بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ﴿١﴾ اللَّهُ الصَّمَدُ ﴿٢﴾ لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ ﴿٣﴾ وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ ﴿٤﴾

Thursday, May 02, 2013

Pengalaman PRU

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

Tahun ni 2013, adalah kali ke 2 hany mengundi. hehehe baru nak masuk 2kali, tajuk entri macam dah berpuluh puluh kali mengundi jer kan.

8years a go, masa ni hany tak mengundi lagi. tapi waktu PRU ni, hany jadi kurier yang membawa kad kahwin sepupu hany dari Terengganu ke KL. Ingat lagi masa ni pun tengah hangat hangat la pasal mengundi. hany naik bas malam ke KL. hany duduk seat 2dari depan, sebelah hany seorang lelaki pertengahan umur. tak tahu la apa hany makan siangnya, dalam bas memang kepala pusing baekkkk punya. naik je bas, duduk terus rasa pening.

Yang orang sebelah ni, boleh pulak ramah bukan main, ajak sembang pasal pilihanraya. Parti tu macam tu, parti ni macam ni. serius, hany antara dengar dan tak jer apa benda dia cakap. mata pejam, kepala pening tak hingat. nak sampai KL jauh bebenor lagi. sampai dekat mana ntah, hany suruh driver stop, ha ngko termuntah tepi jalan…lepas dah muntah baru la lega sikit. naik bas terus tidur. yang sebelah ni duk sembang sorang sorang.lantak!!!

4 years a go, pertama kali mengundi ni. semangat balik naik bas nak mengundi ni.masa tu student lagi. sepatutnya perjalanan KL-Terengganu, dalam kul6pagi dah sampai. tapi bas hany naik hari tu, kul9 pagi baru sampai. Kes nya terpaksa masuk laluan lain. elok hany tengah tidur, tiba tiba dengar bunyi bising. RUpanya bas kitorang kena baling dengan batu. Ya ALLAH…syukur sangat tak ada yang cedera. Batu tu elok kena tingkap depan hany. hany duduk seat dua dari belakang masa ni.

Tahun ni, pengalaman pasti nya berlainan. Hany akan ke Kelantan dulu, lepas jer husband mengundi, kitorang akan shoot terus balik ke Ganu,+-3jam jer perjalanan kalau tak jem.so InsyaALLAH sempat. dan yang pastinya tak sabar nak merasa suasana mengundi di Kelantan. hehe sek sek kelate ni kan semangat dia lain macam. dalam semua benda semangat kan.

okay, walau apa pun…marilah kita doa kan agar tiada perkara yang tak diingini berlaku.aamiin. semoga semuanya aman dan menerima apa jua keputusan dengan tenang.aamiin…

5 comments:

Cik Nur™ said...

Seronok jugak ye, balik dari jauh sebab nak mengundi.. :)

Nur insyaAllah..pertama kali tahun ni.. :)

Cik Nur™ said...

Seronok jugak ye, balik dari jauh sebab nak mengundi.. :)

Nur insyaAllah..pertama kali tahun ni.. :)

Chic Na said...

meriah perjalanan balik mengundi. macam nak raya pun ada. jam takyah citer la. hehe..

selamat mengundi hany. ;)

kayyana said...

mesti meriah nye mengalahkan hari raya kan kan kan

Azi said...

azi xdaftar ngundi.. shhhhh

Followers