Saturday, April 27, 2013

Madu+Halia+Lemon=Ubat Batuk

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Tak sure la korang pernah tahu ke tak, tapi hany baru tahu setelah melihat ramai yang share di laman muka buku ni. buat ubat batuk sendiri menggunakan Madu, Lemon dan halia.

Jadinya, hany pun cubalah untuk menghasilkan nya. Selama ni kitorang kat rumah amalkan madu sahaja. MZ pernah sekali batuk hampir setahun, tak elok elok. Batuk berpanjangan, bila jumpa doktor, katanya akan berpanjangan sebabnya MZ naik motor ke ofis, walaupun pakai mask, still jugak terdedah. Itu salah satu sebab la. Dah makan ubat batuk, tak jadi apa apa…lepas tu amalkan madu. sebelum tidur ambil madu. Alhamdulillah, mujarab.

Kali ni,nak try pulak cara ni, bahan bahan adalah Madu, Lemon dan halia ;)

IMG_5434 tapi tak tahu sukatan banyak mana madu, halia dan lemon. maka taram sajalah

IMG_5436 Hiris halus halus…

IMG_5438 Lemon pun dipotong macam ni, sebab botol kecik je…

IMG_5440 Masukkan lemon dan halia dalam botol then lepas tu tuang madu ke atas nya.Siap!!!

IMG_5442 hehehe sikit jer. okay masukkan dalam peti ais.

Cara pengambilan nya adalah, ambil sesudu atau 2sudu, lepastu campur dengan air, kacau kacau…dan minummmm!

Rasa nya macam mana??? Ntahla, baru siap buat, tak try lagi.hehehe semoga dapat menyembuhkan batuk batuk serta memberi kesihatan…aamiin. Okay selamat mencuba.

5 comments:

Unknown said...

bagus juga petua ni

Miss N™ said...

oo..bila nak mkn baru canpur air ye..
ingatkan tuang n mkn mcm tu je..

nanti dah cuba jgn lupa bgtahu rasanya..hihihi

Kekzamanis said...

Satu info baru.. Mieza pun asyik2 batuk2 je sejak kebelakangan ni.. Nanti nak tawakal cara ni lah.. Thanks Hany kerana sudi berkongsi.. =)

fiqkbe said...

mudah-mudahan berkesan ;)

:: CIKVIVA :: said...

tima kasih sebab sharing info =)

~TQ Dear~

Followers