• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •
Assalamualaikum,
Tak sure la korang pernah tahu ke tak, tapi hany baru tahu setelah melihat ramai yang share di laman muka buku ni. buat ubat batuk sendiri menggunakan Madu, Lemon dan halia.
Jadinya, hany pun cubalah untuk menghasilkan nya. Selama ni kitorang kat rumah amalkan madu sahaja. MZ pernah sekali batuk hampir setahun, tak elok elok. Batuk berpanjangan, bila jumpa doktor, katanya akan berpanjangan sebabnya MZ naik motor ke ofis, walaupun pakai mask, still jugak terdedah. Itu salah satu sebab la. Dah makan ubat batuk, tak jadi apa apa…lepas tu amalkan madu. sebelum tidur ambil madu. Alhamdulillah, mujarab.
Kali ni,nak try pulak cara ni, bahan bahan adalah Madu, Lemon dan halia ;)
tapi tak tahu sukatan banyak mana madu, halia dan lemon. maka taram sajalah
Lemon pun dipotong macam ni, sebab botol kecik je…
Masukkan lemon dan halia dalam botol then lepas tu tuang madu ke atas nya.Siap!!!
hehehe sikit jer. okay masukkan dalam peti ais.
Cara pengambilan nya adalah, ambil sesudu atau 2sudu, lepastu campur dengan air, kacau kacau…dan minummmm!
Rasa nya macam mana??? Ntahla, baru siap buat, tak try lagi.hehehe semoga dapat menyembuhkan batuk batuk serta memberi kesihatan…aamiin. Okay selamat mencuba.
5 comments:
bagus juga petua ni
oo..bila nak mkn baru canpur air ye..
ingatkan tuang n mkn mcm tu je..
nanti dah cuba jgn lupa bgtahu rasanya..hihihi
Satu info baru.. Mieza pun asyik2 batuk2 je sejak kebelakangan ni.. Nanti nak tawakal cara ni lah.. Thanks Hany kerana sudi berkongsi.. =)
mudah-mudahan berkesan ;)
tima kasih sebab sharing info =)
Post a Comment