Sunday, September 18, 2011

Semakin Meninggi…haishhh!

Assalamualaikum,

Cuti Raya, lepas tu, lepas 2minggu cuti raya, haaa ngko…dah meninggi ha naiknya. ini la penangan nya kan.

IMG_0631 haaaa, ni belakang rumah nih…

IMG_0633 Bahagian depan alhamdulillah tak la tinggi benor kan

IMG_0833 tong racun tu memang dah lama beli, prepare kan sonang buat sendiri…

 

ahaha, MZ kena paksa dengan supaya meracun hari ni. MZ plan next week sebab kepenatan banyak berjalan kemana tah. selalunya kitorang meracun ni pagi pagi dalam kul8. tapi hari ni sebab dah bangun lamabt, ahahahaa patu tak plan nak meracun sudahnya dalam kul10 jugak baru start.

Patutnya meracun pagi pagi, bila matahari keluar, racun di pokok tu kena sinaran matahari ha lagi bagus. Lepas tuh, dalam kul12 tiba tiba hujan. adoyaiiii harapnya sempat lah racun tuh bertindak balas yer.

**kekadang geram bila asyik naik je rumput kan, tapi kekadang ok jugak buleh exercise buat kerja kan**

Saturday, September 17, 2011

Tahniah Sarhani Saidin

Assalamualaikum,

Alhamdulillah…dan TAHNIAH buat Sarhani Saidin, membe UPM hany dan sekarang jiran taman ;) coming soon dah tak berjiran la kite yer. TAHNIAH kerana telah selamat di ijabkabulkan bersama pilihan hati, Mohd Yusry Mohd Yusoff. SS & YY, eh cantik pulak ;)

Akad nikah berlangsung di Masjib Besi Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. FIrst time ok masuk masjid besi nih, seriusly cantik. ok entri pasal masjid besi lain kali yer. ni entri nikah ni hany oiii;). Majlis akad nikah berlangsung selepas Asar, 16september2011.

IMG_0672 Syalinda, Aima & hany

IMG_0750Bersama pengantin (ahaaha gambar hany tak ada….ok nanti la curik dari fb hans)

IMG_0694  Di nikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan

IMG_0699 Berdebar menantikan saat nya ;)

IMG_0733 Dari pihak pengantin lelaki

IMG_0735 Dari pihak lelaki tema putih…

IMG_0743 Biru putih dari pihak pengantin perempuan

IMG_0746

Hantaran dari pihak perempuan, di gubah sendiri oleh pengantin perempua, gigih ok. huhu sambil dia duk gubah hantaran, siap mesej dengan hany lagi. huhu 2,3 hari sebelum majlis akad nikah ni digubahnya. Hans, kagum la dengan ko. tak percaya pulak.

Okaylah hans, Selamat Pengantin Baru buat ko dan yusry. semoga berbahagia, di rahmati dan di dalam lindungan NYA sentiasa..ameen…

 

*Majlis bersanding akan di adakan esok, see u again tomorrow hans, tak sabau nak tengok ko pakai tudung yang ada awning tuh…hihihi ko kan tak pernah pakai**

~TQ Dear~

Followers