entri pasal produk Muslim ni, tapi tu lah dia, dek kerana kerja yang banyak...chewahhhh.

Okay,rasanya semua dah tahu kan, pasal produk produk keluaran Muslim ni kan. Cuma tinggal diri sendiri je lah nak support ke tidak kan. Mungkin ada yang memberi alasan, alahhh rasanya tak sama, yer lah dah lama duk guna produk yang biasa digunakan, bila ditukar, harus lah lain kan. Macam kitorang, kalau ada yang keluaran Muslim, kitorang akan cuba dan beralih ke arah produk tu. InsyaALLAH...akan maintain guna.

Kebetulan ke Shah Alam, terus singgah di Az Zain. Az Zain ni kedai dia semuanya produk keluaran Muslim yang pasti nya HALAL. Banyak pilihan kat situ...Tujuan kitorang nak beli sos pencicah keluaran MH MOHAMAD, tapi tak de stok pulak. so saja la pusing pusing kedai kan, tengok apa lagi barangan keluaran Muslim kan. 

Ni bahagian Kordial, cuka kurma, epal...

Mineral water

Oat

Susu baby

Cip ubi kayu...ha boleh la ganti ape tu potato ape tu...

Susu pekat

haaa yang ni penting dan bagus, tanpa bahan peluntur...wajib change to this ok!

Rempah rempah

Sardin...hany tak makan sardin...

Macam kitorang, kriteria utama, HALAL, TAK SUPPORT ISRAEL. Then kalau ada produk MUSLIM yang boleh ganti produk yang syaratnya HALAL & TAK SUPPORT ISRAEL, kitorang akan tukar. Macam MILO, kitorang kat rumah memang takde milo. Yer, memang susah, kitorang pun tak 100% lagi boleh boikot produk yang syarat di atas tu, tapi slow slow...memang mencari la, ganti kan.

InsyaALLAH, kita boleh buat...sama sama la usaha yer. di samping kita sendiri membeli barangan halal, dan masa yang sama kita bantu usahawan Muslim kita ni...insyaALLAH...sama sama membantu. dan terima kasih buat Az Zain, menjual semua produk Muslim...semoga terus berkembang dan ada banyak kedai kat mana mana.

ha, se lagi supplement keluaran MUSLIM, meh ushar meh --> QASEH








~TQ Dear~

Followers