Ini Wilayah Hijau: Saya dah 30 tahun ;)


16 May 2013

Saya dah 30 tahun ;)

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

16-5-2013 9-46-20 AM

Kek dari google buat mek hijau Winking smile

Akhirnya 16mei tiba jua. makanya genaplah umur ku 30 hari ini. waaaa dah 30tahun dah.hahaha dah masuk 3series ni, rasa dah tua la. hahaha tapi nak taknak memang ko akan tua semakin hari kan, mana ada orang makin muda.

Bangun pagi sakit kepala, arghhhhh ni tak ada apa2 tiba tiba sakit kepala, selalunya mesti kena hujan ker, berpanas terik ker. ker sebab pertambahan umur? kikikiki…

Taktahu apa nak dicoretkan. kalau nak bercerita bab impian, harapan, angan angan tu, banyak benda la…manusia kan mesti ada jer benda yang dia nak. dah dapat itu, ini pulak, dah dapat ini, yang tu pulak. tapiiiii as for me, masih lagi menunggu REZEKI nan satu itu, ANAK. semoga ALLAH memberi anugerah tak terhingga ini buat kami dalam masa terdekat…aamiin.

30tahun, ada rakan sebaya yang dah 3orang anak, alhamdulillah murah rejeki kan. mungkin ada lagi benda yang tak melayakkan hany untuk diberi anugerah itu oleh NYA. yer perancangan DIA lah yang terbaek. INgat hany, kena yakin dengan ALLAH.

30tahun, masih lagi menyukai hijau. yes hijau itu cantik kan???hijau itu tenang dan mendamaikan. semoga dapat menambah koleksi hijau kat rumah hehehe. nak hijaukan kete, suami tak bagi.kuikui.

okay, ni kalau teruskan memang melalut la kan. selamat hari lahir jugak buat mereka yang sambut hari lahir hari ni Winking smile

Komen
14 Komen

14 comments:

Lady D'yot said...

wahh..btul ke google bagi kek?

Rosmiza Ali said...

Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke-30 Hany! Sama tarikh dengan hari guru.. Senang nak ingat.. Semoga dimurahkan rezeki & dipercepatkan dapat baby.. Mieza pun masih lagi tunggu saat itu.. Seronok kan tengok orang dukung, peluk, cium anak sendiri.. Insha Allah, akan tiba juga saat itu utk kita.. Yakin padaNYA.. =)

fiqkbe said...

hepi bday kak hany!! semoga pjg umur & dimurahkan rezeki ;) inshaaAllah x lama lagi tu. teruskan berdoa ok ;D

:: Cik Viva :: said...

takpe..ade jugak org yang dah 30an tapi masih single..semua tu Allah dah tentukan.. =)

ch@ said...

selamat hari ulangtahun kelahiran hany. oh! kena panggil kakHany. hihiks.

smg impian dan harapan tercapai di hari istimewa ini. miss u la Hany. eh! kakak.

anak kita dah tiga blm tiga siri. waaa...

suzzsuzie said...

lamanya tak dtg sini...hijau lg..hany..happy birthday ye dr ksue

fazilzura said...

hapy belated besday dear..

heheh gmbo kite sama le plak ..

insyallah , terus kan doa dan ikhtiar ye...
agak2 kalau nak ikhtiar ngurut ke , roger2 lew.. leh kasi no contect

Ain Dzaya said...

eh..betul ke 30..kuikui..macam tak percaya..

kayyana said...

happy birthday sis... welcome to 30 series..

N.Aima K said...

Happy Belated Birthday :)

fieza said...

lambat wish.. hehe.. selamat hari lahir hany, moga bahagia dunia akhirat..

hany, de buat check kat hospital? de kawan dulu, lebih kurang hany jugak. last2 pergi lppkn kt kl tu, buat pemeriksaan dan rawatan, alhamdulillah, skg tgh pregnant.. cuba la buat appntmnt dgn dorang. pe salahnya usaha kan..

Anonymous said...

30 mude lagi mek...

Deq's Qienz said...

hapi belated birth ya :)

Azi said...

hppy belated birthday.. azi tambah 2 tahun.. :)