Saturday, April 27, 2013

Madu+Halia+Lemon=Ubat Batuk

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Tak sure la korang pernah tahu ke tak, tapi hany baru tahu setelah melihat ramai yang share di laman muka buku ni. buat ubat batuk sendiri menggunakan Madu, Lemon dan halia.

Jadinya, hany pun cubalah untuk menghasilkan nya. Selama ni kitorang kat rumah amalkan madu sahaja. MZ pernah sekali batuk hampir setahun, tak elok elok. Batuk berpanjangan, bila jumpa doktor, katanya akan berpanjangan sebabnya MZ naik motor ke ofis, walaupun pakai mask, still jugak terdedah. Itu salah satu sebab la. Dah makan ubat batuk, tak jadi apa apa…lepas tu amalkan madu. sebelum tidur ambil madu. Alhamdulillah, mujarab.

Kali ni,nak try pulak cara ni, bahan bahan adalah Madu, Lemon dan halia ;)

IMG_5434 tapi tak tahu sukatan banyak mana madu, halia dan lemon. maka taram sajalah

IMG_5436 Hiris halus halus…

IMG_5438 Lemon pun dipotong macam ni, sebab botol kecik je…

IMG_5440 Masukkan lemon dan halia dalam botol then lepas tu tuang madu ke atas nya.Siap!!!

IMG_5442 hehehe sikit jer. okay masukkan dalam peti ais.

Cara pengambilan nya adalah, ambil sesudu atau 2sudu, lepastu campur dengan air, kacau kacau…dan minummmm!

Rasa nya macam mana??? Ntahla, baru siap buat, tak try lagi.hehehe semoga dapat menyembuhkan batuk batuk serta memberi kesihatan…aamiin. Okay selamat mencuba.

Friday, April 26, 2013

Kulit cantik mulus

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Kawan kawan semua, haaa skema nya. Rasanya semua memang kalau boleh nak elak dari mengambil apa apa yang mengandungi chemical berbahaya kan. tapi tu lah sesetengah nya memang tak boleh elak, terpaksa jugak guna. mungkin sebab tak ada pengganti.

Okay, hany nak cerita sikit la pasal kali ni fokus pada pencuci muka. kebanyakan antara kita memang menggunakan pencuci muka kan. dannnnn dekat pasaran sekarang ni memang banyakkkk sangat produk yang dikeluarkan. buka je facebook, berlambak, dengan testi yang bagus dan berjaya semuanya. tapi itulah kita ni bukan tahu ada chemical berbahaya ke tidak kan. sesetengah produk tu memang ada nyatakan apakah kandungan, tapi ada yang tak nyatakan langsung. so macam mana tu.

As a muslim, kita kena consider yang pertama adalah HALAL, lepas tu bebas dari bahan kimia berbahaya. yang selalu hany dengar dan hany tahu serba sedikit bahan kimia yang dikatakan berbahaya adalah PARABEN, yang ni ada berapa beradik ntah, paraben, methylparaben, buthylparaben, segala ben ben la. Lepas tu HIDROKINON, hahaha maaflah kalau salah ejaan nya, tapi kalaus ebut dah sama kot.tu baru dua tu, yang lain lain lagi. hadoiiii susah kan.

Yes, ada yang cakap,

“alah ko ni, berapa sangat la yang dimasukkan dalam tu, mestilah dah lalui ujian kalau tak takkan la akan dijual”

Tapi kena ingat, kalau dah lama sangat menggunakan produk produk ni tak ke banyak bahan kimia yang kena pada kita. haiyooo kalau difikir fikir kan, uishhh banyak tu. tapi seriusly, hany pun tak tahu la nak gantikan dengan apa kan…macam shampoo kalau rajin hany guna limau dan sental sental kat kepala ni. tapi kalau DEODORENT ni macam mana eh? korang ada ke jumpa DEODORENT yang free chemical..ahaha ada ker DEODORENT ORGANIK. kelasss kau jah…nak organik saja.

Tapi, serius…hany pernah tengok mereka yang dapat KESAN BURUK akibat penggunaan produk kecantikan ni. huissshhhh scary kau.Tapi tak tahulah pada kulit dia jer yang kena dan orang lain tak. Mungkin ikut kulit jugak, tapi kalau seminggu guna sampai naik gelembong kat pipi apa kes kan. mana tak scary weh. Sepupu hany pulak, lepas sebulan guna tiba tiba kulit muka rasa pedih, macam orang letak cili yang dah ditumbuk tu. terus rasa bersalah sebab hany yang bagi dia guna produk tu.

Yerlah, dia banyak jerawat, so hany sponsor la beli produk tu dan bagi kat dia. sebulan tu memang licin muka, semua jerawat hilang. Lepas tu baru lah buat onar. naseb baek tak teruk setakat pedih pedih jer. kalau tak kesian sepupu ku. dah la tak kawin lagi kan.

Yang satu produk lagi, serius mencantikkan serta memutihkan kulit akak ni. nampak sangat perubahan nya. tersipu sipu dia hany tegur dia, nampak putih dan makin cantik. tapi puji dengan ikhlas la sebab memang berubah giler. Sebulan lepas hany tegur, hamek kau…naik jeragat dengan banyak nya. sampaikan atak bibir bawah hidung nampak macam ada misai sebab banyak jeragat kat situ. terus diam tak kata apa…kang tak pasal pasal hinggap penampor sebijik.

jadi nya kawan kawan, berhati hati lah dalam memilih produk kecantikan ni yer. memang naluri wanita NAK CANTIK ajerkan…tapi kena sentiasa berwaspada lah.sebab kulit muka hany pun memang sensitif. pakai sekali jer, memang terus rasa kalau tak sesuai ke apa.

936330_640049376009555_574564893_n

Ha kau, kalah kakton…nak kulit cantik dan mulus begini, makan Popia Riben kami. Ianya mengandungi protein yang tinggi dan juga kolagen. Protein kerana intinya adalah serunding ikan. Kolagen ialah dimana ikan ikan yang kami jadikan serunding telah memakan rumpai di dalam laut Winking smile

padahal…rupa sebenar….

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

934682_640049519342874_1595621003_n

okaylah ni, janji muka tak pedih tak gelembong gelombong kannn Winking smile

Okaylah, semoga bijak memilih…

Thursday, April 18, 2013

Makang

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, semakin sihat. hehe, sihat tak sihat makang kena makang kan. cuma antara berselera dengan tak jer lah.

541533_636980592983100_596920860_n Lunch hari ni….pasembur.

Hari ni lunch area ofis je, jalan kaki je malas nak pergi jauh jauh. kedai baru bukak. asalnya nak makan nasi daging, nasi daging tau bukan salah eja. tapi tak ada pulok, esok baru ada. takperlah tunggu esok la datang lagi. so makan je lah pasembur. ha, tengah diet konon kan.tapi makan tengahari tak dilupakan ;)

150754_631692340178592_700849795_n ini SUP BELUT

Haaa sup belut ya. tapi tidaklah hany yang makan ni. uisshhh tak lepas tekak ni nak telan, tengok rupe pun semacam je kan. suami yang makan ni, rm9 semangkok ni. rasa ok, sama macam di kelantan katanya. ha, dengar cerita sup belut ni bagus untuk lelaki…hurmm mana mana lah…

384073_619996638014829_698477788_n

Ini adalah sebelum diet bermula. Now mana boleh dah makang ni semua. seb baek dah melantak semua ni sebelum bermulanya diet kan.sekarang air kosong je memanjang, walaupun sangatlah tergoda dengan teh ais. hwaaaaa sedapnya teh ais…sedapnya….

**semoga terus kental dalam berdiet, dan yang penting amalkan pemakanan yang sihat;)**

Wednesday, April 17, 2013

Kau ni asyik MC jer…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Yer, hany MC lagi. kali ni dapat 2hari MC. so gunakan mc dengan sebaeknya,rehat kasi cukup yer hany.

Isnin pagi, so far tak ada rasa apa pun,macam biasa jer,cuma tekak macam tak sedap dan ada batuk sikit. petangnya hany ada buat HSG, test tiub di KPJ Damansara. malas nak terangkan lebih lanjut HSG ni. So far, masa buat hsg ni tak ada rasa apa lagi,tapi on da way balik tu, start rasa sakit bahagian bawah, rasa macam krem gitu.ntah tak tahu nak describe dengan betul apa rasanya.

Balik rumah, dah rasa badan macam panas sangat. masa mandi tu,giler la terketar ketar. pegang tiub getah pun boleh nampak tangan ketar ketar. sejuk bukan main rasa air tu. lepas solat maghrib, terus berselimut siap berstoking bagai. kipas buka 2 je, selalunya 3pun panas lagi. suara lemah je mengadu dengan suami tak larat, penat…ahaha siot manja bebenor!

Perot masih sakit, sesekali batuk, rasa macam nak terkeluar je usus.ahaha boleh pulak rasa macam tu kan. Panadol tak de, kalau ada pun memang nak kena elakkan ambil panadol. so minta husband keluar belikan 100plus. sebelum tidur minum 100plus 3gelas. tidur rasa macam dalam aircond bukak 16.sejukkkkk.

Bangun pagi selasa, panas dah kurang alhamdulillah,tapi pening kepala + batuk sikit. Pagi ada appoinment di Azzahra bangi, pergi buat checkup blablabla…bagithau la doctor sakit buat HSG semalam masih terasa. doc cakap memang akan rasa maybe 2,3 hari lagi.then kena check saiz telur.hwaaaa kena masukkan rod lagi dalam tuttttt….huuuuu sakit lagi. doc cakap macam berdarah sikit, takpe dia bagi antibiotik and MC 2hari,rehat katanya.

Okaylah, rehat betul betul yer hany. memang acap jugak la hany MC.habis memang sakit kan nak buat macam mana, bukan ku pinta…tapi tu lah terfikir jugak nak kena ambil supplement ni. dah makin berumur, badan tak kuat sangat dah sekarang kan. tapiii, tu lah kalau boleh taknak ambil sebarangan sebab hany sekarang tengah treatment untuk pregnant, kalau boleh taknak la campur yang bukan bukan ni…

so far blood pressure tak tinggi 137/74. dan berat hany turun 2kg compare dgn bulan february. hehehe sebulan turun 1kg. okaylah tu kan ;)

Friday, April 12, 2013

Si Hijau kembali…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Serius lama tak hapdet blog.busy okeh. banyak kerja. ahaha beriya bagitahu busy la konon kannn.

Last week, Isnin se awal jam 3pagi.pagi buta lagi ni, tetiba perut sakit Sakitttttt Sangat. Dari kul 3 menahan la sampai kul4.30, dia dah start rasa nak membuang dan rasa nak muntah. rasa jer tapi takde apa apa berlaku. Berpusing pusing,lambat cerah. Tak sampai hati kejutkan suami, sebab lena sangat tidurnya. Bila suami terjaga nak solat subuh,baru lah mengadu sakit perut….sakit perut…sakit perut…dengan nada sedih.

Dah solat semua,sms supervisor MC.Lepas tu sambung tidur.ahaha sebab perut dah lega sikit. sekali kul10pagi,datang balik sakit perut,muntah muntah Ber**…Ulang alik ke tandas jer lah kan. Suami kebetulan ada hal yang sangat urgent, so cakap takpe lah dia balik nanti baru pergi klinik. Dalam duk ulang alik ke tandas tu sempat lagi tidur seround. ahaha penatttt.

Dalam tengahari baru pergi klinik. Dah nama tengahari, memang panassss sangat. Cahaya yang terang+panas tu terus buatkan sakit kepala.haaaa dah bertambah,sakit perut+sakit kepala pulok. sampai klinik feberet, Dr.Aslan Bacho rehat pulok.hehe ater dah tengahari kan.

Pergi satu lagi klinik, lama giler menunggu.aaaa tensiii, dah jumpa doc pungpang pungpang…hamek kau 7ubat, semua kena makang 3kali sehari.termenung kejap tengok ubat.sedih sebab banyak ubat.ahaha sebab malas makang ubat.then masa bayar tu, klinik siap bagi air mineral dengan bihun goreng.

suami ajak pergi makan. serius memang tak lalu nak makan plus takut nak makan, takot nak muntah and berak berak lagi.tapi dek nak kena makang ubat ni, maka makan la jugak nasik. amek ikang sekor, nasik sesenduk. makan nya 3suap je, terus tak lalu. ahaha kalau la macam ni selalu boleh kuruih ni.tak yah susah susah diet ;)

2hari MC, rehat kat rumah.tidurrrr je.seriusly heaven giler ;)

~TQ Dear~

Followers